Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan pengantin lelaki memeluk dan mendukung ibunya selepas selesai majlis perkahwinannya. Video tersebut telah berjaya mencuri perhatian ramai warga maya.
Malah ahli keluarga dan saudara mara turut menahan air mata dan rasa sebak dengan ‘pemandangan’ yang cukup mengharukan itu.
Melalui video tersebut, kelihatan keluarga dan saudara-mara pengantin sedang berkumpul di bawah khemah selepas selesai majlis persandingan.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila pengantin lelaki menangis semasa memeluk dan mendukung ibunya. Ahli keluarga lain yang turut menyaksikan ‘peristiwa’ tersebut juga tidak dapat menahan air mata kerana turut berkongsi rasa sebak.
Berikut antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
“Lucky isteri dia dpt lelaki yg syang mak dia mcm tu sekali mesti dia sayang isteri dia mcm dia syng mak dia”
Ads
“Kalau dia sayang sgt mak dia. Semestinya dia akan syg wife dia dgn jaya nya”
“Masa mula-mula kawen, x dinafikan sy iri hati pd mak mertua. terasa sgt bila suami kdg2 melebihkan ibu. tp bila dah ada anak lelaki, sy berdoa agr ank lelaki saya spt ayahnya..menyayangi ibu hgga akhir hayatnya.”
Ads
“Terbaik bang.. semoge syurga buat mu abang dan semoga mak abg sihat selalu dan di permudahkan segale urusan abang dan mak satu family.. aminn”
“Untung abg dpt dukung mak time sanding. Sy cuma dpt bawa semangat arwah ayah & arwah mak je time sanding. Selagi ada org tua hargailah mereka.”
“Dulu kecik-kecik mak dukung , skrng da besar kita dukung mak pula.”
Nak rezeki datang, kena dahulukan isteri dalam semua hal. Ini adalah ilmu rumah tangga paling mudah. Konsepnya cuma meletakkan isteri nombor satu!
Tetapi kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Dan kalau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.
Nak Rezeki Datang
Perlu tahu, biasanya orang rumah tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Sedekah Paling Mudah
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan,
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insya Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Begitulah konsep nak rezeki datang apabila sudah berumah tangga. Sayang isteri dan utamakan keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai suka minum air sejuk terutama ketika cuaca panas. Terasa segar ditekak setiap kali minum air sejuk. Ia seakan nikmat yang sukar digambarkan apabila terlalu dahaga, dapat pula minum air sejuk.
Namun berlegar-legar di kalangan masyarakat kita tentang keburukan minum air sejuk. Bagi yang sedang diet pula, minuman air sejuk kononnya perlu dielakkan sama sekali.
Lalu sejauh manakah kebenarannya kita perlu elak minum air sejuk? Melalui perkongsian Dr Zubaidi ini fakta tentang minum air sejuk.
BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENDAPAT KANSER PERUT?
Air sejuk dari peti sejuk atau atau juga disebut sebagai ais selalunya diminum pada hari yang sangat panas bagi melegakan kehausan. Ramai yang tidak tahu minum air yang terlalu sejuk sama ada air kosong atau air berperisa boleh mendatangkan keburukan.
Minum air sejuk yang terlalu kerap akan memberikan kesan kepada saluran pencernaan, menyebabkan kenaikan berat badan, atau juga boleh menyebabkan badan menjadi cepat letih dan mengantuk.
Benarkah ada pendapat yang mengatakan bahawa minum air sejuk boleh menyebabkan kanser? Melalui khabar angin yang beredar luas di media sosial menyebut bahawa minum air sejuk boleh menyebabkan makanan berminyak akan membeku di dalam perut.
Ini menyebabkan reaksi antara di antara asid dalam perut dan minyak yang membeku. Akhirnya menyebabkan terbentuknya minyak beracun yang berbahaya. Lemak beracun ini akan menyebabkan kanser pada saluran penceranaan.
