Pasangan yang sedang hangat bercinta pastinya ingin mengakhirinya dengan mendirikan rumah tangga. Namun, perkahwinan tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai persediaan harus dilakukan termasuk persediaan fizikal dan emosi.
Wanita khususnya, perlu menitikberatkan beberapa hal sebelum bergelar seorang isteri. Jom kita lihat perkara yang harus wanita tahu sebelum berkahwin!
Kenali Pasangan Anda
Selepas berkahwin, tentunya anda ingin hidup dengan pasangan hidup anda hingga ke akhir hayat. Oleh itu, sebelum ingin membuat keputusan berkahwin, seeloknya anda mengenali pasangan anda dengan lebih dalam lagi.
Ini untuk memastikan pasangan anda benar-benar jujur dengan hubungan yang dijalin dan tambahan pula ingin hidup bersamanya. Ketahuilah asal-usulnya dan perkara-perkara penting seperti pekerjaan, struktur kewangan, latar belakang keluarga dan lain-lain lagi.
Ads
Dapat Mengendalikan Emosi
Wanita seringkali dikaitkan dengan emosi yang tidak menentu. Kadang-kadang hal kecil boleh membuatkan hati wanita tersentuh dan tersinggung.
Namun, harus diingatkan bagi seorang wanita yang ingin mendirikan rumahtangga harus bijak mengawal emosi. Mungkin terdapat perbalahan dan pertelingkahan antara pasangan selepas berkahwin. Tidak salah sekiranya salah seorang daripada anda mengalah untuk memastikan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia.
Mampu Bekerjasama
Tolong-menolong dan saling bekerjasana amat penting dalam perhubungan. Sikap ringan tulang dan mengambil berat harus dipupuk dalam diri anda. Anda harus sentiasa berbincang dalam apa jua keputusan yang akan dibuat agar kedua-dua belah pihak mendapat kata sepakat.
Ads
Jangan biarkan anda membuat keputusan sendiri tanpa berbincang. Tidak alah sekiranya membantu pasangan anda sekiranya dia menghadapi masalah. Sebagai contoh, jika pasangan menghadapi masalah kewangan, anda boleh menghulurkan bantuan atau meringankan bebannya.
Pastikan Kewangan Mantap
Jangan berkahwin dengan seseorang lelaki itu atas dasar fizikalnya semata-mata. Paras rupa tidak menjamin kebahagian rumahtangga buat selamanya. Apa yang penting ialah, anda harus tahu kedudukan kewangan lelaki itu yang akan berkahwin dengan anda.
Ads
Ketahui pekerjaannya dan simpanan yang diperolehi demi masa depan anda. Mungkin sesetengah mengganggap perkara ini tampak seperti anda seorang yang materialistik, realitinya pada zaman sekarang, status kewangan juga perlu diberi perhatian.
Ujian Hiv
Mungkin sesetengah wanita menganggap ujian HIV tidak penting, tetapi dizaman serba moden ini, perkara ini perlu dilaksanakan. Ujian ini penting untuk mengelakkan jangkitan jika terbukti pasangan anda pembawa HIV. Virus merbahaya ini mampu memberikan kesan pada masa depan anda. Sebelum memilih pasangan hidup, sebaiknya kaji terlebih dahulu dengan siapa dia berkawan dan gaya hidup yang dia jalani.
Jaga Batas Pergaulan
Sebelum sah bergelar suami isteri, anda harus jaga pergaulan anda dengan pasangan anda. Jaga batas dan jaga diri anda dengan baik. Jangan sewenangnya menyerahkan jiwa dan raga pada lelaki dengan mudah. Jaga aurat anda sebagai seorang wanita dan sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama islam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak lama lagi, kita akan menyambut bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan kasih sayang. Ternyata Ramadan kali ini cukup berbeza dan tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu apabila tidak semua berpeluang untuk pulang ke kampung menyambut bersama keluarga.
Jika tahun lalu kita boleh berjemaah menunaikan solat terawih di masjid, suasana itu tidak akan kita rasai pada tahun ini. Begitu juga dengan bazar Ramadan. Semuanya terpaksa dibatalkan kerana wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Aduh, terasa sungguh sayu sekali Ramadan tahun ini.
Walau apa pun, hidup perlu diteruskan dan kita perlu berpuasa seperti biasa. Jalanilah Ramadan tahun ini dengan penuh ketenangan dan kesabaran. Berdoalah agar wabak ini segera pergi dan kita boleh pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.
Menurut Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan menerusi artikel di mStar, ini antara persiapan yang boleh kita lakukan untuk menghadapi bulan Ramadan pada musim Covid-19.
1. Ikhlaskan Niat Kerana Allah
Pasanglah niat di dalam hati untuk menggunakan waktu di bulan mulia ini untuk beribadah dengan membaca Al-Quran, qiamullail, berzikir, berdoa dan apa sahaja amalan yang mendekatkan diri dengan Allah.
2. Buat Jadual
Sediakan jadual untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan diri dengan Allah. Jika tidak, kita akan leka dengan telefon pintar atau televisyen. Maklumlah, banyak cerita menarik yang disajikan di televisyen hingga kita lupa tujuan sebenar kita berpuasa.
3. Wujudkan Suasana Ramadan Di Rumah
Inilah masa untuk kita berkumpul bersama ahli keluarga untuk melakukan ibadah bersama-sama seperti solat berjemaah, tadarus Al-Quran, berzikir dan banyak lagi. Jika anda berjauhan dengan keluarga, lakukanlah amalan ini bersama rakan-rakan atau orang yang ada berhampiran anda. Ingat, jangan keluar rumah! Semua aktiviti perlu dilakukan di dalam rumah.
4. Hayati Kisah Nabi & Para Sahabat Dalam Menghadapi Ramadan
Kisah para Nabi dan sahabat telah direkodkan di dalam Al-Quran dan banyak memberi ibrah di dalam kehidupan. Jika ada masa terluang, suami bolehlah menyelitkan perkongsian tersebut kepada isteri dan anak-anak untuk dijadikan teladan. Semoga kisah tersebut dapat memberi pengajaran kepada mereka tentang erti kesabaran dan kesyukuran.
Pernah tak anda terfikir, mengapa manusia wujud di dunia ini? Untuk apa? Apa tujuan hidup manusia di dunia ini? Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini?Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening-pening memikirkan pertanyaan di atas kerana menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.
Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan. Kita hidup Setiap masa dan ketika, serta setiap hari kita akan menghadapi perkara ini.
1. Kita tak boleh elak daripada mati
Setiap hari, mati akan mengejar dan datang pada kita. Maka, bersedialah untuk untuk. Kerana persiapan yang paling penting, adalah persiapan untuk mati. Bila kita menjaga sembahyang, banyakkan buat baik, maafkan orang, jadi manusia yang bermanfaat, moga kita akan jadi manusia yang bersedia untuk kematian kita.
2. Kesusahan hidup
Setiap manusia akan merasai hal ini. Susah dalam mendapatkan rezeki. Susah nak dapat jodoh yang baik. Susah nak hadapi pasangan hidup. Dan Allah berjanji setiap kesusahan itu akan di iringi dengan kesenangan. Dengan syarat, sabar dan redha. Itulah kekuatan dalam menghadapi kesusahan.
3. Cakap-cakap orang tentang kita
Selalu dengarkan orang membawang pasal kita? Kita buat baik pun orang cakap. Kita buat jahat lagilah orang cakap malah burukkan. Maka, tenang saja. Tuhan buat begitu kerana nak beri dan hadiahkan pahala percuma buat kita. Harapkan ibadah dan kebaikan kita, apa yang kita buat sebenarnya? Dosa kita melebihi dari kadar amal baik didunia. Maka, sabar dengan ujian akan membuatkan Allah memberikan pahala terus buat seorang hamba.
4. Perpisahan
Kalau kita dah berkahwin bertahun-tahun pun tapi jika allah cakap dia bukan jodoh kita maka ia bukanlah jodoh kita. Kita harus menerima takdir darinya. Mungkin sesuatu yang lebih baik menanti anda selepas perpisahan tersebut. Atau mungkin ia adalah satu pengajaran buat anda dan pasangan untuk menjadi yang lebih baik lagi.
Kalau kita faham semua ini, itulah sebenarnya hidup. Hidup bersama Tuhan setiap hari. Faham akan membuatkan kita insyaAllah berusaha untuk tenang melalui semua yang di atas. Yang penting, teruskan hidup. Allah itu maha adil.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum nak mekap jadi pengantin, anda wajib betulkan cara cuci muka sebab ini boleh jadi punca kulit wajah makin kusam dan solekan tak kemas.
Kalau ikutkan, masih ramai yang tak ambil peduli cara cuci muka yang betul. Main tonyoh asal berbuih dan bilas dengan air. Sepatutnya anda kena ada ilmu walau cuma tentang bersihkan kulit wajah.
Sebelum Nak Mekap Jadi Pengantin
Langkah penjagaan yang paling asas perlu dilakukan ialah mencuci wajah. Ini demi mengekalkan kulit sihat tanpa liang pori terbuka, jerawat dan jeragat. Jadi anda pastikan cuci muka kalau anda jenis suka pakai mekap dan banyak keluar rumah.
Benar memang banyak terdapat produk, teknik dan tips mencuci kulit wajah. Namun anda perlu tahu ada juga mitos mengarut yang didengari seperti berkesan tapi sebenarnya boleh merosakkan wajah. Biasanya mitos ini kononnya membersih wajah sebersih yang mungkin dan berkesan.
Cara Cuci Muka
Mari semak tiga mitos yang sentiasa menjadi tanggapan yang benar, kalau ada yang anda lakukan. Hentikan sekarang dan tukar kepada tips yang lebih tepat.
1. Guna air panas
Kulit wajah bukan pinggan mangkuk yang perlu dibilas atau direndam dengan air panas! Cukup sekadar air suam atau suhu bilik yang juga berkesan membersih kotoran dan lebihan minyak pada wajah. Jangan lupa produk pencuci wajah juga akan membantu membersih pori-pori jauh kedalam. Jika anda cuci dengan air panas, kemungkinan berlaku lecur, iritasi dan kulit bahkan terasa lebih kering.
2. Kerap mencuci wajah lebih baik
Jangan mudah terpengaruh amalan mencuci wajah setiap masa, apatah lagi anda mencuci dengan produk pembersih. Ini boleh menganggu keseimbangan pH kulit dan sudah tentu kulit akan menjadi kering. Cuci wajah hanya sekadar dua kali sehari sahaja, pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Cukup!
3. Wajib double-cleans setiap hari
Antara mitos yang sangat ramai salah faham tentang teknik double-cleanse. Teknik hanya boleh dipakai jika anda memakai mekap atau mekap kalis air. Tidak perlu pun lakukan double-cleanse pada setiap hari. Risau ya kulit akan mengalami iritasi kerana terbeban dengan cucian wajah yang berat.
Hah, dah faham? Pastikan anda tahu cara yang betul dan selamat beramal!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!