Ads
Home Dekorasi Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis...

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Ads

Mengadakan majlis kahwin dengan konsep unik dan tersendiri menjadi momen terindah buat pasangan pengantin. Baru-baru tular pelamin dan dekorasi serba segar yang berlangsung di tepi pantai dengan konsep yang unik dan menarik perhatian ramai.

Pelamin dan dekorasi indah ini dihasilkan oleh Nadia Darina Wedding. Pesona Pengantin berkesempatan menemubual perancang perkahwinan yang bertanggunjawab untuk mengetahui lanjut tentang dekorasi yang dihasilkan.

*************************************************************************************

Sebelum merealisasikan dekorasi ini, pihak pengantin berbincang tiga minggu sebelum majlis ini diadakan di tepi pantai. Semestinya pengantin telah mendapat keizinan ibunya dahulu sebelum bercadang untuk mengadakan majlis di tepi pantai iaitu di D’rumoh Pata Kuala Terengganu. Alhamdulillah. bonda pengantin setuju. Selain itu Jabatan Agama Islam Terengganu juga memberi keizinan untuk mengadakan majlis nikah  di situ.

Idea dan konsep tercetus dari pengantin sendiri. Syazwani minta kami sebagai wedding planner membuat  outdoor wedding yang sangat simple tetapi cantik.

Pada mulanya, pihak kami melihat ramalan cuaca untuk tarikh tersebut.  Bimbang andai hujan turun. Bile ramalan cuaca tidak hujan, pihak kami mula  berani membuat persiapan. Waktu site visit, saya jugak ambil kira, matahari naik di sebelah mana juga mengambil kira kawasan tanah yang mana lebih rata. Maklumlah, tanah pantai sangat lembut.

Pemasangan bermula dari jam 5 petang sehingga 2 pagi. (Siap sekali dengan hantaran bunga segar). Pemasangan tidak perlukan masa yang lama. Ini kerana  kami sudah tahu design yang ingin dihasilkan. Barang-barang  yang berat dan stabil digunakan untuk majlis ini atas faktor angin pantai yang kuat.

Ads

Tidak dinafikan mengadakan majlis outdoor perlukan komitmen yang tinggi. Kami perlu datang dan periksa sekali lagi sebelum majlis berlangsung bimbang  sekiranya ada barang yang diterbangkan angin. Backup plan, jika hujan,  semuanya terpaksa dialihkan di bawah kanopi.

Tiada langsung kesukaran untuk mengadakan majlis di tepi pantai. Alhamdulillah. majlis ini dibuat di kawasan restoran yang sudah pun ada cahaya lampu. Jadi kami boleh nampak keseluruhan setup pada malam itu

Majlis ini sangat ringkas dan sweet. Tiada majlis persandingan hanya majlis nikah sahaja. Masa yang diambil sangat singkat iaitu pada jam 9 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Jemputan tetamu yang hadir lebih kurang 500 orang dan di hadiri oleh kenalan dan saudara mara terdekat.

Akui Nadia sudah beberapa kali mengadakan majlis outdoor tetapi  ini yang pertama kali di adakan di tepi pantai. Sesungguhnya ia mencetuskan kelainan dan aura yang berbeza buat tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Ads

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Ads

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Pelamin Dan Dekorasi Serba Putih Di Tepi Pantai Cipta Kelainan Di Majlis Nikah

Sumber: ig nadia darina wedding. pic  miey_photography

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI