Kahwin Lewat Beri Impak Negatif Untuk Jadi Lebih Cerewet
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, berapakah umur yang boleh dikategorikan sebagai kahwin lewat?
Adakah apabila kita sudah mencapai usia 30-an tetapi masih belum berkahwin, ianya boleh dikategori sebagai kahwin lewat.
Mengikut apa yang diperkatakan oleh kebayakkan pakar kesihatan, usia 35 hingga 40 tahun itu boleh dikategorikan sebagai usia yang paling lewat bagi wanita untuk mendirikan rumah tangga.
Malah, risiko untuk mereka menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi dengan pasangan masing-masing juga dilihat tinggi.
Perkara tersebut diakui oleh Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani yang menyatakan bahawa individu yang berkahwin lewat akan lebih terdorong kepada sikap cerewet disebabkan mereka sudah terbiasa hidup dengan cara ‘bujang’ untuk jangka masa yang lama.
Selain itu, pasangan yang lewat berkahwin juga kerap kali dibelenggu dengan masalah seperti sukar mendapatkan anak sekaligus menyebabkan berlakunya stress di kalangan pasangan tersebut.
.
Sukar Hamil Sekiranya Kahwin Lewat
Memang tidak dinafikan lagi, ada baik dan buruknya apabila seseorang itu berkahwin lewat terutamanya bagi wanita.
Bagi wanita yang berkahwin lewat, mereka berisiko tinggi untuk hamil berikutan tahap kesuburan yang semakin menurun berbanding dengan wanita muda.
Bukan itu sahaja, mereka juga boleh menghadapi pelbagai komplikasi lain sepanjang kehamilan dan semasa proses kelahiran tersebut.
Malah, wanita-wanita ini juga berkemungkinan besar untuk berdepan risiko keguguran atau menghidap penyakit diabetes, hipertensi semasa hamil.
Pun begitu, ianya bergantung kepada diri seseorang itu juga. Sekiranya mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak merokok dan tidak minum minuman keras maka tidak mustahil untuk mereka mendapatkan anak.
Faktor Seseorang Itu Kahwin Lewat
Tiada calon yang sesuai dan faktor kewangan merupakan antara alasan yang kerap kali diberi bagi pasangan yang lewat berkahwin.
Lebih memburukkan, dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil pada hari ini, kos perbelanjaan perkahwinan juga dikatakan turut tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit menyebabkan banyak individu di luar sana memilih untuk berkahwin lewat.
.
Ditambah pula dengan tuntutan dari belah keluarga wanita yang mahukan hantaran mencecah sehingga RM30,000 ia pasti membuatkan golongan lelaki berfikir sejenak sama ada mahu berkahwin awal atau lewat.
Bagi lelaki, faktor kewangan yang kurang stabil, merasakan diri masih belum bersedia lagi, sukar untuk mencari pasangan hidup, masih menanggung keluarga, masih mencari keseronokan dan terlalu memilih pasangan juga antara faktor yang menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berkahwin lewat.
Tidak kurang juga bagi wanita, antara faktor lain yang menyebabkan mereka berkahwin lewat adalah dipengaruhi dengan peningkatan kos sara hidup, mahu memiliki kehidupan yang stabil terlebih dahulu dan mendahulukan kemajuan kerjaya.
Memang tidak dinafikan, kebanyakan wanita pada hari ini dilihat lebih memberikan tumpuan terhadap kemajuan karier sehingga membuatkan mereka cenderung untuk melewatkan perkahwinan tersebut.
Gambar sekadar hiasan