Lelaki juga manusia biasa. Kita boleh menangis apabila putus cinta (bagi yang berhati kering mungkin langsung tidak menitiskan air mata). Biasanya orang akan lihat, apabila putus cinta, wanita yang lebih derita. Tetapi sebenarnya lelaki yang lebih merana. Tidak percaya?.
Anda mungkin tidak mempercayai fakta ini. Namun ia telah dibuktikan melalui satu hasil penyelidikan yang dilakukan di Universiti Wake Forest, Utara Carolina, dan diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior. Hasil penyelidikan melibatkan 1000 orang dewasa (tidak pernah berkahwin) yang berusia 18 hingga 23 tahun, mendapati hubungan tidak bahagia lebih mempengaruhi lelaki berbanding wanita. Lelaki mengekspresikan kesedihan mereka dengan cara berbeza iaitu menerusi pelbagai masalah, manakala wanita lebih mengekspresi dengan bersikap murung.
Robin Simon iaitu Profesor bidang Sosiologi dari universiti tersebut menyatakan bahawa lelaki lebih beremosionaldari aspek positif hubungan cinta yang sedang terjalin. Katanya “ bagi lelaki muda, pasangan mereka sering menjadi sumber utama untuk mencurahkan kasih sayang. Berbeza dengan wanita yang cederung untuk berkongsi dengan keluarga mahupun teman-teman rapat”. Biasanya ketegangan dalam sesuatu hugungan itu dikaitkan dengan kesihatan emosi yang rendah, dan kerana hal tersebut akan mengacam identiti serta harga diri seorang lelaki.
Sekiranya lelaki secara emosional lebih dipengaruhi oleh kualiti hubungannya di saat ini, wanita pula lebih dipengaruhi oleh kenyataan sama ada mereka memiliki hubungan cinta atau tidak. Tidak hairanlah jika wanita lebih cederung untuk mengalami kemurungan ketika hubungan berakhir, dan sebaliknya mendapat manfaat lebih hanya dengan berada dalam sesuatu hubungan.
TIP HADAPI PUTUS CINTA
Ads
1-Berdamailah dengan diri sendiri- Untuk menghadapi kesedihan perpisahan, sebelum orang lain membantu anda, bantulah diri sendiri terlebih dahulu. Lupakan apa yang terjadi dengan memanjakan diri mu. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan diri rasa kurang tegang seperti ke spa untuk lakukan terapi.
2-Anda sedang tertekan dan merana kecewa, jadi jangan bebani emosi anda dengan mendengar suatu yang lebih mengusutkan fikiran daripada orang lain. Walaupun daripada kawan karib sendiri. Kecuali ia sesuatu manfaatyang boleh melegakan anda.
Ads
3-Luangkan masa lebih kerap dengan teman-teman rapat yang suka wujudkan situasi menghiburkan. Anda boleh lupakan masalah itu dengan cara gelak ketawa. Jika boleh, aturkan perjumpaan dan lakukan sesuatu perkara positif yang menyeronokkan.
4- Percaya dan anggaplah anda ditakdirkan untuk tidak bersama. Lakukan perubahan yang lebih baik pada diri sendiri dan carilah cinta baru yang pasti sedang menanti anda (berikan ruang dan masa sesuai untuk mencari cinta baru itu). Hubungi rakan wanita yang lama tidak anda hubungi. Jika dia masih ‘solo’, cubalah ajaknya keluar bersama. Mana tahu cinta anda berputik dari situ. Percayalah pada keajaiban cinta.
Ads
5- Jika selama ini anda kurang beri perhatian pada penampilan, tiba masanya kini anda lakukan perubahan. Ubah stail rambut, cara berpakaian. Tonjolkan diri yang baru dan itu boleh membuatkan anda berasa lebih percaya serta yakin diri.
6-Pastinya anda mempunyai hobi tertentu. Hilangkan rasa kesedihan dengan melakukan hobi anda itu lebih kerap. Jika anda suka memancing, ajak teman-teman untuk ikut sama. Pergi ke lokasi memancing lebih jauh dari tempat biasa.
