Pengapit Bantu Kelancaran Sepanjang Majlis Perkahwinan Berlangsung

Share

Majlis pernikahan sahabat baik anda tidak lama lagi. Sudah tentunya sebagai sahabat baik anda sudah ditempah sebagai pengapitnya. Menjadi seorang pengapit itu bukan hanya memakai gaun sedondon namun mempunyai tugasan yang lebih penting bagi membantu kelancaran sepanjang majlis pernikahan berlangsung atau lebih tepat membantu keperluan pengantin perempuan.

Menjadi seorang pengapit memiliki tugas kerana selain membantu bakal pengantin ketika hari pernikahan, dia juga membantu sejak beberapa bulan sebelumnya. Jadi bukan hanya datang pada majlis pernikahan dan berposing dengan gaun cantik yang sedondon.

Jadi peneman bakal pengantin perempuan membeli keperluan persiapan pernikahan

Sebagai sahabat baik anda bolehlah bantu apa yang patut dengan menemaninya mencari doorgift, gaun sedondon, memilih desain kad jemputan, hingga menemaninya fitting baju pengantin.

Pengapit biasanya adalah orang yang paling rapat dengan pengantin perempuan maka dengan adanya pengapit di sisi sangat membantu dan menenangkan bakal pengantin perempuan sepanjang menyiapkan segala keperluan persiapan pernikahan .

Setia Mendengar

Sudah tentu mengurus segala persiapan pernikahan sungguh meletihkan.  Apalagi bila perlu berhadapan dengan banyak drama dan kejadian-kejadian tidak terduga. Biasanya bakal pengantin perempuan akan lebih kerap panik dan stres. Maka di sinilah peranan sahabat baik menjadi pendengar yang setia ketika dia meluah rasa.

Menjaga barang penting

Di hari pernikahan tentu bakal pengantin perempuan sibuk dan inilah masanya juga anda sebagai pengapit menjaga barang penting seperti handphone dan beg tangannya. Pastikan barang berharga selamat di tangan anda.

Mengingatkan keperluan kecil

Tugas pengapit yang tidak kalah penting adalah sebagai pengingat bakal pengantin perempuan ataupun keluarga. Pengantin perempuan biasanya akan susah mengingat hal-hal kecil di hari pernikahan. Salah satu tugas pengapit yang diperlukan ialah anda boleh bantu koordinasi agar cincin kahwin atau mas kahwin tidak ketinggalan.

Mengingatkan waktu makan

Ini hal yang sering dilupakan oleh pengapit. Beritahu bakal pengantin perempuan untuk makan sesuai jamnya. Jangan sampai sahabatmu tidak sarapan atau makan tengah hari hanya kerana merasa tidak lapar kerana tegangnya menjalani hari bahagia. Acara pernikahan yang penuh sangat memerlukan tenaga. Jadi pastikan sahabatmu sudah makan agar tidak sakit kerana terlalu letih.

Membaiki mekap

Pastikan pengapit memegang lipstick atau bedak yang digunakan oleh pengantin perempuan. Ia membantu bakal pengantin sentiasa anggun dan mekapnya tidak pudar.

Memegang baju pengantin

Tugas pengapit yang ini juga tidak kurang penting. Bakal pengantin perempuan biasanya memiliki gaun pengantin yang meleret dan cukup sukar buat si pemakainya. Jadi momen-momen ketika sahabatmu sedang ke tandas atau berjalan ke pelamin anda boleh membantunya. Dan sahabatmu pasti akan sangat berterimakasih dan appreciate dengan apa yang anda lakukan.

sumber : Rebeca Arthurs

Lanjut tentang pentingnya pengapit dalam majlis perkahwinan, semuanya terjawab di dalam Pesona Pengantin, Ahad 4 November ,  jam 7 malam hanya di Astro Prima dan Maya HD.

 

Published by
Putri Adila