Seringkali gadis bertubuh gempal rungsing apabila memikirkan busana perkahwinan untuk disarungkan pada hari bahagia. Bimbang akan tampak lebih besar dan mempunyai masalah untuk mencari busana yang sesuai.

Entri kali ini memberikan tip berguna buat bakal mempelai bertubuh besar dalam mencari busana sempurna.

Memakai Korset

Memakai korset adalah salah satu cara agar postur badan anda tampil lebih menarik dan terletak. Selain memberikan bentuk tubuh yang lebih kemas, korset dapat membantu anda untuk membentuk figura tubuh anda agar tidak bongkok dan tampak menggelebeh.

IKLAN

Ukuran Busana

Pastikan ukuran busana yang diambil adalah tepat dan sempurna. Jangan memilih busana yang terlalu ketat dan elakkan dari  memilih yang terlalu longgar. Apa yang penting adalah keselesaan anda untuk bergerak sepanjang majlis berlangsung.

IKLAN

Perincian Minimalis

IKLAN

Busana yang dipilih haruslah tidak terlalu sarat kerana bimbang anda bakal kelihatan lebih besar. Sebaiknya, pilihlah perincian manik atau jemeki yang minimalis dan hanya tertumpu di satu-satu bahagian sahaja. Elakkan juga dari meletakkan perincian di bahagian yang menonjolkan tubuh besar anda.

Aksesori Kecil

Bagi pemilihan aksesori pula, pilih aksesori yang kecil dan tidak terlalu besar. Aksesori yang besar hanya menampakkan penampilan anda berlebihan dan terlalu sarat. Cukup hanya memakai tiara dan subang. Pasti penampilan anda menyerlah dan elegan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI