Resepi daging cincang ini sangatlah berbaloi untuk anda sediakan kerana ia boleh disajikan dengan pelbagai cara, selain menjimatkan masa ia antara menu sihat yang boleh anda sajikan buat anak-anak di rumah. Selamat mencuba semua!
Resepi ini hanya memerlukan setengah jam untuk disediakan dan dimasak, dan ia boleh dihidangi bersama nasi, bubur lembik, atau dengan selonggok kentang lecek yang dicampurkan mentega. Mengandungi sayur-sayuran sedap, resipi daging cincang ini sangat serba guna dah boleh diguna sebagai inti karipap yang tidak pedas, roti, pastri dan pai.
.
200g daging lembu cincang
25g ubi keledek, dikupas & dipotong dadu kecil
30g ubi kentang, dikupas & dipotong dadu kecil
70g lobak merah, dikupas & dipotong dadu kecil
65g bawang merah besar, dikupas & dicincang kecil
22g bawang putih (kira-kira 4 cengkih), dikupas & dicincang kecil
5g daun bawang, dicincang kecil
5g daun sup, dicincang kecil
300ml stok ayam
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
¼ sudu kecil lada hitam
¼ sudu kecil serpihan garam laut
2 sudu besar minyak masak atau minyak zaitun
Hidangan: 4 (sebagai hidangan sampingan)
Potong ubi keledek, ubi kentang, dan lobak merah menjadi dadu kecil.
Cincang kecil bawang merah dan bawang putih, diikuti dengan daun bawang dan daun sup.
Panaskan minyak dalam periuk di atas suhu api yang tinggi. Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumis sehingga sedikit lut, kira-kira 1 hingga 2 minit.
Seterusnya, masukkan daging lembu cincang, daun bawang dan daun sup. Kacau untuk memerangkan daging, kira-kira 30 saat.
.
Tambah sayur-sayuran akar yang sudah dipotong, termasuk ubi keledek, ubi kentang dan lobak merak. Kacau selama 1 hingga 2 minit. Tuangkan stok ayam ke dalam periuk, kacau.
Taburkan lada, garam, kicap cair dan sos tiram dan kacau sehingga campur rata. Biar tutup sehingga mendidih.
.
Kecilkan api, keluarkan penutup dan reneh sehingga sos menjadi pekat sedikit dan hampir kering, kira-kira 10 hingga 12 minit. Kacau sekali-sekala. Pastikan ubi keledek, ubi kentang dan lobak merah dimasak sepenuhnya. Panjangkan masa masakan (dan masukkan sedikit air ke dalam periuk) jika perlu.
Sedia untuk dihidang!
Anda baru sedar stok ayam sudah kehabisan? Gantikan dengan air biasa. Masakan daging cincang anda masih akan lazat!
Jika anda menggunakan garam biasa dan bukannya serpihan, kurangkan jumlah garam sebanyak separuh melainkan anda suka hidangan yang benar-benar masin! Anda boleh menambah sedikit lagi garam pada hujung masakan jika anda menginginkan rasa masin yang lebih.
Resepi ini juga boleh diubah suai sebagai makanan bayi. Keluarkan kedua-dua sos, lada dan garam dan masak seperti di atas. Setelah masak, kisar sehingga halus dan kacau dengan bubur lembik.
KREDIT : Butterkicap Team