Masa berdua semestinya suatu yang sungguh bermakna buat pasangan khususnya buat mereka yang baru berumahtangga. Kenikmatan berdua bersama teman hidup sambil mengabadikan kenangan di tempat yang indah pastinya memberi kenangan abadi yang tidak mungkin dilupakan.
Baru-baru ini pelakon jelita Siti Saleha berkesempatan ke Hong Kong untuk penggambaran siri realiti TV channel – KIX . Rancangan ini memaparkan empat selebriti bersama tetamu istimewa untuk merasai pengalaman aktiviti outdoor yang mencabar di Hong Kong.
Rancangan ini disokong bersama oleh Hong Kong Tourism Board dan bakal disiarkan bermula 17 Oktober di KIX , Rabu 8.30 malam.
Semestinya ia memberi pengalaman yang bermakna buat Siti Saleha. Kota Hong Kong merupakan salah satu lokasi pelancongan paling popular di Asia. Antara tempat-tempat di mana anda boleh menikmati keindahan kota ini dari ketinggian ialah seperti dari The Peak dan Sky100 Observation Deck
Pesona Pengantin sempat bertanyakan pengalaman Siti Saleha sendiri semasa berada di sana.
S: Adakah ini kali pertama anda ke Hong Kong? Pernahkah anda ke Hong Kong sebelum menyertai acara ini?
J: Ya, ini kali pertama saya ke Hong Kong berbanding suami yang sudah tiga kali ke sini.
S: Apa pendapat anda mengenai Hong Kong? Adakah ia lebih sesuai sebagai destinasi romantik/keluarga/membeli-belah atau sesuatu yang mencabar (aktiviti outdoor)?
J: Program ini memang sesuai dengan diri saya. Pihak produksi juga mahukan seseorang yang pandai berkomunikasi. Bonus bagi saya yang tidak pernah ke Hong Kong. Program memang ini tidak mempunyai skrip langsung dan saya tidak tahu apa pun yang akan berlaku. Sejujurnya produksi tidak mahu memberitahu secara terperinci kerana ia adalah rancangan realiti, Apa yang mereka nak lihat ialah reaksi muka saya.
Ads
S: Apakah yang anda lakukan sepanjang berada di Hong Kong?
J: Bagi saya, persepsi ramai tentang Hong Kong ialah ia sangatlah mahal; dari cost of living kepada makanan dan shopping. Ramai yang cakap kepada saya perkara yang sama. Tapi saya bertuah kerana berpeluang untuk explore Hong Kong dari sudut extreme sports mereka dan juga tempat tarikan pengunjung. Saya berpeluang mendaki gunung yang tertinggi di waktu malam dan dapat melihat pemandangan Hong Kong yang sangat cantik. Lutfi ( suami) pula mendaki gunung ‘Lovers Rock’.
Ads
S: Pada pendapat anda apakah top 3 tempat di Hong Kong yang paling romantik?
J: 1. Daki gunung ‘Fei Ngo Shan’ di waktu malam.
Lovers Rock (make a wish)
Menaiki cruise mengelingi Hong Kong
S: Apakah pengalaman paling berharga bercuti di Hong Kong?
J: Pengalaman saya di Hong Kong sangat istimewa. Kali pertama menjayakan program realiti, pertama kali bekerja di kaca televisyen bersama suami dan program ini juga mengeratkan lagi hubungan saya dan suami.
Ads
S: Sekiranya ini percutian berbulan madu anda, apakah yang pasti akan anda lakukan di Hong Kong ini?
J: Go on a Private Cruise!Sunsets di Hong Kong sangat cantik.
S: Apakah tempat-tempat menarik yang mesti dilawati di Hong Kong?
J: Banyak tempat bersejarah terutamanya tokong yang ada sekitar. Namun saya tidak mempunyai waktu untuk melawatinya. Saya amat meminati tempat-tempat bersejarah. Kalau saya ada peluang untuk pergi sekali lagi, pasti saya akan ke sana.
