Selalunya orang perempuan yang lebih banyak rasa takut kalau-kalau pasangannya dah mula hilang minat pada dia. Sebab orang kata perempuan ni sayang pasangan dia lebih dari orang lelaki sayang pasangannya.
Tapi orang lelaki kena tahu, jangan mudah perasan sangat atau terlalu asyik sangat dalam bercinta sampai tak sedar yang pasangan anda tu langsung tak rasa bahagia dalam perhubungan anda berdua. Tak enjoy pun relationship yang dibina. Orang kata dah tiada persamaan lagi.
Memang betul, sekali perempuan dah jatuh cinta dengan anda, anda adalah orang yang paling beruntung sekali dalam dunia ni sebab dia sanggup berkorban apa saja. Tapi bila dia dah hilang rasa cinta atau minat pada anda, mungkin tak boleh nak buat apa lagi untuk pastikan dia kekal di sisi.
1) Mengelakkan diri dari berjumpa
Dia bagi pelbagai alasan sebab tak nak jumpa. Tak balas phone call/SMS? Berusaha sedaya upaya untuk tak terserempak. Jika jawapan pada salah satunya Ya, maka ada kemungkinan anda bukanlah orang yang istimewa untuk dia lagi.
2) Memilih yang lain selain anda
Bila dia dah hilang minat pada anda, maka luang masa bersama anda pun dah tak lagi mengujakan. Dia lebih senang memilih yang lain. Macam lagi best main dengan kucing dia atau keluar dengan kawan-kawan dia. Jadi kalau dia bersikap begini, itu menunjukkan anda memang dalam masalah.
3) Perubahan sikap yang tak dijangka secara tiba-tiba
Bila anda rasa macam orang asing bila bersama dia, atau dia melayan anda seolah-olah hanya sebab simpati dan bukannya cinta.
4) Berasa jengkel dengan setiap perkara yang dilakukan
Apa yang anda buat semua serba tak kena di mata dia. Mungkin sebab dia dah tak cinta anda lagi, jadi untuk sembunyikan perasaan bersalah dia tu, dia cuba mencari salah anda pula. Itu memudahkan dia mencari point
untuk minta putus.5) Mengelakkan sebarang bentuk kemesraan/keintiman
Bukan intim ehem-ehem ya. Maksud nya di sini dia tak nak lagi berdating dengan anda, bila jumpa pun duduk sebatu atau tolak kau jauh-jauh. Tak lagi berkongsi rahsia atau masalah bersama. Ini menandakan yang dia sudah tak selesa bersama anda.
6) Berlaku curang pada anda
Kenapa dia curang? Sebab dia dah takda hati dengan anda lagi. Mudah. Jadi lebih bagus kalau anda yang pergi.
7) Tidak berbicara tentang masa depan bersama
Bila perempuan tu sukakan anda, dia akan mula merancang masa depan bersama. Nak berapa orang anak, kereta berapa bijik, rumah besar mana. Jika dia sedang menimbangkan untuk memutuskan hubungan dengan anda, dia akan mengelak untuk berbincang soal masa depan. Tak guna bercakap tentang sesuatu yang tak mungkin terjadi. Betul tak?
8) Lebih banyak berbicara tentang persahabatan berbanding cinta
Jika dia memang ada rancangan untuk putus dengan anda tak berapa lama lagi, dia kan mula bercakap tentang kesan-kesan positif apabila berlaku perpisahan. Dia buat macam tu supaya kau dapat bersiap sedia dengan apa yang bakal berlaku di masa depan.
9) Dia kelihatan tak selesa untuk dedahkan hubungan anda berdua kepada orang ramai
Dia elakkan untuk merujuk anda sebagai kekasih dia pada orang yang baru dikenali. Malah mungkin dia akan mengatakan bahawa kau hanya kawan. Dia juga taknak mengaku di khalayak ramai yang anda ni kekasih dia.
10) Merancang untuk keluar tanpa anda
Kalau sebelum ni dia suka anda kemana sahaja, sekarang kalau boleh dia tak nak kau ada bersama. Ini menunjukkan dia mahu kan ruang tanpa anda di sisi. Dia juga lebih suka merancang untuk keluar dengan kawan-kawan dia dan ini jelas membuktikan bahawa dia lebih enjoy bersama orang lain berbanding anda.