Bertempat di di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur berlangsung meriah majlis resepsi  pelakon, pengacara dan usahawan terkemuka, Dynas Mokhtar dan Shazrik Din. Tambah mengagumkan apabila majlis gilang gemilang itu disempurnakan dekorasinya oleh syarikat pengaturcara inovatif yang pakar dalam bidang dekorasi dan teknologi, WilQadry.

WilQadry adalah syarikat kreatif dan pengurusan acara yang berpakaran dalam bidang teknologi dan mempunyai pelbagai fungsi dalam pelbagai konsep acara seperti Perkahwinan, Gaya hidup, Hiburan dan Korporat.

Kekuatan WilQadry terletak pada namanya yang menggabungkan perkataan ‘will’, yang bermaksud pertimbangan untuk mencapai matlamat tertentu serta nama pengasas syarikat, Sharifah Rohaidah Al Qadry, di mana nama ‘Qadry’ membawa maksud ‘ketepatan’. Latar belakangnya dalam seni bina dan kejuruteraan melonjak minatnya untuk menerapkan prinsip yang sama di dalam industri aturcara dengan menekankan kemajuan teknologi semasa untuk menyampaikan detik-detik dan pengalaman acara yang sukar dilupakan.

Pesona Pengantin berkesempatan menemubual Pengurus Projek Wilqadry , Jeff Anuar tentang pelamin dan  dekorasi yang dipersembahkan.

Konsep pelamin

Berkonsepkan less is more pelamin bertema Morrocan Building and Architecture dicetuskan. Pelamin berbentuk seperti Morrocan Building dan mempunyai ‘tunnel’ di bahagian tengah pelamin ini  diwarnai air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin dan juga visual pergerakan tandatangan di atas kek yang menggunakan teknologi ‘Project Mapping’.  Ia juga disempurnakan oleh penggunaan props yang bersaizkan 12 kaki tinggi untuk menampilkan mood seni bina Morrocan  di atas pelamin.

Konsep dekorasi

WilQadry mengetengahkan konsep kegemaran Dynas bertemakan hijau alam semula jadi. Penggunaan daun Eucalyptus, Baby Breath, tulip dan orkid menjadi hiasan dekorasi segar di setiap meja makan tetamu. Manakala bunga tulip dan orkid di meja makan utama.

“ Idea tercetus bila saya, selaku Pengurus Project  bersama Pengarah Urusan,  Puan Sharifah serta rakan baik Mohammad Syafiq sebagai pereka props pelamin bergabung kepakaran yang berbeza untuk menubuhkan satu syarikat yang boleh merangkumi empat  jenis perkhidmatan iaitu entertainment, lifestyle,wedding dan corporate. Majlis resepsi Dynas merupakan our first baby project untuk syarikat Wilqadry Group. Kami diberi kepercayaan untuk menguruskan majlis resepsinya tanpa ragu-ragu walaupun masih baru dalam dunia Wedding Planner. 

IKLAN

Apakah idea dari pihak pengantin sendiri?
“Idea untuk majlis resepsi secara keseluruhan dari Wilqadry dan kami cuma mengikut subject matter yang Dynas dan pasangan telah pilih dan kami cuma innovate into something minimal mengikut konsep company dengan penggunaan Lighting, Mapping dan Projector. Ternyata ia mendapat perhatian Dynas dan Rik. Penggunaan Mapping di pelamin dan kek juga menjadi satu tarikan dalam konsep ini.”

Gabungan warna yang diketengahkan ?
Black and gold adalah pilihan warna Dynas. Manakala gabungan copper leaf di dais utama . Eucalyptus berwarna hijau dan daun yang disembur warna Copper menjadi statement dalam hiasan pilihan Dynas.

Elemen surprise ditampilkan

“ Ya betul, elemen surprise dicetuskan di pelamin di mana lampu dan penggunaan Mapping project di pelamin dan kek di atas pelamin. Dekorasi berkonsepkan minimal dan less in more adalah signature  Wilqadry. Kemungkinan selepas ni ‘Cake Berlampu’ akan kembali beraksi untuk setiap event kami.

Sumber rujukan untuk ilham pelamin dan dekorasi
Rujukan lebih kepada Dubai dan Morrocan look. Kami dari Wilqadry gemarkan scenery dan Architecture. Kami juga gemarkan dekorasi yang ringkas  dan classy.

Jenis-jenis bunga
Antara jenis bunga yang digunakan sebagai dekorasi ialah Hydrangea, hyacinth, tulips, pingpong, phaelonopsis, babies breath, rose dan eucalyptus

IKLAN

Kolaborasi kreatif WilQadry bersama Dynas Mokhtar dan Shazrik Din dalam menjayakan majlis yang indah ini membawa kekuatan dinamik selebriti yang mampu melontarkan nama WilQadry ke persada industri pengurusan acara di Malaysia.

Pelamin Bertema Bangunan & Senibina Morrocan Serta Teknologi ‘Project Mapping’ Beri Kejutan Di Majlis Resepsi Dynas Mokhtar & Shazrik Din

Sumber : pic lifestyleweddings.com

video : Jeff Anuar

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI