Perempuan Jangan Tunggu Lama-Lama, Ini Tip Untuk Melamar Lelaki Kesukaan Anda

Share

Bukanlah suatu yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, wanita melamar lelaki untuk dijadikan teman hidup. Masih akan timbul keralatan yang besar pada sebahagian orang jika wanita yang terlebih dahulu mengambil langkah tersebut yang sepatutnya dimulakan oleh lelaki. Wanita yang bertindak begitu akan dianggap sebagai rendah sahamnya, kurang sifat malu dan sebagainya.

Kalau bercakap mengenai ini, kita akan segera mengambil contoh Saidatina Khadijah R.A. yang melamar Rasulullah S.A.W. untuk dijadikan suaminya. Tetapi umum mengetahui Saidatina Khadijah R.A. menggunakan perantaraan dan tidaklah meluahkan hasrat hatinya sendiri secara terus terang kepada Rasulullah.

Cara melamar lelaki yang disarankan

Melamar lelaki sebenarnya adalah perkara yang agak berat untuk dilakukan bagi seseorang yang bergelar perempuan, namun dalam Islam ianya tetap dibenarkan asalkan menjaga maruah dan kehormatan wanita tersebut. Kami membahagikan cara melamar lelaki untuk perempuan kepada dua bahagian. Pertama ialah secara terus terang kepada lelaki berkenaan dan keduanya ialah melalui orang tengah atau perantaraan.

Lamaran secara ‘direct’

Menyampaikan lamaran secara ‘direct’ sebenarnya memerlukan keberanian yang tinggi. Jika anda tidak berani untuk menanggung risiko ditolak, maka saya tidak menyarankan anda menggunakan kaedah ini. ‘Direct’ bukanlah bermaksud anda mesti berhadapan atau berjumpa dengan calon lelaki tersebut. Boleh jadi anda hanya menyampaikan hasrat anda melalui email, sms, media sosial dan juga menerusi perbualan telefon.

Jika anda seorang yang mampu menerima risiko dan berani, silakan guna cara ini. Tidak ada kesalahan pun melakukannya. Bahkan melamar lelaki soleh dan yang kita yakini baik akhlaknya adalah merupakan perbuatan terpuji kerana menginginkan suami yang soleh bagi membimbing dirinya ke syurga.

Lamaran melalui perantaraan

Wakil perantara sebenarnya boleh sahaja terdiri daripada kalangan ahli keluarga kita sama ada ibu dan bapa, saudara atau sesiapa sahaja yang kita percaya kepadanya. Mungkin juga anda boleh memilih teman atau sahabat rapat yang amanah dan boleh menjaga rahsia. Tugas perantara ini adalah untuk menyampaikan hasrat anda untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.

Kaedah ini adalah lebih baik dan ia sebenarnya lebih menjaga maruah wanita terbabit sekiranya lamaran mereka ditolak. Jika seseorang wanita sudah bertemu dengan calon pilihan hati dan berkenan dengan seseorang lelaki yang baik pada pandangan mereka namun hanya memendam perasaan, saya sarankan untuk menggunakan kaedah orang tengah ini.

Bagi ‘hint’ dengan bijak

Cara ini adalah untuk anda yang sudah lama kenal tetapi masing-masing malu nak cakap. Guna bahasa kiasan seperti,’saya rasa sekarang dah cukup bersedia, tak sabar nak ada keluarga sendiri’. Mungkin jawapan dia akan positif.

Sumber : Baitulmuslim

Published by
NanyRahman