Memiliki kulit yang putih, mulus dan cantik merupakan impian setiap wanita. Seorang wanita yang mempunyai kulit yang putih dan mulus juga dianggap sebagai menarik dan nampak cantik memakai apa sahaja yang diinginkan tanpa perlu ada halangan.

Apatah lagi kini banyak yang terikut-ikut gaya K-Pop bukan sahaja di Malaysia, tetapi seluruh dunia mula terpengaruh dan menginginkan kulit yang cantik seperti selebriti Korea. Tidak dapat dinafikan rahsia menjaga kecantikan mereka adalah rutin mereka melakukan penjagaan kulit yang sempurna. Mereka sangat menitikberatkan cara penjagaan kulit dari mencuci sehinggalah ke rawatan wajah.

Namun masih ada juga yang tidak mengambil endah tentang penjagaan celah peha kerana terlalu fokus dengan kulit wajah. Sudah pasti banyak wanita di luar sana yang mengalami masalah celah peha kehitaman bukan? Walaupun anda memiliki kulit yang putih berseri, tidak semestinya anda boleh terkecuali dari masalah yang satu ini.

Berikut cara merawat kehitaman di celah-celah paha anda dengan cara semulajadi dan mudah.

Perempuan Cantik Tak Semuanya Celah Paha Pun Cantik, Lets Rawat!

Penyebab utama celahan peha menjadi kehitaman seperti:

Ads
  • Abibat dari geseran yang berlebihan adalah punca kulit dicelah peha menjadi kering dan akhirnya berubah menjadi hitam.
  • Hormon yang tidak seimbang, ketika haid. Semasa hamil juga sering mendapat perubahan hormon dan mudah menjadikan kulit menjadi kehitaman.
  • Kawasan pelipat kaki seperti kawasan yang tertutup dan mudah berpeluh dan gatal-gatal. Apabila mempunyai kesan luka semasa terjadinya kerengsaan, warna kulit akan mudah bertukar menjadi kehitaman.

Cara mengatasi permasalahan tersebut anda boleh ikut caranya dibawah:

1. Jus lemon dan gula

Lemon sangat kaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Pada masa yang sama, ia mampu memberikan kecerahan kulit. Gula juga boleh berfungsi sebagai skrub bagi membantu menyingkirkan sel-sel mati.

Ads
  • 1 sudu jus lemon dan 1 sudu gula
  • Sapukan pada kawasan peha yang kehitaman dan biarkan seketika selama 5 minit.
  • Bersihkan dengan air bersih.

2. Air mawar dan susu

Susu sememangnya mempunyai asid laktik yang mampu meningkatkan tekstur kulit. Kaedah sebegini sangat baik untuk kulit, bukan hanya memberikan kecerahan malah ia mampu melembut serta melicinkan kulit anda.

Vitamin A dan E yang memainkan peranan yang baik bagi memberikan pengelupasan sel-sel kulit mati dengan lancar.

Ads
  • Gosokkan bahan diatas ke celahan paha yang kehitaman tadi dan biarkan sehingga kering selama 5 minit.
  • Campur 1 sudu susu dan 1 sudu air mawar.
  • Bersihkan dengan air bersih.

3. Sengkuang dan limau 

Sengkuang dan limau mempunyai manfaat yang sama dan mengandungi vitamin C yang mempu mencerahkan kawasan paha. Pada masa yang sama, kedua-dua bahan ini juga boleh melicinkan tekstur kulit anda.

  • Kisarkan sengkuang dan campurkan 3 biji jus limau.
  • Gunakan campuran bahan-bahan di atas tadi sebagai penggosok di celahan paha.
  • Biarkan selama 5 minit.
  • Bersihkan sehingga bersih.

4. Madu dan kunyit

Kunyit berfungsi sebagai penghalang pengeluaran melanin yang berlebihan. Punca utama kulit menjadi kehitaman.

  • Campurkan 1 sudu serbuk kunyit dan 1/2 susu madu.
  • Gosokkan bahan yang telah dicampurkan tadi sehingga rata.
  • Biarkan selama 5 minit.
  • Basuh sehingga bersih.
  • Perempuan Cantik Tak Semuanya Celah Paha Pun Cantik, Lets Rawat!

5. Betik dan yogurt

Enzim yang terdapat dalam buah betik mampu mengatasi masalah kulit dan merangsang pertumbuhan sel-sel kulit yang baru serta mencerahkan kulit. Di samping itu, kulit juga akan menjadi lembut. Penggunaan yogurt yang kaya dengan asid laktik boleh membantu proses pengelupasan.

  • Kisarkan isi buah betik sehingga halus.
  • Campurkan 2 sudu teh yogurt.
  • Sapu dan gosokkan bahan tadi sehingga rata.
  • Biarkan selama 5 minit.
  • Basuh sehingga bersih.

Bagi yang buntu bagaimana hendak menghilangkan masalah celah paha kehitaman, anda boleh amalkan kaedah yang telah kami kongsikan di atas. Bukan saja mudah, amalh kulit di celahan paha anda juga akan menjadi lebih putih dari sebelumnya. Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari seminggu bagi mendapatkan keberkesanan yang memuaskan. Ada juga boleh gunakan pelembap supaya celahanan paha anda tidak mudah kasar dan kering. Sekian petikan dari Dokter.id.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI