Peguam Syarie Nasihat Wanita Tinggalkan Lelaki Yang Ajak Poligami Tapi Nak Nikah Di Siam

Share

Poligami memang manis buat kaum lelaki tetapi tidak bagi golongan wanita. Kebanyakan perkahwinan yang berlangsung di Thailand ini biasanya disebabkan perkahwinan itu tanpa pengetahuan isteri pertama atau tidak mendapat persetujuan daripada isteri pertama.

Fenomena berkahwin di sempadan ini seakan kembali ‘hangat.’ Banyak masalah yang akan terjadi terutama pada sebelah pihak perempuan apabila pernikahan dilangsungkan di Siam. Paling membimbangkan ialah apabila lebih ramai lagi masyarakat yang merasakan tindakan berkahwin di negara seberang itu adalah suatu perkara biasa.

Berikut perkongsian oleh Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak dan Selangor, Fahmi Ramli sebagai panduan untuk semua.

Saya bimbang akan ada lebih ramai lagi yang akan rasa ‘This is normal’ bila berkahwin poligami di Siam.

Saya tak mahu ulas panjang tentang pernikahan pasangan mempelai penuh drama ini. Cukuplah saya nak pesan kepada semua follower wanita yang dikasihi, kalau seorang lelaki proposed nak kahwin dengan seorang wanita di Siam dan tanpa pengetahuan sesiapa, TINGGALKANLAH lelaki tersebut.

Kredit foto: Berita Harian Online

INI SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TINGGALKAN LELAKI SEPERTI INI:

✅ Kalau dia boleh langgar undang-undang yang ditetapkan oleh Malaysia untuk berpoligami, maka besar kemungkinan banyak restu yang dia tak dapat atau mungkin dia tak layak berpoligami.

✅ Kalau suatu hari nanti, katakanlah jodoh pendek, dia ceraikan anda, pasti yang akan susah naik turun Mahkamah untuk buat pengesahan itu adalah si isteri.

✅ Jika anda melahirkan anak, ketahuilah anak-anak tersebut tidak boleh dibin atau bintikan kepada suami tersebut selagi tidak disahkan di Mahkamah Syariah.

✅ Kalau dia meninggal sebelum sempat buat pengesahan di Mahkamah, dokumen-dokumen pernikahan pulak hilang, apa pun bahagian faraid atau harta sepencarian anda tak layak tuntut.

✅ Walaupun restu atau izin isteri pertama itu tak perlu bagi seseorang lelaki berpoligami, tapi perlu diingat, bimbang kerana kita mungkin sukar dapat kebahagiaan tanpa restu ibu bapa suami atau bimbang kerana kita menjadi penyebab sebuah rumah tangga itu runtuh.

Wallahualam.

Sumber: Fahmi Ramli
Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak & Selangor
Fahmi Ramli & Co

Kredit foto (Top image): Pexels

Published by
Hasliza