7-Ini cara yang paling menyihatkan. Dengan cara bersukan dan beriadah juga membuatkan anda boleh melupakan segala masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama ia boleh menyihatkan tubuh badan anda. Jika malas sekalipun, dengan berjogging atau berbasikal boleh menghilangkan rasa tegang yang sedang anda hadapi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trend kahwin masa kini sudah berbeza berbanding masa dahulu. Dahulu jika bakal pengantin ingin mendapatkan servis perkahwinan, mereka akan datang ke butik untuk berbincang. Namun dengan dunia yang serba canggih ini, serba-serbi menjadi lebih mudah. Ini termasuklah dalam hal memilih perancang perkahwinan yang kebelakangan ini hebat melakukan promosi di pelbagai media sosial.
Kewujudan media sosial diakui sangat membantu bakal pengantin yang sibuk dalam memilih perancang perkahwinan. Cukup dengan melihat posting yang pernah diselenggaranya menarik dan menepati selera, bakal pengantin boleh terus menghubungi terus perancang perkahwinan baik melalui Direct Massage ataupun nombor yang tertera pada keterangan kolum Bio.
Buat bakal pengantin berikut dikongsikan 10 tip mudah oleh Perancang Perkahwinan Mahligai Creative , Farah Razali & Ashraf Mansor. Semoga majlis kahwin anda menjadi hari terpenting dalam hidup.
1. Tetapkan tarikh majlis anda, nikah dan sanding
Sebelum berjumpa dengan perancang perkahwinan, keluarga ke dua belah pihak sebaiknya sudah menetapkan tarikh untuk majlis nikah dan sanding kedua belah pihak. Ini bagi memudahkan perancang perkahwinan menetapkan kerja dengan sempurna.
2. Lokasi majlis
Selain itu bakal pengantin perlu menetapkan di manakan lokasi majlis iaitu bernikah dan sanding itu mahu diadakan. Adakah di rumah , dewan dan sebagainya. Ia penting untuk perancang perkahwinan membuat persiapan sewajarnya.
3. Waktu majlis
Tetapkan juga waktu majlis sama ada siang atau malam
4. Kos
Bakal pengantin pastinya mempunyai peruntukan tertentu untuk majlis kahwin. Berbincanglah dengan baik kos yang mampu disediakan oleh bakal pengantin supaya majlis yang bakal diadakan berlangsung dengan sempurna
5. Tema atau konsep majlis
Tentukan juga konsep majlis dari segi dekorasi pelamin , baju dan sebagainya. Barulah perancang perkahwinan dapat mengilhamkan sebagaimana yang bakal pengantin inginkan. Mungkin juga juga kombinasi dari idea anda anda perancang perkahwinan dapat merealisasikan sesuatu yang unik untuk majlis bahagia anda.
6. Jumlah tetamu
Ini sangat penting agar tidak ada yang kurang atau lebih contohnya makanan makanan yang disediakan dan sebagainya.
7. Pengalaman rakan
Sebelum pilih perancang perkahwinan, dapatkan cadangan atau pengalaman rakan-rakan atau saudara mara yang anda sudah saksikan sendiri hasil kreativitinya.
8. Ikut kemampuan
Survey dulu perancang perkahwinan yang berbaloi dan mengikut kemampuan anda, bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.
9. Berjumpa dan berbincang
Berkomunikasi dahulu dengan perancang perkahwinan untuk memastikan anda mempunyai ‘chemistry’ bersama untuk menjayakan majlis anda.
10. Ikut citarasa
Pilih perancang perkahwinan yang boleh mengikut citarasa anda dan kukuh di dalam industri perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta past mahukan hubungan yang dibina kekal bahjagia hingga ke jinjang pelamin. Lumrah bagi setiap pasangan mengalami masalah dalam perhubungan namun ia perlu dikawal dan diselesaikan dengan sebaiknya agar hubungan cinta terus bertahan lama.
Namun, ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan hubungan cinta berantarakan dan tidak menemui jalan penyelesaian. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara ini bagi menjamin hubungan anda agar lebih bahagia dan harmoni.
Jika anda lakukan sembilan perkara ini, pastinya hubungan cinta anda dan pasangan tak akan kekal bahagia.
1. MENIPU
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sesebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sesebuah perhubungan atas alasan tidak mahu hati pasangan terluka. Anda perlu tahu ada sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. TERLALU MEMIKIRKAN ASPEK PERKAHWINAN
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Apabila semua ini ada, baharulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Ada sesetengah orang, baharu sahaja berkenalan tapi sudah mengharapkan hubungan tersebut akan berakhir dengan sebuah perkahwinan kerana takut jika perhubungan yang dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Inilah satu satu punca perhubungan tidak akan kekal lama.
3. BERBEZA PENDAPAT
Dalam menjalinkan sesebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan ikatan sesebuah perhubungan.
4. MENGUNGKIT HAL YANG LALU
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang sekiranya mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit berkaitan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan dengan pasangan.
5. STATUS YANG TINGGI
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
6. KAWAN-KAWAN DAN KELUARGA
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh daripada kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
7. HAL-HAL YANG MENYAKITKAN HATI
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. HARAPAN DAN KEBEBASAN
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung sepenuhnya kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat.
9. KEHIDUPAN YANG SANGAT MENDESAK
Ada sesetengah orang suka menyusahkan pasangan. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bak kata pepatah, ‘cinta tidak mengenal usia’. Memang benar, usia hanyalah angka namun ia sering kali mengundang prasangka negatif di dalam soal perhubungan. Apabila bercakap soal pasangan, sering kali umur menjadi ukuran keserasian pasangan. Terutama sekali apabila melibatkan pasangan lelaki yang mencintai wanita lebih berusia daripadanya. Pasti masyarakat mula membuat persespi salah. Anak ikan, kerana harta, tidak laku dan sebagaianya merupakan persepsi klise yang sering kita dengar.
Matang
Ia menjadi sebab paling utama. Tidak kiralah sama ada pasangan yang berusia itu lelaki mahupun wanita, kebanyakan daripada mereka ternyata lebih bijak dan teratur dalam menguruskan rumah tangga. Kematangan mereka juga terserlah dalam apa-apa jua soal termasuk soal anak-anak mahupun kebajikan. Ini berikutan dengan pengalaman yang diterima sejak awal. Bak kata pepatah ‘lebih dahulu makan garam’. Mereka tidak memandang remeh akan segala hal yang berkaitan rumah tangga mahupun kelangsungan perhubungan.
Stabil
Kebanyakan daripada mereka telahpun mencapai kestabiliti dalam aspek kerjaya mahupun ekonomi. Mereka juga kebiasaannya tidak punya sebarang masalah dalam soal kewangan, menjadikan mereka di antara golongan buruan terutama sekali bagi yang baru ingin memasuki alam rumah tangga. Seolah-olah ia satu jaminan, pasangan seperti ini jarang sekali terbabit dalam masalah yang melibatkkan kewangan.
Berwawasan
Pasangan yang berusia juga didapati lebih berwawasan dan punya hala tuju dalam sesebuah perkahwinan. Walaupun kebanyakan sudah mengalami alam perkahwinan yang ke beberapa kalinya, namun mereka pasti telah banyak belajar kesilapan lalu dan cuba untuk perbaikinya di masa hadapan. Ini membuktikan mereka punya harapan dan impian dalam perhubungan , seterusnya perkahwinan.
Pelindung
Dalam soal ini, ia bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan dan fizikal semata-mata namun ia lebih daripada itu. Kebiasaannya pasangan yang berusia lebih bijak dan mahir dalam menangani aspek emosi dan perasaan, baik diri sendiri mahupun pasangannya. Pasangan berusia lebih cenderung untuk memastikan pasangannya itu selamat fizikal dan emosi tanpa dibuat-buat, kerana lazimnya kecenderungan itu lahir secara spontan atau dengan sendirinya.
Pandai Bawa Diri
Ini juga merupakan salah satu sebab yang nyata. Kebolehan untuk menjaga diri menjadikan pasangan berusia menjadii pilihan teman hidup. Bukan sahaja dari aspek keselamatan, bagi mereka yang berusia lebih kelihatan profesional, bijak menjaga imej dan peribadi, reputasi dan mereka begitu mementingkan aspek pembawakan diri terutama sekali di hadapan khalayak ramai.
Pengalaman
Ia menjadi alasan terbaik pasangan berusia menjadi pilihan. Pengalaman tidak mungkin dapat dijual beli melainkan menghadapi dan menyelaminya sendiri. Bagi pasangan berusia, pastinya pengalaman banyak mengajar mereka untuk lebih beretika dalam perhubungan, serius dalam percintaan dan bijak dalam soal rumah tangga. Sesungguhnya pengalaman itu amat berharga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!