Suri Rumah Je ke…?
Ala, dia suri rumah rumah je. Bukan kerja pun macam orang lain. Duduk rumah, kan takda kerja nak buat.
.
Pernah dengar tak orang cakap macam ni? Kalau dari mulut suami. Terkesan pula rasanya.
.
Suri suri sekalian mesti ada yang pernah dengar kan? Nak marah, macam takda guna kalau kita sendiri tak bagi rasa. Cuba kalau sehari si suri keluar bekerja, tinggalkan suami di rumah, baru tahu agaknya rasa hura hara.
.
Buat suami tercinta,
Tahukah suami bahawa dirumah inilah semuanya terbina. Rahim si suri inilah terbitnya zuriat. 9 bulan tanpa mengeluh rasa penat.
.
Kedua tangan si suri mengerah kudrat. Pastinya untuk mengemas, mencuci dan mengurus keperluan yang lain perlu dibuat.
.
Tak lupa juga tanggungjawab utama, dari dua tangan si suri inilah yang mendidik dan membesarkan anak2 menjadi soleh lagi berguna.
P/s: buat si suami, suri ini mudah terguris hatinya. Jadi, hargailah suri anda.. Gembirakan dia,insyaallah rumahtangga lebih bahagia.
Nukilan Pn Hana Shahadan