Tiada yang lebih menggembirakan seorang gadis apabila menerima lamaran dan melangkah ke alam perkahwinan. Apatah lagi dengan restu dari keluarga, sudah pasti institusi perkahwinan yang bakal dibina dilayari bakal menjadi suatu ikatan yang memberi kebahagiaan.
Bagi Nurlisa Mohamed Noor, 25 tahun, memilih Khairul Azhar Fazli, 26 tahun sebagai suami merupakan keputusan terbaik buat dirinya apatah lagi mereka sudah berkenalan sejak menuntut di sebuah universiti di Perth, Australia.
” Kebetulan Ibu bapa kami memang telah lama bersahabat, sejak kami kecil cuma kami tidak pernah bertemu. Pertama kali bertentangan mata di satu event “Club Day/ Guild Day” di universiti telah membuatkan hubungan kami mula akrab. Ketika itu, Khai merupakan president Association of Malaysian Students di universiti tersebut, ” ujar Nurlisa memulakan bicara mengenai perkenalannya dengan suami tersayang.
Melihat perwatakan Nurlisa yang disifatkan sebagai seorang gadis yang ‘happy go lucky”, Khai amat tertarik dengan keperibadian Lisa serta ikatan kekeluargaan yang akrab juga menjadi salah satu sebab Khai jatuh cinta terhadap anak ketiga Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Yusof ini.
Manakala Nurlisa amat menyenangi keperibadian Khai yang baik hati serta pemurah terhadap dirinya serta amat mengambil berat tentang Lisa sepanjang meneruskan pengajian di bumi Australia dan jauh dari kaum keluarga.
Nurlisa dan Khai memilih tanggal 12/2/2022 yang lalu untuk mengikat tali pertunangan disaksikan kaum keluarga terdekat kedua belah pasangan. Pada majlis pertunangan, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Adi Decor telah bertindak menata rias dekorasi majlis pertunangan pasangan ini yang menampilkan gaya dekorasi elegan tetapi masih mengekalkan gaya sederhana. Manakala Nurlisa anggun mengenakan persalinan dari Zaimi Zulkafli.
Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dihadiri kaum keluarga dan kenalan terdekat. Bertemakan Enchanted Forrest untuk majlis tersebut, @rerama_rerama merealisasikan tema majlis perkahwinan pasangan ini dengan menampilkan unsur-unsur alami yang natural seperti kicauan burung sebenar sepanjang majlis berlangsung dari dalam sangkar. Usai majlis, burung-burung tersebut dilepaskan bebas sebagai tanda simbolik pembebasan mempelai dari tanggungjawab ibu bapa. Live orchestra dari OJ Kustik yang membawa 22 pieces instrument menjadi pilihan mempelai menghiburkan tetamu yang meraikan hari bahagia mereka.
Majlis penuh emosi dan kesyukuran itu menyaksikan upacara khatam quran oleh pihak lelaki dilangsungkan sebagai tanda Al Quran yang dibaca/dikhatamkan adalah sebagai mahar/hantaran yang diminta oleh pihak pengantin perempuan. Malah tiada wang hantaran diminta. Al Quran tersebut diangkat darjatnya pada majlis tersebut di mana majlis penyerahan mahar berupa naskah Al Quran tersebut oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Nurlisa anggun mengenakan busana putih rekaan Mimpi Kita manakala Khai mengenakan persalinan dari Man Kajang. Manakala wajah anggun Lisa mendapat sentuhan Bee Ramza. Nurlisa merupakan anak ketiga Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Yusof. Rosyam dikurniakan lima orang anak perempuan di mana dua daripadanya sudahpun berumahtangga.
Nurlisa dan Khai bakal berbulan madu ke Eropah tidak lama lagi. Selamat Pengantin Baru dari team Pesona Pengantin!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI