Dua tiga hari ini, viral di media sosial tentang resipi membuat Dalgona Coffee dan ternyata ramai yang sudah mencuba resipi ini. Rata-rata amat berpuas hati kerana rasa kopi ini yang cukup enak dan mudah untuk dilakukan.
Namun di sebalik itu, adakah Dalgona Coffee ini sebenarnya baik untuk kesihatan kita? Tidak dinafikan yang ia memang sedap diminum tetapi bagaimana pula dengan kesihatan kita? Adakah minuman ini baik untuk kesihatan kita? Adakah ia menggemukkan?
Adli Hidayat Iman Kamarulzaman telah berkongsi pendapatnya tentang Dalgona Coffee yang sedang viral ini. Menurutnya, jumlah kalori kopi ini melebihi kalori kopi 3 in 1. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat!
COFFEE DALGONA VIRAL MENGGEMUKKAN?
Teringin saya nak kupas tentang kalori Dalgona Coffee yang tengah viral sekarang ni. Saya tengok ramai yang tengah bosan kat rumah tu buat projek Dalgona Coffee ni.
Persoalan dia tak menggemukkan ke? Jom bedah siasat resepi.
Lepas saya google, rata rata resepi dia mcmni:
Sekarang kita uraikan kalori
Gula 2 sudu rata kalori dia 32kcal
Tapi orang kita pakai gula bukan sesudu rata, tapi sesudu bukit. 2 sudu bukit gula = kalori dia 60kcal
Menggemukkan? Banding dengan kopi 3in1 yang biasanya kalori dia 120kcal. Saya rasa menggemukkan.
TAPI kalau 220kcal tu masih dalam lingkungan kalori harian kita, dia tak menggemukkan.
Nak tau kenapa dann macam mana kira kalori harian boleh cek post saya ni
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=628263657734499&id=100016526108885
Marilah kita sama sama menjaga kalori kita supaya kita kekal in shape 2 minggu ni.
Semoga bermanfaat,
Adli Hidayat Iman Kamarulzaman
Bakal doktor
Coach bertauliah
Pencinta coffee
Sumber: Adli Hidayat Iman Kamarulzaman