S: Apakah pendapat anda tentang penginapan di Hong Kong?
J: Harbour City merupakan penaja bagi penginapan kami di Hong Kong. Bilik kami pula berdepan dengan the Harbour. Pemandangannya sungguh mengagumkan.
S: Berapa bintang anda berikan kepada Hong Kong sebagai destinasi percutian dengan mengambil kira faktor kebersihan, keselamatan, kemudahan dan keseronokan?
J: Saya bagi sembilan bintang. Tempat penginapan kami di Kowloon menjanjikan kebersihan, keselamatan, keseronokan dan pengangkutan awam juga sangat mudah.
Pendek kata kunjungan ke Hong Kong penuh bermakna buat saya dan suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak sweet pula Tok Ram dengan isterinya, Datin Alyah dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Normal lah sesekali usik mengusik antara suami isteri dan sepatutnya perkara ini wujud dalam rumahtangga untuk kekal bahagia dan romantis.
Tok Ram Kena Prank Dengan Isterinya, Nampak Sweet Sebenarnya
Baru-baru ini penyanyi Datin Alyah sekali lagi berkongsi momen manis bersama suaminya, Datuk Ramli MS di akaun Tiktoknya dan sekali gus mencuri perhatian dalam kalangan peminatnya.
Dalam perkongsian tersebut, Alyah telah memuat naik videonya bersama suaminya yang pada awalnya Tok Ram menyangka untuk merakam gambar berdua sebagai kenang-kenangan.
Namun begitu setelah bersedia dihadapan kamera telefon, buat seketika barulah Tok Ram menyedari isterinya bukan merakam gambar tetapi sedang merekod video. Lantas Tok Ram terus kelihatan malu dan berlalu pergi.
“Suami kita ni sejenis tak bole beza video ke gambar. Pernampakan saka dibelakang melompat-lompat,” tulisnya.
Tertarik melihat kemesraan dan kelucuan gelagat pasangan suami isteri ini, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.
Bahkan ramai yang turut memuji Tok Ram yang kelihatan tidak garang, kelakar malah sweet apabila bersama isterinya, Alyah.
Ramai yang memuji betapa Aliyah dan Tok Ram meskipun jarak umur yang jauh namun tetap bahagia dengan cara mereka.
Terpaksa Engku Emran Engku Zainal Abidin menjernihkan spekulasi yang membanjiri di media sosial tentang rumahtangganya selepas hubungannya bersama Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa berakhir.
Bertahan hanya dua tahun, baru-baru ini Nabila mendedahkan mereka sedang dalam proses penceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat.
Engku Emran Hargai Kehadiran Tiga Wanita Hebat Dalam Hidupnya
Menerusi hantaran di laman sosial, bapa kepada Engku Aleesya itu menitipkan situasi yang dilalui selepas kehilangan ibu tersayang pada 2 Julai lalu.
Dalam nukilannya di Instagram, Emran berkongsi penghargaan buat tiga wanita yang pernah berada di sisinya iaitu Erra Fazira, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan Nabila.
Jelasnya, setiap daripada mereka hadir memberikan makna dan erti dalam hidup.
“Saya selalu bertanya kepada ALLAH mengapa DIA menghadirkan tiga insan hebat untuk menjadi menantu Mummy.
“Saya tidak pernah keluar untuk mencari dan tidak merancang untuk mengahwini mereka, tetapi ketiga-tiganya muncul dalam hidup semasa saya bekerja dan kami jatuh cinta.
“Seorang memberikan saya seorang anak. Seorang memperkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia dan menunaikan haji bersama saya.
“Dan seorang lagi membuatkan saya menjadi anak yang lebih baik kepada Mummy. Jadi ia adalah hikmah mengapa takdir kami bersilangan,” titipnya.
Masih Dalam Keadaan Baik Biarpun Diuji
Dalam pada itu, Emran turut memaklumkan dirinya dalam keadaan baik biarpun kisah rumah tangga bersama Noor Nabila menjadi perhatian ramai akhir-akhir ini.
Emran mendirikan rumah tangga kali pertama bersama pelakon dan pengacara Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai talak satu pada 17 Februari 2014.
Menerusi perkahwinan ini, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 14 tahun.
Pada 8 September 2017, Emran berkahwin dengan selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Hanya bertahan tiga tahun, mereka berpisah pada 2020.
Engku Emran yang berkahwin dengan Nabila pada 19 Mac 2021 namun menyatakan hasrat berpisah selepas keluar dari rumah pada Januari lalu.
Biar pun perkahwinan ketiga ini tidak dikurniakan zuriat, Nabila pernah mendedahkan mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan terakhir pada Jun 2022.
Baru-baru ini tular kisah rumahtangga sukarelawan popular Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar ada masalah dalam rumah tangga susulan tindakannya memuat naik status seakan memberi bayangan dirinya dalam keadaan bersedih.
Status berkenaan telah menimbulkan tanda tanya orang ramai sekaligus terdapat beberapa blogger tempatan yang mengeluarkan artikel dengan mengaitkan status sedih itu dengan rumah tangganya.
Isteri Abang Viva Nafi Rumahtangganya Goyah, Minta Doa Yang Baik
Susulan itu, isteri kepada Abang Viva yang dikenali sebagai Eva Noza Zakaria tampil menafikan dakwaan dan spekulasi mengatakan rumah tangga mereka sudah berakhir.
@evanoza_ Ni adalah penjelasan pertama & terakhir eva utk story ni ya 🙏🏻 Eva tak nak dikaitkan dgn perkara yg tidak berfaedah… eva ada ank2 utk d jaga hati dan emosi mereka…eva ada bawa nama brand tertentu yg bekerjasama dgn eva dan semestinya maruah keluar kedua belah pihak🙏🏻 Salam manis dan salam ukhwah utk semua❤️ #statement#viral#pressconference#pc♬ original sound – Evanoza_
Anggap Perkara Ini Kecil, Jadi Tak Saman
Menurut Eva, dia enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog yang menulis artikel sebegitu, namun berharap semua pihak tidak mengeluarkan cerita yang tidak sahih tanpa usul periksa.
“Berkenaan dengan story ini, sebenarnya dah lama tapi saya tak tahu kenapa sampai hari ini orang masih tanya benda yang sama. Kenapa saya tidak saman, kenapa kami tidak saman?
“Rasanya benda ini mula-mula nampak macam kecil tapi hopefully la saya harap pihak-pihak yang mengeluarkan cerita sebegini, sedar akan kesahihan setiap cerita yang dikeluarkan.
“Tak perlulah benda kecil, nak saman. Kenapa saya rasa benda ini kecil? Sebab saya rasa mungkin salah faham, dan yang keduanya di petikan-petikan daripada sesetengah blog atau page.” katanya dalam sebuah video di laman Tiktoknya.
Sementara itu, Eva turut berharap pihak berkenaan dapat menurunkan artikel tersebut sebelum menimbulkan lagi salah faham orang ramai.
“Saya malas nak besar-besarkan cerita ini, saya harap sangat mereka yang post berkenaan story yang tidak benar ini, sila turunkan posting anda sebelum orang lain salah faham.
“Sebelum fitnah ini berleluasa, kalau boleh post la benda berfaedah dan doa la yang baik-baik. Insya-Allah.” tambahnya.
‘Terima Kasih’ Pada Individu Yang Berkenaan
Terdahulu, sukarelawan terkenal dengan misi banjir itu memuat naik status di TikTok dengan mengucapkan terima kasih kepada individu yang dikatakan telah ‘berjaya’ memporak perandakan rumah tangganya.
Untuk rekod, Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober tahun lalu.
Sekitar April lalu, isteri kepada Abang Viva itu mendedahkan dia pernah keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.