Kebiasaanya wanita tidak suka berbadan berisi atau gempal, ini kerana bagi mereka memiliki bentuk badan yang kurus adalah idaman setiap wanita. Adakah anda tahu bahawa 70% lelaki sangat suka dengan wanita yang lebih berisi!
Bagi mereka, memiliki pasangan yang terlalu kurus sangat membosankan dan nampak tidak menarik. Wanita berbadan berisi lebih sedap mata memandang dan jika sudah menjadi pasangan halal, wanita sebegini memang seronok jika dipeluk!
Satu kajian telah dilakukan dan mengatakan bahawa bentuk badan wanita yang paling sempurna menurut kajian adalah yang memilki ketinggian 168 cm, size dada 99 cm, pinggang 63 cm dan pinggul 91 cm.
Menurut kajian dari University of Texas, para saintis mengatakan, wanita bertubuh sempurna juga dikatakan lebih subur. Badan sebegini tidaklah terlalu gemuk tetapi berisi. Jangan salah anggap pula ya, berisi bukan bermaksud gemuk yang keterlaluan, tetapi badan berisi yang tidak terlalu kurus dan nampak lebih ‘sihat’.
Sekian petikan dari sinar.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Tips Sebelum Ingin Merisik ‘Bakal’ Jodoh Anda
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon.
1. Pilih Wakil Yang Sesuai
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
2. Menjaga Batas Dan Kelakuan
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
3. Jangan Terlalu Berharap
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
4. Menghormati Keputusan
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Sumber : Baitulmuslim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Sulunglah Paling Banyak Berkorban, Adik-Beradik Jangan Pandang Rendah Mereka
Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi. Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik.
Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Boleh dikatakan, yang bongsu lebih dimanjakan. Walaupun ibu bapa sentiasa cuba berlaku adil, ramai yang mengaku bagaimana mereka akan berubah daripada seorang ibu atau bapa yang ‘garang’ kepada seorang yang lebih ‘lembut’.
Perubahan ini biasanya berlaku apabila apabila usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kadangkala ada pengorbanan anak sulung yang kita terlepas pandang.
1. Ibu bapa akan lebih garang dengan anak sulung
Kebiasaannya ibu bapa akan menjadi lebih garang kepada anak sulung kerana mahu mereka tunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya. Sebab itulah kita banyak menetapkan peraturan dan bertegas dengannya.
2. Anak sulung selalu jadi ‘bahan eksperimen’
Pada masa ibu bapa masih belum mahir mengendalikan anak-anak, maka banyaklah kesilapan yang dilakukan apabila pertama kali mencuba. Dari sudut pemilihan makanan, pakaian, taska, dan barang mainan. Kita selalunya akan ambil masa yang paling lama untuk pilih yang terbaik. Namun disebabkan kurang pengalaman, tentulah ada sesetengahnya yang tidak menjadi dan tidak sesuai dengan minat atau kemahuan mereka.
3. Anak sulung perlu menjadi contoh
Ramai anak sulung mula berasa tertekan apabila mereka mula persekolahan. Mana tidaknya, mereka rasa ‘perlu’ menjadi contoh yang baik buat adik-adik. Maka, ramailah antara mereka yang membesar menjadi seorang yang sempurna. Mereka mempunyai kecenderungan untuk berbuat apa yang orang dewasa buat, bukannya kanak-kanak.
4. Anak sulung selalu mengalah untuk adik
Setelah lahirnya anak kedua atau ketiga, ada anak pertama yang sering berkecil hati dan cemburu. Sekarang, mereka terpaksa berkongsi kasih sayang ibu bapa dan tidak lagi mendapat perhatian 100% seperti dulu. Mereka diajar untuk menyayangi dan mengasihani adik walaupun pada hakikatnya kadangkala emosi mereka masih belum bersedia.
5. Anak sulung selalu banyak dipersalahkan
Anak sulung akan selalu dipersalahkan kerana mereka perlu dipertanggungjawabkan untuk menjaga adik-adik. Namun, tahukah anda bahawa tanggungjawab ini bukanlah satu keistimewaan malah ianya adalah tanggungjawab yang berat. Sebaliknya, mereka boleh dipersalahkan dan dihukum apabila tidak dapat menjalankan tanggungjawab mengikut kehendak ibu bapa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Kusam, Boleh Cuba Air Detoks Untuk Kembali Berseri-Seri
Umum bila wanita sering tidur lewat atau terpaksa berjaga malam, akan menyebabkan wajah kurang berseri dan kulit tidak bermaya. Untuk mengembalikan keserian dan sekali gus membantu penjagaan kesihatan dalaman, disarankan kaum hawa amalkan detox.
Pasti semua sudah pernah dengar tentangnya bukan? Detox ini sebenarnya adalah proses penyingkiran bahan toksin atau buangan dari tubuh badan manusia. Malah badan kita sendiri juga sudah mempunyai sistem detox tersendiri iaitu hati, usus dan ginjal.
Pun begitu, detox juga boleh dilakukan dengan menghasilkan air detox untuk membantu sistem penghadaman bekerja dengan sebaiknya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita dapat berfungsi dengan lancar.
Melihat kehebatan dan manfaat detox ini pada tubuh, ada baiknya anda amalkan detox sebagaimana yang dilakukan oleh puan Roshima Ibrahim Shima, ibu kepada 3 orang anak ini. Kulit wajahnya cantik, dan nampak muda!
Jadi jika anda ingin mencuba amalan tersebut, ketahui dahulu resipi menyediakan minuman detox. Jom semak.
Bahan-bahan Air Detox :
4 biji kurma-buang bijinya
1 biji lemon-hiris dengan kulitnya sekali
3 ulas bawang putih-dibuang kulit
2 gelas air
Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar.
Kemudian kisar semua bahan sehingga halus.
Sedia untuk diminum.
Ekstra Info:
1 bancuhan ini sebenarnya boleh diminum hingga 4 kali. Pastikan diamalkan setiap hari.
Cara nak minum, tuang 1/2 gelas air detox ini dan tambah lagi 1/2 gelas dengan air sejuk .
Antara kebaikan melakukan program detox pada tubuh
Menurunkan berat badan.
Berat badan dapat dikurangkan jika mengamalkan diet detox dengan betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yang cepat.
Merangsang tenaga
Detox akan merangsang tubuh badan kita agar lebih bertenaga. Begitu juga dengan pengambilan makanan sihat dan mengamalkanhidup sihat akan memberi tubuh badan menjadi lebih aktif dan bertenaga berpanjangan
Kulit semakin cantik.
Kulit adalah organ terbesar, dan apabila mengamalkan program detox ini kulit akan mendapat manfaatnya. Bersauna juga antara program detox yang boleh diamalkan untuk membantu badan mengeluarkan peluh dan toksin yang berlebihan.
Anti penuaan.
Toksin yang ada dalam badan adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan menjadi lebih cepat. Jika kadar toksin dapat dikurangkan, kita akan kelihatan lebih muda dan sihat.
Sistem imun yang kuat.
Detox memberi peluang pada organ dalam badan kita berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu sistem imun atau ‘kekebalan’ tubuh daripada serangan penyakit. Secara tidak langsung juga, membolehkan badan menyerap segala nutrisi yang dibekalkan pada tubuh dengan lebih baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI