Buat tahun keenam penganjuran Pencarian Wanita Melayu 2019, Plaza Shah Alam kini kembali membuka peluang buat semua gadis melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2019.
Ia telah mula dianjurkan pada tahun 2014 oleh Plaza Shah Alam, bertujuan untuk mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup melayu dalam dunia serba moden hari ini.
Sesi ujibakat pertama telah diadakan pada tarikh 23 Mac yang lalu dan akan diikuti dengan sesi kedua pada 30 Mac 2019 juga di Plaza Shah Alam.
Dua sesi promosi awal sudah dilakukan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena Hari Kraftangan Kebangsaan yang lalu serta satu sesi promosi “Open Day PWM2019” di Plaza Shah Alam yang berlangsung pada 15 Mac 2019 yang lalu.
Permakahan peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, komunikasi dan bakat yang dipertaruhkan. Beberapa soalan juga akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.
Seperti tahun sebelumnya, pihak Plaza Shah Alam berbangga dengan penglibatan Habib Jewels sebagai penaja utama program ini. Antara penaja lain yang turut bersama adalah Ice-watch, Xixili, Anytime Fitness, dan juga MC Vogue. Selain penaja melakukan aktiviti bersama peserta mereka juga akan menaja hadiah bagi kesemua finalis.
Selain dapat merebut gelaran Ikon Wanita Melayu pemenang utama Pencarian Wanita melayu 2019 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM5000, Barangan Habib Jewels bernilai RM4000, Jam tangan Ice-Watch (RM2000) serta penajaan daripada Xixili dan Anytime Fitness.