Penting Buat Suami Isteri Berbulan Madu Untuk Perbaharui Ikrar Cinta

Share

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan rumah tangga yang harmoni dan sejahtera buat selamanya. Oleh itu, setiap pasangan perlu melakukan perkara yang boleh memupuk rasa cinta antara satu sama lain bagi mengimarahkan perkahwinan.

Salah satu perkara tersebut ialah dengan perancangan pergi berbulan madu secara berfasa. Semua maklum bahawa bulan madu dapat mengeratkan hubungan suami isteri sekali gus dapat meluangkan masa bersama secara privasi dan romantik.

Jom kita lihat 4 fasa bulan madu yang boleh anda ikuti.

BAHARU BERKAHWIN

Selepas selesai majlis perkahwinan, tentu anda ingin waktu untuk berehat kerana penat dengan menyediakan persiapan perkahwinan. Mungkin anda pergi bercuti ke suatu tempat bersama pasangan dan menganggap ia sebagai bulan madu. Waktu ini merupakan waktu pertama anda berbulan madu bersama si dia. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu dan mengenali pasangan anda dengan lebih memdalam.

SELEPAS SETAHUN BERKAHWIN

Anda berdua masih dalam honeymoon year dan masih di dalam proses untuk menstabilkan kedudukan kewangan anda. Tidak perlu ke Paris atau Milan untuk berbulan madu kerana bimbang kosnya akan membebankan anda berdua. Oleh kerana anda berdua masih muda, apa kata anda rancang percutian yang lebih mencabar. Pergi backpacking

ke Terengganu atau daki Gunung Kinabalu di Sabah. Aktiviti seperti ini boleh menambahkan persefahaman anda berdua kerana ia memerlukan banyak kerjasama.

SELEPAS 5 TAHUN BERKAHWIN

Ketika ini mungkin anda sudah mempunyai anak dan tempoh inilah yang sangat penting untuk anda kembali bercinta seperti zaman sebelum berkahwin. Setelah ada anak, keutamaan lebih tertumpu kepada mereka dan kadangkala anda berdua terlupa untuk candlelight dinner bersama sehingga hilang unsur-unsur romantik di dalam perkahwinan. Untuk itu kami cadangkan anda untuk pergi ke negara yang romantis seperti Paris atau cuba meluncur ski bersama di Switzerland. Jadi, ketepikan duit anda awal-awal untuk sesi bulan madu ini!

SELEPAS 10 TAHUN BERKAHWIN

Anak-anak sudah mula bersekolah dan anda mahu rehat yang mencukupi daripada kesibukan kerja. Memandangkan kedudukan kewangan sudah semakin stabil, apa kata anda ke Jepun bersama pemandu pelancong dan lihat budaya orang di sana. Atau mungkin, budaya orang India atau Belanda menarik perhatian anda. Berbulan madu dengan pemandu pelancong membuatkan percutian anda lebih teratur dan relaks kerana mereka tahu tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Published by
Putri Adila