Pendam Rasa Terlalu Lama, Jangan Simpan Nanti Boleh Jadi Barah

Share

Hidup ini bukanlah seperti mana novel-novel cinta, bukan seperti filem-filem cinta yang sering menjanjikan kebahagiaan apabila tiba pengakhiran cerita. Pada realitinya, bukan semua merasa bahagia, dan ramai yang suka memendam rasa. Banyak dugaan dan sudah pasti menguji sekuat mana hati dan sejauh mana taatnya pada Illahi. Ingat! Jangan memendam terlalu lama, nanti mudah dapat barah!

Ramai diantara kita  suka memendam perasaan, kononnya tidak mahu meluahkan kerana tidak mahu orang sekeliling tersinggung, Namun begitu, tahukah anda memendam ataupun berdendam adalah salah satu penyakit! Penyakit hati yang boleh membawa kepada penyakit kanser atau barah.

Begitu juga kepada mereka sering mengalami kemurungan akibat kehilangan orang tercinta, jangan terlalu melayan perasaan sedih dan patah hati. Anggap sahaja jodoh anda hanya setakat itu sahaja.

The Diagnosa melaporkan yang patah hati boleh sebabkan masalah jantung dikenali sebagai Sindrom Patah Hati (Broken heart syndrome) ataupun kalau dalam bahasa doktor, dipanggil Takotsubo Syndrome.

Penyakit ini berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud Perangkap Sotong dan ditemui oleh Dr Hikaru Sato pada tahun 1991. Dr Sato mendapati pesakit mempunyai pembesaran abnormal pada ventrikel kiri jantung. Bentuknya sama seperti perangkap sotong bagi orang Jepun.

Pendek kata bahagian jantung yang membesar secara tak normal tu boleh menyebabkan serangan jantung, sesak nafas dan sakit dada.  Jadi, jangan simpan perasaan marah lama, dan jangan berdendam. Sekian petikan dari thediagnosa.com

Published by
Kim