Walaupun khabar ini kelihatan logik dan meyakinkan, ramai pakar sains yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Mereka berpendapat bahawa air sejuk yang diminum tidak menyebabkan kerosakan pada saluran pencernaan atau menyebabkan kanser.
Ini kerana apabila seseorang meminum air sejuk, suhu tubuh kita secara semulajadi akan meningkatkan suhu air tersebut.
Peningkatan suhu ini bermula ketika di dalam mulut lagi, seterusnya masuk ke dalam saluran esofagus, dan akhirnya ke dalam perut. Sampai di perut, suhu air sejuk tadi telah mula menyamai suhu tubuh.
Sebuah penulisan yang diterbitkan oleh American Cancer Society mengatakan bahawa meminum air dingin belum terbukti secara ilmiah boleh menyebabkan kanser.
Jadi kenyataan yang mengatakan minum air sejuk menyebabkan lemak menjadi beku dan seterusnya menyebabkan kanser adalah tidak tepat.
Tetapi saya bersetuju bahawa minum air terlalu sejuk dalam kuantiti yang banyak elok dielakkan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan perut.
Saya mencadangkan minum air yang bersuhu bilik mengikut kesesuaian suhu tubuh kita.
Antara masalah yang dihadapi oleh mereka yang kerap minum air sejuk (terutama dalam kuantiti yang banyak) boleh menyebabkan masalah berikut:
1.GANGGUAN PROSES PENCERNAAN MAKANAN
Meskipun tidak sampai merosakkan saluran esofagus, perut atau usus. Apa yang mungkin berlaku ialah apabila kita minum air sejuk yang banyak, apabila sampai ke perut dan usus, air tersebut bersuhu rendah dan menyebabkan saluran darah di sekeliling perut dan usus menjadi mengecut dan menyebabkan penyerapan nutrisi mungkin terganggu.
Ini akan menyebabkan metabolisme kita menjadi lebih perlahan dan kita mungkin mengalami peningkatan berat badan. Tubuh kita juga menjadi letih dan cepat mengantuk.
2. MENYEBABKAN KERADANGAN PADA SALURAN PERNAFASAN TERUTAMA DI BAHAGIAN HIDUNG DAN TEKAK.
Ini sering berlaku apabila kita dalam keadaan tidak sihat, minum air sejuk terlalu kerap boleh menyebabkan selesema dan rasa sakit tekak.
3. DENYUTAN JANTUNG MUNGKIN MENJADI PERLAHAN
Apabila air terlalu sejuk diminum dengan banyak, denyutan jantung mungkin menjadi perlahan. Ini kerana saluran esofagus sangat dekat dengan saraf vagus yang menjaga rentak denyutan jantung. Laluan air yang sejuk merangsangkan saraf vagus dan akhirnya menyebabkan degupan jantung perlahan.
4. MENYEBABKAN RASA SAKIT KEPALA
Minum air yang terlalu sejuk secara tiba-tiba boleh menyebabkan saluran darah dan saraf di sekeliling kepala akan mengecut dan menyebabkan kita mengalami rasa sakit kepala.
Jadi berhati-hatilah apabila minum air selepas makan. Jangan minum air terlalu sejuk dengan kuantiti yang banyak.
Amalan ini tidak baik untuk kesihatan tubuh secara jangka masa panjang.
Dalam rumah tangga, pasangan suami selalulah berdoa agar rumah tangga terus kekal bahagia. Doa memiliki kekuatan luar biasa dalam kehidupan. Sesuatu yang nampak tidak mungkin di mata manusia akan menjadi mungkin atas kehendak-Nya.
Saling berkasih sayang dan hormat-menghormati, itulah suami isteri. Bila dah sayang, selain menunjukkannya secara fizikal, berdoalah. Ia adalah senjata terbaik untuk mencari kebahagiaan.
DOA SEORANG SUAMI
Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
Percayalah doa seorang suami itu mustajab.
Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.
Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.
Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
kredit : Aisyah Huraiyah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampak bahagia dan semakin jelita, pelakon Siti Saleha memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen ternama tempatan, Joshua Fitton.