Istilah ‘PAYUNG EMAS’ Dalam Bermadu Tak Wujud, Ternyata Ia Hadis Palsu

Share

Selama ini kita (wanita) seringkali dikelirukan dengan istilah ‘payung emas’. Dan antara hadis yang sangat popular dan diterima masyarakat tanpa pernah mempersoalkan kesahihannya ialah hadis ‘payung emas’. Hadis yang kononnya menyebut mana-mana isteri yang mengizinkan suami berpoligami maka isteri berkenaan akan dikurniakan payung emas.

Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Baru-baru ini Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi pencerahan tentang istilah ini bagi menjawab pertanyaan seorang wanita di Twitter mengenai dakwaan isteri akan ke neraka kerana menentang poligami yang dikatakan sunnah Rasulullah.

Menurutnya, hukum atas sesuatu perkara berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak perlu melihat kepada maslahat perkara itu.

1. Tidak ada payung emas mahupun ‘free gift’ payung. Ia hadith palsu.

2. Jika seorang wanita solat 5 waktu, puasa Ramadan, pelihara kemaluan dan ta’at kpd suaminya, Nabi kata masuklah ke syurga melalui pintu yang dikehendaki. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]

3. Apa itu sunnah?

ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير أو صفة خُلُقية أو خَلقية


Maksudnya; “Apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi SAW dariapda jenis perkataan, perbuatan, iqrar (persetujuan) dan sifat, sama ada berbentuk akhlaq ataupun fizikal. “

4. Hukum bagi sesuatu juga perlu dilihat daripada aspek sebab dan illahnya. Kaedah mengatakan:

أحكام الشارع معللة بالأسباب مرتبطة بالمصالح
Maksudnya: “Hukum-hukum syarak itu menjadi ‘illah dengan sebab-sebab, diikat dengan maslahat-maslahat.”

5. Tidak boleh menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan zahir ianya sunnah atau tidak semata-mata, sebaliknya melihat kepada maslahat suatu perkara itu.

6. Begitu juga dengan poligami. Terkadang ia menjadi perlu dan terkadang tidak perlu bahkan boleh jadi menzalimi.

“Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja.” (Surah al-Nisa’, 4:3)

7. Hukum berpoligami itu sendiri boleh jadi harus, sunat dan haram. Tidak menjadi kesalahan bagi isteri untuk mempertikaikan keputusan suaminya untuk berpoligami dengan melarangnya atas sebab keperluan.

8. Berbincang dengan baik, beri nasihat, dan pandangan, demi untuk mengelakkan daripada berlakunya kezaliman dan penindasan terhadap hak isteri dan juga anak-anak.

Menurut DS Zulkifli, sikap sebagai Muslim adalah tidak menentang sebarang syariat ALLAH SWT dalam keadaan tertentu mengikut keperluan yang sudah pasti ada hikmahnya. Sikap menggunakan agama untuk kepentingan individu sehingga mengabaikan hak-hak lain seharusnya ditolak.

Published by
Ermi Shuzila Mohammad