sekadar gambar hiasan

Curang dalam perkahwinan bukan benda yang patut kita anggap ‘normal’. Ketidaksetiaan suami menyebabkan hati isteri terluka dan anak-anak sendiri menjadi korban. Kalau curang punca penceraian, kita selalu menyalahkan perampas suami orang.

Ini kerana isteri rasa telah dikhianati. Tapi, untuk benar-benar move on dengan kisah duka itu, para wanita yang kuat sebenarnya harus belajar untuk memaafkan.

Lelaki ini kongsi pesanan buat perampas.

suami orang…?

Ads

Lelaki kan boleh kawin 4…

Tak salah dik, tak…sebab awak tak pernah rasa kena rampas…sesuatu yang menjadi milik kita, walaupun bukan sepenuhnya, tapi kini menjadi milik bersama…perasaan sakit tu…awak tak rasa, sebab awak perampas…

Ads

Pernah tanya perasaan isteri dia? Perasaan anak-anak dia? Tak pernah, sebab awak hanya tahu memikirkan perasaan awak je…

Ads

Awak tersenyum, awak suka, awak seronok sebab awk nampak kebahagiaan dan kegembiraan untuk awak…
tapi awak terlupa, awak terlupa nak memikirkan penderitaan dan kesedihan orang lain…

Tunggulah sehingga ada yang merampas apa yang awak dapat tu, barulah awak akan tahu sakitnya rasa kena rampas….itupun kalau awak masih ada hati dan perasaan…

________________
Penulisan Firdaus Syakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI