Kasih dan suci pasangan mempelai seakan terungkap melalui pantulan dekorasi pelaminan yang dipersembahan di majlis resepsi. Seakan mewakili rentak jiwa dan raga, pasangan mempelai melangkah yakin menuju puncak bahagia.
Singgahsana yang diilhamkan dengan penuh rasa kasih dan sayang antara dua insan yang kini bersatu dalam ikatan suci menyuntik bahagia yang diimpikan oleh setiap pasangan uda dan dara.
Kuning dan putih menguasai singgahsana air tangan RIASMAZMIERA. Tidak terlalu sarat dengan hiasan bunga seperti kebiasaannya namun tetap tampak elegan dan mewah. Tidak dapat dinafikan bantuan pencahayaan juga menambah keserian pelamin cinta anganan uda dan dara.
Ads
Mainan rona-rona pastel dan benderang menjadikan singgahsana anyaman EYRA FADZ BRIDAL tidak kurang hebatnya. Rimbunan bunga-bunga pelbagai rona menokok seri pentas singgahsana meraikan pasangan maharaja dan maharani.
Ads
Hujan bunga. Mungkin itulah mesej dekorasi yang ingin ditampilkan oleh INTAN BRIDAL HOUSE. Berbumbungkan ‘langit bunga’ ternyata menyuntik daya tarikan yang luar biasa. Pasti mampu membuaikan perasaan mempelai.
Ads
Injeksi rona-rona suci seperti putih dan krim menjadikan singgahsana kelihatan mewah. Simbahan cahaya pada segenap ruang pelamin nyata menghidupkan suasana menjadikan pelamin ilham WEDDING GALORE SDN BHD kelihatan sempurna.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dekorasi keseluruhan majlis membuatkan pandangan terpukau apabila ia diserikan dengan aura dekorasi yang berbeza. Sempurnakan gandingan dekorasi hiasan di pelaminan dengan konsep tradisional kontemporari. Penggunaan gendik inspirasi hiasan Bali menjadi latar belakang pelamin yang diilhamkan. Bagi memberi kelembutan pada singgahsana cinta, gugusan bunga rona krim menjadi warna dasar bergandingan dengan rona champagne, kuning dan hijau. Unsur tradisional terus disuntik menerusi hiasan kerawang yang bersatu indah di sudut pelaminan.
Dekorasi bunga segar hydragea, orkid dan bunga mawar memberi gaya glamor.
Sepanjang laluan mempelai diserikan dengan pasu bersama jambangan bunga daripada seleksi gubahan bunga di pentas pelamin.
Menyambut tetamu di pintu masuk dengan juntaian kain baldu rona milo mencetuskan sentuhan eksklusif.
Gandingan rona pastel menghiasi centrepiece di meja makan utama. Padanan bunga segar hydragea, eustima dan monsfera bersama kain baldu tampak bersatu indah dengan gaya yang tersendiri.
Lanjut di Pesona Pengantin minggu ini berkongsi info tentang pelamin klasik. Bakal pengantin jangan lupa tengok Ahad ini jam 7 malam, di Astro Prima dan Maya HD.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak, seribu daya. Dalam masa sehari suami ini deko rumahnya yang asalnya nampak tak kemas jadi berubah tersusun cantik. Memang menakjubkan!
Macam apa yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett, dia memujuk suaminya mengubah suai rumah dalam masa yang pantas, siap 24 jam.
Nak tahu macam mana dia buat, baca perkongsian kali ini.
Suami Deko Rumah, Ini Keadaan 5 tahun Duduk
Ruang tamu/ ruang makan
Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.
Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku.
Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), kubentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.
Alhamdulillah dalam masa 24 jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic.
Lepas 24 jam jadi begini
Ruang tamu dan ruang makan
Selepas dan sebelum
Modal RM2k, itu pun dah rasa mahal
Jumlah modal keseluruhan RM2000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punya kedekut taik idung masin. 2k ni pun aku rasa mahal dah.
Inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila suami balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang.
Perbezaan bila masuk rumahDeko banyak guna barang Ikea
Bila Rumah Kemas, Suami Kurang Keluar Rumah
Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper. Jadi mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sebab termasuk upah dia pergi beli.
Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak-anak dah tak sepahkan rumah. Sanak-saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam rumah.
Semua dah nampak kemas
Rasa macam baru kahwin
Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.
Luar rumah pun dah cantik.
Beza sangat dengan sebelum.
Jangan Berkira Tunaikan Permintaan Isteri
Suami janganlah lokek, percayalah korang jugak akan rasa tenang setenang air dikali. Sesungguhnya isteri sanggup buat apa shj demi suami rasa bahagia di rumah dan di sisi anak isteri.
Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalo Allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita.
Kebiasaannya, majlis perkahwinan akan dilangsungkan pada hari minggu iaitu hari sabtu ataupun ahad. Satu atau dua hari sebelum majlis berlangsung, segala persiapan sudah selesai dilaksanakan dan dalam tempoh itu, perancang perkahwinan atau mak andam akan datang ke rumah untuk memasang pelamin impian anda.
Bagi mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di rumah, beberapa perkara perlu diberi perhatian agar proses pemasangan pelamin berjalan dengan lancar dan teratur.
Jom kita lihat perkara yang anda harus tahu sebelum pelamin dipasang!
Tetapkan Tempat Dan Sudut Yang Sesuai
Sebelum ketibaan pihak yang bertanggungjawab untuk memasang pelamin, anda harus tetapkan tempat ataupun sudut yang sesuai untuk dijadikan pilihan. Jangan pula mereka sudah sampai, baru terhegeh-hegeh untuk mencari lokasi yang sesuai. Cari ruang yang luas dan memudahkan proses pemasangan pelamin tersebut.
Alih Perabot Dan Kosongkan Ruang
Perkara ini amat penting dan anda harus peka mengenai hal ini. Alihkan perabot terlebih dahulu sebelum proses pemasangan pelamin dilakukan. Kosongkan ruang berkenaan bagi memudahkan krew pemasangan pelamin untuk melakukan kerja mereka.
Tetapkan Pendirian
Anda harus pasti dengan pilihan ruang yang telah dibuat. Pastikan tempat dan ruang yang dipilih merupakan tempat yang paling terbaik untuk membuat pelamin. Jangan pula selepas pelamin sudah siap dipasang, anda ingin mengubah pelamin tersebut ke tempat lain. Ini perkara yang paling tidak disukai oleh mereka yang terlibat dalam pemasangan pelamin.
Sediakan References
Pastinya semasa anda membuat tempahan pelamin, anda sudah berbincang dengan perancang perkahwinan mahupun mak andam pilihan anda mengenai pelamin yang anda idamkan. Namun, lebih baik sekiranya anda mengingatkan kembali mengenai pelamin pilihan anda sebelum mereka tiba untuk proses pemasangan. Manalah tahu, ada perkara atau barang yang mereka lupa untuk bawa sekali. Jika perlu, anda boleh print contoh pelamin yang anda inginkan dan tunjukkan pada mereka sejurus mereka sampai untuk memasang pelamin.
Ruang Yang Luas
Pastikan lokasi yang anda pilih untuk memasang pelamin merupakan lokasi yang luas. Jangan sesekali memilih ruang yang terlalu sempit dan mempunyai banyak tiang rumah. Ini kerana tiang rumah akan menggangu dan mencacatkan keseluruhan pelamin setelah ia disiapkan. Tambahan pula, ruang yang mempunyai tiang, menyukarkan jurugambar untuk mengambil gambar anda di majlis perkahwinan anda nanti.
Mempunyai Soket Elektrik
Hal ini juga penting bagi memastikan pelamin impian anda dapat dikecapi. Pastikan ruang yang telah dipilih mempunyai soket elektrik. Pelamin yang cantik tentunya disokong dengan pengcahayaan yang tepat dan sempurna. Oleh itu sediakan ruang dengan soket elektrik yang berdekatan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!