‘Hand bouquet’ atau bunga tangan antara salah satu aksesori paling penting untuk membuat penampilan pengantin lebih cantik dan anggun.Pemilihan handbouquet tiada tips khusus atau guidelines yang harus diikuti.
Namun antara tips yang boleh digunapakai untuk memilih bunga tangan adalah seperti berikut:
1. Pilih Saiz ,Kombinasi Warna dan Bentuk Bunga Tangan
Pemilihan saiz dan warna bunga tangan memainkan peranan penting bagi bakal raja sehari kerana ianya akan membuatkan si pengantin kelihatan lebih berseri serta anggun pada hari perkahwinannya.
Elakkan memilih bunga tangan yang terlalu besar dan terlalu kecil. Sesuaikan saiz, warna serta bentuk bunga tangan dengan bentuk badan penganntin supaya ianya kelihatan cantik dan membantu menambah seri kepada pengantin.
2. Jenis Bunga
Jenis-jenis Bunga Tangan:
– Bunga Segar
– Bunga Tiruan (Artificial)
– Bunga tiruan pula terdapat pelbagai jenis. Antaranya:
– Bunga Plastik
– Bunga Foam
– Bunga Emas/Perak
– Pilihan Bunga Yang Popular
– Calla Lily
Bunga pilihan ramai yang menginginkan penampilan simple tapi classy, Cukup manis jika memilih hand bouquet calla lily dari rona gelap dan garang seperti ungu pekat yang dipadankan bersama busana rona krim atau putih.
Bunga Ros/Mawar
Merupakan pilihan klasik dan tentunya menaikkan suasana romantis di majlis perkahwinan.
Tulip
Bunga tulip antara bunga yang sesuai untuk dijadikan hand bouquet hinggalah hiasan meja. Variasi warna yang pelbagai membolehkan anda memilih mana-mana warna yang bersesuaian dengan tema anda.
Peony
Bunga peony yang mekar agak besar akan membuatkan hiasan nampak penuh dan cantik. Bunga peony yang pelbagai variasi warna boleh digandingkan dengan mana-mana bunga lain yang anda suka untuk menyerikan lagi majlis anda.
Hydrangea
Bunga cantik yang berwarna lembut ini memberi kelembutan kepada pengantin serta menampilkan kemanisan dan kelembutan pada wajah si pemakai.
3. Sesuaikan dengan bajet anda
Walauapapun, pastikan bunga tangan yang dipilih tidak melebihi bajet kahwin yang telah ditetapkan. Ingat bunga tangan hanya aksesori. Tidak perlu membelanjakan wang yang begitu banyak hanya untuk bunga tangan.Buat pilihan yang bijak ketika memilih bunga tangan.
Tentukan sama ada nak sewa, beli yang sudah siap ataupun anda DIY sendiri. Setiap pilihan ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.
Sumber : kerjakahwin.co