Hubungan

Perempuan Bila Terluka, Hatinya Yang Lembut Boleh Jadi Sekeras-kerasnya. Beringatlah!

Share

Beringat ya, perempuan bila terluka hatinya payah nak sembuh. Makan dalam dan tak mungkin ada peluang untuk melupakan.

Apa yang dilaluinya boleh dimaafkan, namun tidak untuk memadam. Jadi golongan lelaki kena hati-hati, jangan sampai si dia terluka. Nak lebih dekat, jom baca perkongsian Puan Rohana Saad ini.

Perempuan Bila Terluka

Perempuan ini hatinya lembut tetapi bila sampai satu tahap terluka,dia akan menjadi orang yang cukup keras.

Hatinya akan menjadi sekeras kerikil, tidak lagi fikir apa yang akan jadi pada orang pernah sakiti hatinya. Dia akan buang orang itu jauh-jauh dari hati dan hidupnya.

Pada satu tahap yang dia sudah tidak mahu mengingati apa yang telah berlaku, jangan pujuk hatinya kerana itu adalah jalan sia-sia. Bukan tak redha dengan apa yang berlaku tapi dah penat untuk berfikir dan terus berfikir jalan penyelesaiannya.

Boleh Memaafkan Tapi Perasaan Tak Sama

Mungkin dia sudah memaafkan namun untuk dia kembali semula seperti dahulu kala adalah amat mustahil. Jadi biarkan dia… kerana hatinya sudah cukup terluka sehinggakan dia sudah tidak punya hati untuk berlembut lagi.

Jangan di ingat perempuan yang nampak tidak kisah, simple, “humble”, kasar dan sempoi itu tidak punya hati. Bila sampai satu saat bila hatinya disakiti dia adalah orang yang paling sensitif dan kejam dalam melupakan seseorang dalam hidupnya.

Benar mungkin orang itu pernah bertahta dihatinya namun bila sudah banyak kelukaan diciptakan untuknya tiada jalan lagi untuk orang lain pujuk hatinya. Baginya semuanya sudah selesai dengan sempurna jadi tidak perlu diungkit dan disingkap ianya akan melukakan hati yang sudah sedia terluka.

Melangkah dengan hati yang keras dan kental tanpa berfikir kebelakang dan tidak pernah untuk mengingati semula kelukaan yang pernah dialami. Bila dia sudah berada di tahap ini dia akan menjadi sekeras-kerasnya manusia. Sukar untuk dilembutkan lagi.

Saat ini bukan dia tidak memaafkan tetapi dia sudah tidak mahu mengingati apa yang berlaku. Biarkanlah dia pujuk hatinya sendiri.

Published by
Nadia