Perempuan ni nampak remeh tapi kalau bab hubungan, diorang paling menyenangkan. Kalau dia setia, dia akan setia je kongsi lelaki ini.

Dah tiga tahun bercinta pun masih tak ada usaha lagi menuju ke alam rumah tangga. Lebih teruk lagi boleh cakap “ada jodoh, kahwin la kita.”

Perempuan dah sayang kat kau, kau boleh pula cakap kalau ada jodoh ada la. Dah tiga tahun bercinta, kau bagi harapan kat dia, kau ajak dia keluar dating boleh lagi cakap macam tu?

Kaum perempuan ni, malas nak start balik. Dia setia je dengan kau, tapi kau buat tak kisah pulak. Kalau kau tak ada niat nak kahwin dengan dia tak payah la nak beri harapan atau ajak dia bercinta dulu. Simple.

Ads

Jangan nanti, dah bercinta lama-lama bila dah rasa boring, mula la nak minta putus. Bagi alasan “awak terlalu baik untuk saya la”, “saya tak sempurna”, “saya tak bersedia jadi suami la”. Macam bangang.

Kesian lah duk buang duit, buang masa, buat dosa kalau tidak bercita-cita nak kahwin dalam masa terdekat kan. Kalau muda lagi takpe la, ini nak masuk umur 30 tahun pun kata tak bersedia lagi. Tak cukup simpanan wang lagi. Kesian la ke makwe kau. Jika dia duk tunggu kau bersedia, alih-alih kau tak jadi kahwin dengan dia macam mana?

Sekurang-kurangnya masuk meminang dulu. Biarlah ada ikatan. Usaha ke arah perkahwinan itu kena ada. Ini tiap minggu ajak keluar, makwe kau suruh masuk meminang taknak. Suruh datang jumpa keluarga terus menggelupur sawan pula.

Ads

Perempuan ni tak kisah pun nak kumpul duit hantaran sama-sama. Bincang elok-elok dengan keluarga makwe kau. Kalau tengah usaha kumpul duit kahwin tu bagus la.

Lain lah kalau putus cinta sebab bukan jodoh. Kau jangan sengaja nak main-mainkan hati dan perasaan orang. Jangan sampai makwe kau dah fed up dengan kau, cari calon lain. Masa tu mula la kau merayu nak dia balik.

Ads

Perancangan kena ada. Kahwin mudah, tapi janganlah kau ambil mudah. Lepas kahwin kena rancang juga. Kena fikir juga perancangan keluarga kau. Kah!

SHARE l TAG jika bermanfaat ? Terima Kasih.

[ASY]

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI