Sungguhpun kebanyakan bakal pengantin gemar memilih fabrik ‘lace ‘ sebagai pilihan untuk busana perkahwinan namun fabrik songket tetap ada pengikutnya. Malah fabrik songket kekal menjadi pilihan pereka tempatan khususnya untuk menghasilkan koleksi busana perkahwinan.

Label besar, Rizman Ruzaini antara salah satu jenama tempatan yang mengambil inisiatif dan tanggungjawab memartabatkan keunikan songket dalam sentuhan moden. Era modernisasi sedikitpun tidak menjejaskan graf permintaan terhadap tekstil kraf khususnya songket.

Walau semoden manapun seseorang wanita itu menjelang hari pernikahan atau persandingan, kain tenunan berbenang emas berkenaan pasti menjadi pilihan. Mungkin harganya sedikit mahal namun bagi mereka yang berkemampuan dan mementingkan nilai estetika akan memilih fabrik ini terutamanya songket Terengganu untuk dijadikan busana raja sehari.

Baru-baru di majlis resepsi perkahwinan pelakon Reen Rahim dan suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, busana songket hasil sentuhan Rizman Ruzaini berjaya mencuri perhatian ramai.

Patutlah Nampak Mewah & Classy Kebaya Songket Reen Rahim, Air Tangan Rizman Ruzaini Mana Pernah Tak Meletop!

Kebaya songket bertinta batuan hijau zamrud yang classy dan mewah yang disarungkan oleh Reen Rahim dan pasangannya benar-benar membuatkan aura pasangan pengantin cukup terserlah.

Ads

Seperti yang kita ketahui rekaan hasil air tangan Rizman Ruzaini memang sentiasa memukau pandangan. Bagilah apa jua fabrik pasti akan menjadi busana yang bukan sahaja mewah namun sarat dengan nilai yang tinggi.

Patutlah Nampak Mewah & Classy Kebaya Songket Reen Rahim, Air Tangan Rizman Ruzaini Mana Pernah Tak Meletop!

Ramai yang seakan tidak boleh ‘move on’ lagi dengan busana songket rekaan Rizman Ruzaini. Keunikan busana pengantin tersebut nampak cukup halus penampilannya.

Patutlah Nampak Mewah & Classy Kebaya Songket Reen Rahim, Air Tangan Rizman Ruzaini Mana Pernah Tak Meletop!

Ads

Berikut dikongsikan cara penjagaan fabrik songket:

* Cara pembersihan kain songket yang digalakkan adalah dengan menggunakan kaedah dry-cleaning iaitu cara cucian kering tanpa menggunakan air. Proses cucian ini hanya menggunakan pelarut kimia yang melibatkan sedikit rembesan air pada kadar yang paling minima. Cara ini sangat sesuai kerana membantu mencegah penyusutan serta regangan pada fabrik berbanding jika dibasuh dengan air dan kemudian dijemur berulang-kali.

*Tidak digalakkan mencuci kain songket dengan terlalu kerap. Cucian yang terlalu kerap atau rendaman yang terlalu lama boleh menyebabkan tekstur benang pada kain songket tersebut mengembang dan mudah mereput.

*Jangan rendam kain songket dalam tempoh yang lama dan sekiranya perlu direndam pastikan kurang daripada tempoh satu jam.

Ads

*Tidak boleh mencuci kain songket dengan cara yang kasar. Gunakan tangan dan jangan gunakan mesin basuh. Sewaktu mencuci anda boleh gunakan pelembut, tetapi elakkan dari menggunakan peluntur.

*Selepas mencuci, pastikan anda buat bilasan dengan cepat. Anda juga tidak boleh memerah kain songket kerana ia boleh menyebabkan benang pada kain songket terputus.

*Jangan sesekali mengibas kain songket semasa proses basuhan supaya kedudukan struktur benang tenunan pada kain songket tidak beralih.

*Songket tidak boleh dijemur terus di bawah cahaya matahari. Haba melampau daripada panas matahari boleh merosakkan fabriknya. Sebaiknya selepas digunakan dan dibersihkan, gantung terus kain songket di dalam bilik yang terdedah kepada angin dan di bawah tempat yang redup.

*Kebiasaannya kain songket seperti kebaya songket pengantin dan baju songket pengantin yang dipakai oleh raja sehari di hari persandingan hanya dipakai sekejap sahaja. Jadi cucian yang minima sudah memadai jika anda bersungguh mahu membersihkannya.

Sumber: Instagram Rizman Ruzaini Songketrepublic.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI