Siapa yang tidak kenal dengan jenama Reka Teemor, Perunding Perkahwinan Malaysia yang sering mendapat tempat di hati bakal pengantin. Dekorasi yang dihasilkan begitu gah sekali sehingga mampu membuatkan tetamu dan bakal pengantin sebak. 

 

Pengantin Kaku Jumpa REKA TEEMOR, Realisasikan Impian Kahwin Dengan Dekorasi PERCUMA! 
Kredit foto: Instagram Reka Teemor
Pengantin Kaku Jumpa REKA TEEMOR, Realisasikan Impian Kahwin Dengan Dekorasi PERCUMA! 
Kredit foto: Instagram Reka Teemor

 

Menemui pasangan suami isteri, Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz yang mengusahakan jenama Reka Teemor ini sejak 2006, ini merupakan kali pertama Reka Teemor ‘belanja’pasangan pengantin dengan dekorasi perkahwinan. 

 

“Memang sudah lama kami berhasrat untuk give back to the community. Namun kesibukkan dalam merealisasikan impian perkahwinan pelanggan kami membataskan hasrat yang dah lama terpendam. Apabila Viu Malaysia datang untuk berkolaborasi, kami rasakan ini impian menjadi nyata,” kata Mumtaz. 

Ads

 

Pengantin Kaku Jumpa REKA TEEMOR, Realisasikan Impian Kahwin Dengan Dekorasi PERCUMA!  Pengantin Kaku Jumpa REKA TEEMOR, Realisasikan Impian Kahwin Dengan Dekorasi PERCUMA! 

 

Masuk ke ballroom Royale Chulan Kuala Lumpur, di mana berlangsungnya sebuah majlis persandingan di antara Farah dan Syafiq, tetamu ‘disajikan’dengan pemandangan yang begitu indah. Hampir penuh ballroom dengan bunga-bungaan putih melatari dewan. Tema white wedding ala outdoor diangkat untuk resepsi idaman pengantin. 

Ads

 

“Bila pengantin berhasrat nak tema white wedding, saya buat research dan akhirnya kami memilih konsep Central Park New York. Ini kali pertama kami mengetengahkan konsep ini. Bunga-bungaan yang kami pilih adalah hydrengea dan kegemaran pengantin sendiri iaitu baby’s breath.”kata Faiz. 

Pengantin Kaku Jumpa REKA TEEMOR, Realisasikan Impian Kahwin Dengan Dekorasi PERCUMA! 

 

Ads

Memori indah tajaan 

 

“Ýang paling kelakar masa kali pertama kami jumpa pasangan pengantin, mereka macam star-struck. Mereka tak boleh cakap, terpegun sampai saya rasa macam mereka tak boleh berkomunikasi dengan kita. Akhirnya pengantin beritahu mereka tak sangka berhadapan dengan Reka Teemor! Kami bukan artis, hanya pekerja. Mungkin sebab kami selalu bekerja dengan artis kot! 

 

Masa majlis pun, saya rasa sebak kerana saya dapat rasakan bila kita sesuatu yang kita dambakan.”ujar Reka Teemor.

Pengantin Kaku Jumpa REKA TEEMOR, Realisasikan Impian Kahwin Dengan Dekorasi PERCUMA! 
Kredit foto: Instagram Farah & Syafiq
Pengantin Kaku Jumpa REKA TEEMOR, Realisasikan Impian Kahwin Dengan Dekorasi PERCUMA! 
Kredit foto: Instagram Farah & Syafiq

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI