Penjagaan Diri

Pemilihan Baju Dalam Bantu Pengantin Nampak Posture Badan Cantik, Ketahui 3 Tip Ini!

Share

Nak nampak posture badan cantik bila pakai baju pengntin, anda kena betulkan pemakaian baju dalam dulu.

Jika tidak, pasti akan nampak kurang berseri bila tubuh badan pengantin kelihatan sedikit bongkok atau ‘tidak ngam’ di bahagian tertentu.

Tip Nak Nampak Posture Badan Cantik

 

Berkongsi tip untuk bakal pengantin perempuan, personal shopper Caca berkata, pemilihan baju dalam atau bra adalah perkara penting bagi menambahkan keyakinan pada hari bahagia.

“Siapa yang nak majlis pernikahan dan sanding dengan posture badan cantik, kenalah pandai pilih bra ya.

“Terutama mereka yang menggunakan saiz B dan C,” katanya ringkas.

Ini tiga perkara utama perlu bakal pengantin perempuan tahu untuk mendapatkan bra yang bersesuaian.

1. Pilih seamless bra

Kebanyakan busana pengantin mengikut ukuran badan si pemakai.

Oleh itu, anda perlu mengenakan bra yang seamless supaya bahagian belakang baju tidak kelihatan terbojol, kesan jahitan bra.

2. Pastikan bahagian tepi bra lebih lebar

Baju dalam yang mempunyai tiga hingga empat cangkuk sememangnya bahagian tepinya lebih lebar.

Pemakaian bra jenis ini membolehkan lebihan lemak di dada ditutup rapi sekali gus menutup ‘kekurangan’ pada tubuh si pemakai.

3. Penggunaan bra push-up sangat digalakkan

Mereka yang mengenakan saiz B dan C sering mengalami masalah payudara kendur atau ‘jatuh’.

Bagi memastikan penampilan dan keselesaan pada hari bahagia tidak terganggu, bakal pengantin digalakkan untuk mengenakan bra jenis push-up.

Hasilnya bukan sahaja posture badan kelihatan cantik, tetapi anda juga akan berasa lebih yakin untuk bersanding dan berjalan di aisle nanti.

Published by
Nadia