Ragam seorang pengantin lelaki, Ammar Loy mendedahkan dirinya sudah 23 tahun tidak makan nasi.
Tak pelik sebab memang ramai sangat yang jenis tak boleh makan nasi sejak kecil. Tetapi kes lelaki ini agak rare sebab lama sangat tak sentuh nasi. Jom baca kisah pasangan baru ini…
Menerusi perkongsian di TikTok, Ammar memberitahu kali terakhir dia makan nasi adalah ketika umurnya lima tahun.
“Jangan paksa saya untuk makan nasi, nanti hospital perginya. Last makan nasi masa umur lima tahun, sekarang dah 28 tahun. Hampir 23 tahun tak sentuh nasi,” ceritanya.
Pada perkongsian sama, Ammar yang baru mendirikan rumah tangga berseloroh kepadanya isterinya supaya menyediakan makanan ‘western’ setiap hari.
“Awak kena masakkan saya makan western setiap hari. Paling malas pun roti bakar sapu kaya pun okay dah,” katanya lagi.
Sementara itu, Ammar turut memaklumkan abangnya juga tidak makan nasi sejak usia tujuh tahun.
“Tunggu giliran abang saya pula nanti naik pelamin. Sebab dia pun sama sudah 23 tahun tak pernah sentuh nasi. Last dia makan nasi umur tujuh tahun. Kami hanya meratah lauk je selalu,” luahnya.
Sumber: TikTok Ammar