Fokus kepada bakal pengantin, kalau nak mekap cantik kemas tak cepat cair anda kena rajin pakai pelembap. Tak kira jenis kulit macam mana sekali pun, kena jadikan rutin pagi dan malam sebelum tidur.
Nak Mekap Cantik
Ini cara nak mengekalkan kelembapan wajah dan menangani masalah kulit seperti kusam dan jerawat.
Jadi kali ini anda boleh cedok beberapa ilmu tentang kecantikan daripada saudari Zaty Asri tentang pemilihan pelembap ikut jenis kulit.
Sebenarnya pelembap ada dua jenis tekstur iaitu krim dan gel. Mesti ramai tak tahuapa perbezaan ini, bukan? kan?
Tekstur Krim
Ads
Tekstur – Pekat (Campuran Minyak+Air)
• Tahan lama di kulit
•Jenis Kulit yang sesuai – Kulit Kering + Kulit Kusam
Boleh cuba Bio Essence Moisturizer. Dia dapat repair & replenish & renew skin.
Ads
Tekstur Gel
•Tekstur – Ringan
• Tidak melekit bila pakai
• Jenis Kulit yang sesuai – Kulit Berminyak, Kulit Kombinasi, Kulit berjerawat
Boleh cuba Hada Labo Moisturizer. Dapat glowing & hydrateskan kulit.
Ads
Harga agak keras tetapi berbaloi dengan hasilnya. Penting untuk anda pilih pelembap yang bersesuaian.
Sebagai contoh kulit berminyak, tapi pakai krim. Makanya shining teruk lah muka sampai boleh tersumbat liang pori dan menyebabkan jerawat.
Kulit kering pula kalau pakai gel memang tak cukup kelembapan pada kulit dan menyebabkan kusam.
Jadi sekarang semak, betul tak pilihan pelembap yang anda pakai itu? Kalau salah, jom betulkan supaya kulit kita lebih sihat dan glowing tanpa masalah jerawat dan jeragat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Daripada sudut bahasa, mahar bermaksud: “Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab akad nikah. Menurut istilah syarak pula mazhab Syafie telah mendefinisikan mahar dengan maksud: “Mahar adalah suatu yang diwajibkan dengan sebab pernikahan, atau persetubuhan, atau pemerkosaan.”
Soalan
Suami saya telah membelanjakan wang mas kahwin semasa kami kahwin tanpa pengetahuan saya kerana betul betul terdesak. Halalkah dia berbuat demikian?
Jawapan:
Wang mas kahwin yang diberi oleh suami kepada isteri adalah hak milik mutlak isterinya.
Firman ALLAH SWT:
“ Berilah kepada wanita-wanita itu maharnya sebagai pemberian yang wajib.” Surah al-Nisak: 4
Kesimpulannya
Haram bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri tanpa kerelaan dan kebenaran isteri, kerana mahar adalah hak milik isteri yang diisytiharkan ALLAH dalam al-Quran. Harus hukumnya bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri jika dengan kebenaran isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak kekal sihat cuba elak 7 pemakanan ini. Lelaki pada abad ini juga cenderung untuk menjaga kesihatan diri. Bagi penampilan yang sihat dan bergaya, elakkan diri daripada mengambil jenis makanan yang boleh menjejaskan diet seterusnya mengurangkan risiko untuk diserang penyakit. Hasilnya tubuh akan kekal sihat dan berkeyakinan.
1.Makanan atau minuman segera
Disebabkan oleh faktor kepadatan jadual harian, makanan dan minuman segeralah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita. Makanan dan minuman segera ini mempunyai kandungan garam, lemak dan perisa tambahan yang sangat tinggi serta zero nutrient. Jika diambil secara berterusan boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang kerana kandungan kalorinya yang sangat tinggi.
2. Produk berasaskan tepung
Kurangkan pengambilan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya (fortified). ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan bahawa tepung tersebut sudah mengalami proses bleached dan kehilangan sumber khasiat berharga. Sebaiknya, gunakanlah roti penuh gandum untuk kesihatan
tubuh anda.
3. Minuman berkarbonat
Minuman bergas mengandungi kandungan kafein dan gula yang agak tinggi. Sebab itulah ia boleh mencetuskan kebergantungan dan ketagihan. Minuman bergas boleh dikatakan hampir tidak mempunyai sebarang khasiat atau nutrien. Pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai masalah antaranya kegemukan, diabetes, kerosakan gigi dan juga kanser. Gantikan minuman bergas dengan jus buah-buahan segar atau air mineral.
4. Roti dan kek
Roti keju dan mufin bukanlah pilihan yang terbaik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. Sekalipun tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa dahulu
kandungan nutrisi makanan itu kerana sesetengah pengeluar makanan menggunakan strategi tersebut untuk melariskan produk mereka.
5. Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa yang tinggi. Begitu juga kandungan garam dan gula serta pengawet. Jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda. Kesibukan bekerja bukanlah alasan untuk anda mengambil makanan sebegini kerana ia sangat berbahaya untuk kesihatan.
6. Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori yang tersembunyi. Sesetengah restoran pula ada yang menggunakan minyak dengan kandung lemak atau makanan yang digoreng dengan mentega dan telur yang banyak. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan makanan bergoreng. Jika teringin untuk makan makanan ini, anda boleh menggorengnya sendiri dengan minyak yang sihat seperti minyak zaitun. Anda juga boleh menggunakan kaedah masakan yang lain seperti bakar, kukus atau gril.
7. Kafein atau kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan meminum kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu, kebanyakan kopi di kedai hari ini menggunakan krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Selain itu, pengambilan kopi 3 dalam 1 juga sangat berbahaya kerana kandungan gula dan perisa tambahan yang agak tinggi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti akan melalui beberapa proses sebelum sah bergelar suami isteri. Antara proses yang dimaksudkan termasuklah perkenalan antara anda dan bakal mentua. Pastinya perjumpaan dengan bakal mertua buat pertama kali merupakan saat yang cukup mendebarkan.
Langkah yang paling penting saat pertemuan ini adalah untuk mengambil hati mereka. Mungkin ada sahaja situasi di mana ibu bapa tidak berapa selesa dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Namun, anda harus bijak dalam menangani situasi dengan memikat hati bakal mertua anda. Jangan biarkan bakal mertua anda mempunyai persepsi negatif pada anda terutama pertemuan buat pertama kali. Ini sedikit sebanyak menggambarkan siapa diri anda yang sebenarnya. Jom kita lihat 6 cara efektif untuk memikat hati bakal mertua buat pertama kali bertemu!
1. PERHATI DAN PELAJARI TENTANG BAKAL MERTUA
Perlahan-lahan risik apa yang anda perlu tahu tentang ibubapa pasangan anda. Sebagai contoh ambil tahu apa yang bakal mertua anda sukakan, hobi mereka, masakan kesukaan mereka, dan mungkin ciri-ciri lelaki atau perempuan yang bagaimana mereka sukakan. Kaji sedikit mengenai latar belakang mereka melalui pasangan anda agar saat berjumpa nanti, anda mempunyai topil untuk dibualkan.
2. JAGA PERCAKAPAN
Pastikan anda sentiasa menjaga tutur kata dan intonasi percakapan anda agar tidak terkecil hati mereka dan sekaligus boleh membuat anda di blacklist dari menjadi menantu pula. Jika bakal mertua anda seorang yang pendiam, sesekali cuba untuk berkomunikasi dengan mereka seperti bertanyakan tentang hobi dan pekerjaan mereka.
3. RINGANKAN TULANG
Jangan lupa untuk menawarkan bantuan jika anda rasa ia diperlukan. Sebagai contoh, jika bakal ibu mertua anda sedang mengangkat barangan yang banyak atau berat, bantulah mereka dengan rela hati. Ringankan tulang untuk membantu bakal ibu mertua di dapur. Dengan cara ini, bakal mertua anda dapat melihat anda sebagai seorang yang rajin.
4. JANGAN LUPA UNTUK MEMUJI
Memuji dengan ikhlas agar tidak nampak hipokrit pula nanti. Ada tempatnya dan juga masanya untuk memuji. Sebagai contoh, anda boleh memuji masakan ibu pasangananda sedap atau kediamannya cantik dan kemas. Tapi ingat, jangan memuji secara berlebihan hingga anda diaggap cuba membodek mereka.
5. BERPAKAIAN SOPAN
Memang benar bahawa kita tidak perlu jadi hipokrit dalam pemakaian. Tetapi dalam situasi ini, perlulah juga menjaga pakaian agar kelihatan kemas dan sopan supaya tidak menjejaskan reputasi diri anda dan agar dapat melancarkan perhubungan suai kenal dengan bakal mentua kita. Bagi lelaki, janganlah memakai seluar pendek, jeans berkoyak atau lusuh dan baju tanpa lengan ketika bertemu dengan ibu bapa kekasih anda. Dan buat sang gadis gaya santun adalah yang terbaik dan seharusnya tidak menjolok mata.
6. BERI BUAH TANGAN
Jika anda inginkan usaha yang lebih berkesan untuk memikat hati mereka, belikan mereka buah tangan atau apa sahaja sebagai tanda mengingati mereka. Apatah lagi apabila tiba ulang tahun hari jadi mereka. Bonus jika anda sudah risik lebih awal dengan pasangan kesukaan kedua ibu bapanya supaya hati mereka akan lebih berbunga terima cenderahati dari bakal menantu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!