Pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada musim PKP ni pasti belum berkesempatan untuk berbulan madu. Sudah menjadi kebiasaan setiap pasangan untuk menikmati saat-saat bersama pasangan selepas ijab dan kabul. Ini 10 idea tempat rekriasi yang boleh anda kunjungi bersama pasangan. Kita bikin kelainan sikit!

 

Dalam senarai tempat-tempat berbulan madu, mesti kebanyakkan nak mencari kedamaian air laut, tempat-tempat romantis yang boleh set-up makan malam dan paling penting, boleh OOTD! Tapi kali ini idea tempat berbulan madu yang Pesona Pengantin hendak syorkan langsung tidak ada dalam senarai anda. Tapi anda mesti cuba.

 

  • Camp5, 1Utama

Ini adalah tempat unutk anda dan pasangan bergembira sambil mengeluarkan peluh. Baik anda mahupun isteri yang tidak pernah menikmati sukan wall climbing, inilah masanya untuk mencuba sesuatu yang baharu. Camp5 mempunyai dinding dengan pelbagai saiz dan tahap kesukaran dari sangat mudah hingga terlalu mencabar. Pihak Camp5 yakin anda akan mendapatkan tahap kesukaran yang bertepatan dan mampu menguji diri anda untuk melakukan lebih lagi!

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

 

  • District21, IOI City Mall, Putrajaya

District21 adalah sangat unik; dengan keluasan sebanyak 70,000 kaki persegi dan mengangkat tema pasca-apokaliptik, taman tema ini mempunyai 10 tarikan, 8 bilik riadah dan terletak dalam atrium yang dilengkapi dengan pendingin hawa di IOI City Mall, Putrajaya. Ia menawarkan lebih sedosen aktiviti yang kebanyakannya adalah baru diperkenalkan di Negara ini seperti aktiviti Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride, dan Roller Glider. Setiap tarikan juga tertakhluk kepada berat dan ketinggian maksimum yang dibenarkan.

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

 

  • AirRider, 1Utama

AirRider, 1 Utama adalah sukan skydiving yang ditawarkan secara dalam-premis dengan stimulasi aktiviti skydiving yang sebenar seolah-olah pada ketinggian 14,000 kaki. AirRider adalah tarikan stimulasi penerbangan yang terhangat di benua Asia. Sesiapa sahaja yang pernah menginginkan untuk terbang di udara boleh singgah ke 1 Utama Shopping Centre, iaitu pusat membeli-belah ke-7 terbesar di dunia.

Terowong angin berbentuk bulat dengan keseluruhannya dilitupi dengan panel kaca menghasilkan kusyen udara seluas 12-kaki diameter dengan tinggi 21 kaki. Setiap pelanggan yang memasuki ruang kusyen udara ini akan ditemani seorang jurutugas bertauliah atas faktor keselamatan. Di dasar ruangan bertutup ini juga menempatkan sebuah lantai trampolin yang diperbuat daripada besi tahan kalat dengan kualiti seperti kapal terbang sebenar.

Dengan kelajuan angin sehingga 250 km/sejam, mereka berpeluang untuk melakukan aksi-aksi akrobatik udara secara mudah dan selamat. Para pengunjung yang lain juga boleh menonton aksi sukan penuh mendebarkan ini menerusi ruangan tempat duduk yang disediakan.

Ads

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

 

  • FlowRider, 1Utama

Pernah terfikir untuk melakukan aktiviti sukan luncur air di dalam sebuah pusat membeli-belah? Sekarang anda boleh melakukannya dengan aktiviti sukan flow-riding dan stimulasi luncur air di 1 Utama Shopping Centre. FlowRider, 1 Utama menggabungkan teknik dari beberapa jenis sukan seperti luncur air, luncur salji, sukan papan selaju, wakeboarding dan skimboarding.

Sama ada anda merupakan seorang amatur atau professional, anda mampu menangani arus air dengan bimbingan dari petugas yang bertauliah dan berpengalaman. Kesan ombak juga dapat dihasilkan dengan kelajuan sehingga 32 km/sejam di permukaan vinil komposit. FlowRider juga menawarkan program latihan dan kursus dari tahap amatur hingga berpengalaman dengan para jurulatih yang berdedikasi untuk memperkasa teknik flowriding anda dengan menitik-beratkan aspek keselamatan.

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

 

  • JumpStreet Trampoline Park

Jump Street Trampoline Park adalah sebuah taman tema urban yang dilengkapi dengan fasiliti bertaraf dunia dan memfokuskan kepada aktiviti lompatan, lantunan dan segala aktiviti melawan unsur graviti yang mampu anda fikirkan. Ia mempunyai beratus-ratus jumlah trampolin, dengan Main Court seluas 10,000 kaki persegi merangkumi pelbagai trampolin yang bersambung antara satu sama lain.

Ianya termasuk ruangan khas yang dilengkapi dengan jaring bola keranjang, trampolin untuk aktiviti dodge-ball, satu lubang yang diperbuat dari bahan lembut untuk terjun ke dasar, dan pelbagai bag udara untuk memastikan pendaratan yang selamat.

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

Ads

 

  • Malaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS)

Terletak di kawasan pembangunan Empire City, National Ice skating Stadium (MYNISS) adalah gelanggang ais yang pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan spesifikasi Sukan Olimpik dan kemudahan serba lengkap bagi menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan luncur ais dengan standard antarabangsa.

Inilah masanya untuk mengasah bakat anda meluncur ais dengan pergerakan penuh gemalai, tambahan pula dilakukan di sebuah gelanggang bertaraf kelayakan sukan antarabangsa! Genggam erat tangan isteri tu, takut jatuh pula!

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

 

  • It’s a HIT Rooftop Baseball

It’s a HIT Rooftop Baseball adalah satu-satunya dan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan benua Asia Tenggara. Tanpa cas masuk yang mengeringkan poket, di sini anda mampu untuk mendapatkan pengalaman menarik untuk sesi Batting Cages dan Carnival Games dengan harga yang berpatutan. Terletak di bahagian bumbung sebuah pusat membeli-belah terkemuka, 1 Utama Shopping Centre; singgahlah ke sini untuk sebuah pengalaman penuh keunikan dengan elemen keterujaan dan pemandangan yang mempesona!

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

 

Ads
  • Sunway Pyramid Ice

Sunway Pyramid Ice adalah hiburan sukan ais bertaraf dunia yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Ianya terletak di lokasi strategik di dalam pusat membeli-belah yang menerima pengiktirafan antarabangsa, Sunway Pyramid, dengan dikelilingi Bandar Integrasi Sunway Resort, Sunway Lagoon Theme Park dan Convention Centres yang juga padat dengan universiti, kolej, sekolah antarabangsa, syarikat korporat dan komuniti setempat.

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

 

  • TraXion Karting at X Park Sunway Serene

TraXion Karting adalah pusat sukan kart yang beroperasi secara dalam-premis terbesar di benua Asia Tenggara. Terletak di tengah Bandar Kelana Jaya, ianya menawarkan pengalaman Kiddie Cart untuk kanak-kanak sehingga ketinggian 140cm, dan Fast Cast, untuk golongan dewasa. Setiap sesi karting akan mengambil masa selama 10 minit.

Operator ini juga menawarkan pengalaman Mini Race merangkumi 3 sesi karting temasuk pusingan akhir, namun, minimum 8 orang pemain pada satu-satu masa diperlukan untuk pakej ini.

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

 

  • Galactic Laser, Sunway Pyramid

Galactic Laser adalah lapangan aktiviti laser tag yang terbesar dan terpanjang di Malaysia. Terletak di pusat membeli-belah premier, Sunway Pyramid dan dilengkapi dengan teknologi yang canggih dan terkini, inilah masa untuk anda gambarkan diri anda sebagai sebuah karakter dalam video sains fiksyen.

 

Berbekalkan sebuah unit laser di tangan, dengan diiringi muzik berentak energetik dan dikelilingi kabus di udara, sambil anda meloloskan diri dalam sebuah arena yang direka khusus menyerupai kesan tinggalan makhluk asing. Tentunya ianya menawarkan elemen keterujaan memburu dalam kegelapan sambil menghindari dari diri anda sendiri terkena tembakan laser oleh pemain yang lain.

Pengantin PKP Tak Sempat Honeymoon? Boleh Plan Dulu Ke Sini Nanti!

Anda bukan sahaja dapat meluangkan masa bersama isteri malah dapat menjalani gaya hidup sihat. Lepas penat bersukan tu, boleh sambung membeli-belah pula. Bukan selalu kan…

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI