Perempuan Kena Tahu 6 Perkara Ni Sebelum Decide Nak Nikah

Share

Pasangan yang sedang hangat bercinta pastinya ingin mengakhirinya dengan mendirikan rumah tangga. Namun, perkahwinan tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai persediaan harus dilakukan termasuk persediaan fizikal dan emosi.

Wanita khususnya, perlu menitikberatkan beberapa hal sebelum bergelar seorang isteri. Jom kita lihat perkara yang harus wanita tahu sebelum berkahwin!

Kenali Pasangan Anda

Selepas berkahwin, tentunya anda ingin hidup dengan pasangan hidup anda hingga ke akhir hayat. Oleh itu, sebelum ingin membuat keputusan berkahwin, seeloknya anda mengenali pasangan anda dengan lebih dalam lagi.

Ini untuk memastikan pasangan anda benar-benar jujur dengan hubungan yang dijalin dan tambahan pula ingin hidup bersamanya. Ketahuilah asal-usulnya dan perkara-perkara penting seperti pekerjaan, struktur kewangan, latar belakang keluarga dan lain-lain lagi.

Dapat Mengendalikan Emosi

Wanita seringkali dikaitkan dengan emosi yang tidak menentu. Kadang-kadang hal kecil boleh membuatkan hati wanita tersentuh dan tersinggung.

Namun, harus diingatkan bagi seorang wanita yang ingin mendirikan rumahtangga harus bijak mengawal emosi. Mungkin terdapat perbalahan dan pertelingkahan antara pasangan selepas berkahwin. Tidak salah sekiranya salah seorang daripada anda mengalah untuk memastikan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia.

Mampu Bekerjasama

Tolong-menolong dan saling bekerjasana amat penting dalam perhubungan. Sikap ringan tulang dan mengambil berat harus dipupuk dalam diri anda. Anda harus sentiasa berbincang dalam apa jua keputusan yang akan dibuat agar kedua-dua belah pihak mendapat kata sepakat.

Jangan biarkan anda membuat keputusan sendiri tanpa berbincang. Tidak alah sekiranya  membantu pasangan anda sekiranya dia menghadapi masalah. Sebagai contoh, jika pasangan menghadapi masalah kewangan, anda boleh menghulurkan bantuan atau meringankan bebannya.

Pastikan Kewangan Mantap

Jangan berkahwin dengan seseorang lelaki itu atas dasar fizikalnya semata-mata. Paras rupa tidak menjamin kebahagian rumahtangga buat selamanya. Apa yang penting ialah, anda harus tahu kedudukan kewangan lelaki itu yang akan berkahwin dengan anda.

Ketahui pekerjaannya dan simpanan yang diperolehi demi masa depan anda. Mungkin sesetengah mengganggap perkara ini tampak seperti anda seorang yang materialistik, realitinya pada zaman sekarang, status kewangan juga perlu diberi perhatian.

Ujian Hiv

Mungkin sesetengah wanita  menganggap ujian HIV tidak penting, tetapi dizaman serba moden ini, perkara ini perlu dilaksanakan. Ujian ini penting  untuk mengelakkan jangkitan jika terbukti pasangan anda pembawa HIV. Virus merbahaya ini mampu memberikan kesan pada masa depan anda. Sebelum memilih pasangan hidup, sebaiknya kaji terlebih dahulu dengan siapa dia berkawan dan gaya hidup yang dia jalani.

Jaga Batas Pergaulan

Sebelum sah bergelar suami isteri, anda harus jaga pergaulan  anda dengan pasangan anda. Jaga batas dan jaga diri anda dengan baik. Jangan sewenangnya menyerahkan jiwa dan raga pada lelaki dengan mudah. Jaga aurat anda sebagai seorang wanita dan sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama islam.

Published by
Bella