Perempuan Paha Besar, Itu Tanda Lemak Semakin Bertimbun

Share

Kebanyakan wanita suka tubuh badan yang ideal dan menawan. namun masih ada saja masalah yang memeningkan kepala iaitu bahagian paha. Ada juga wanita mempunyai badan yang kurus, tetapi empunyai bahagian paha yang agak besar yang langsung tidak nampak menarik dengan tubuh badan yang kurus.

Lain pula bagi yang sudah berbadan besar, semestinya paha juga akan menjadi semakin besar dan nampak tidak sesuai jika memakai seluar jeans. bagi mengelak dari paha yang besar nampak ketara, mereka sanggup menggunakan gaun agar bahagian paha tidak kelihatan.

Tahukah anda, paha tidak akan membesar jika tiada penyebabnya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan paha menjadi besar tanpa anda sedari. Mari lihat beberapa faktor utama paha menjadi besar secara mendadak.

1. Genetik

Faktor keturunan juga merupakan salah satu penyebab memiliki paha yang besar dan bahagian punggung juga akan turut membesar. Seandainya ibu anda memiliki bentuk badan yang besar, anda sebagai anak juga akan turut mempunyai bentuk badan seperti mereka juga. Usah risau akan perkara ini, anda masih saja boleh mengubah situasi begitu. Apa yang penting, anda harus rajin melakukan senaman agar bentuk badan anda akan menjadi ramping seperti yang anda idam-idamkan.

2. Bentuk badan

Bentuk tubuh badan juga turut mempunyai hubung kait dalam masalah paha besar. Bagi wanita di luar sana yang memiliki bentuk tubuh badan seperti buah pir, maka ukuran pada bahagian paha yang besar akan nampak berbeza bagi wanita yang bertubuh ramping yang memiliki paha dan kaki yang lurus. Walaupun kita tidak boleh mengubah baentuk badan, namun anda boleh saja berolahraga dalam mengecilkan bahagian paha.

3. Jantina

Setiap jantina sudah pasti memiliki sistem hormon yang berbeza dan ianya mempengaruhi penyebaran lemak pada seluruh tubuh badan manusia. Kebiasaannya, estrogen yang dimiliki oleh para wanita akan mudah terkumpul pada bahagian paha, pinggul, betis dan beberapa bahagian yang lain.

Bagi lelaki, hormin testosteron akan mudah mengumpul lemak pada bahagian perut. Tahukah anda, menghilangkan lemak pada bahagian perut adalah lebih sukar berbanding lemak pada kawasan paha.

Inilah punca yang menyebabkan kebanyakkan lelaki memiliki perut yang buncit, manakala wanita memiliki paha yang besar.

4. Makanan banyak lemak

Salah satu penyebab utama adalah, cara makan yang tidak teratur juga menjadi penyebab paha menjadi besar kerana banyak mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak.

Paha kemungkinan besar adalah disebabkan lemak-lemak mudah terkumpul pada bahagian tersebut. Kawasan paha adalah tempat kesukaan lemak berkumpul.

Kesabaran amat diperlukan sekiranya anda ingin mengecilkan bahagian yang paha yang mengandungi banyak lemak dan ianya bukanlah satu perkara yang mudah.

Sekiranya anda tidak menginginkan bahagian tersebut dikelilingi lemak, sebaiknya anda mengamalkan cara gaya hidup sihat dan kerap melakukan senaman bagi mengurangkan bahagian lemak-lemak yang tidak di ingini seperti berjogging, berbasikal, Jumping dan bermain bola tampar.

5. Bahagian otot Penyebab paha besar

Bahagian otot juga menjadi salah satu punca paha menjadi besar. Ini kerana, kita memiliki bahagian otot paha yang agakk besar. Manakala, otot juga mempunyai ukuran dan saiz yang tidak sama dan ianya terdiri daripada pelbagai jenis serat otot.

Mungkin dengan apa yang sudah diterangkan di atas boleh membantu anda dalam menangani masalah paha besar. Jangan terlalu tertekan memikirkan permasalahan ini. Apa yang penting, anda harus rajin melakukan senanman setiap hari bagi mengekalkan tubuh badan yang langsing termasuklah pada bahagian paha. Selamat mencuba.

 

Lakukan rutin senaman ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan dua atau tiga set dan berehat selama 60 saat di antara setiap rutin. Pendekkan masa rehat jika anda mahu meningkat­kan cabaran rutin.

SQUAT SUMO

1. BERDIRI, luaskan bukaan kaki lebih dari bahu manakala tangan dicekak ke pinggang.

2. TURUNKAN badan dengan posisi kaki kekal dilebarkan.

ANGKAT KAKI SISI 

3. BERDIRI lurus dengan tangan dicekak ke pinggang.

4. SEBELAH kaki diangkat ke sisi dan diluruskan pada kedudukan 90 darjah.

LUNGE SISI 

5. BERDIRI dengan bukaan kaki separas bahu dengan tangan dicekak ke pinggang.

6. LANGKAHKAN kaki kanan ke kanan. Kaki kiri berada dalam posisi yang sama. Turunkan lutut anda sedikit dan tidak melebihi hujung kaki dan tolakkan punggung anda ke belakang.

HAYUNAN KAKI KE ATAS 

7. TAHAN badan dengan kedua-dua tangan dan lutut pada posisi 90 darjah di lantai dan sebelah kaki dihayun ke atas.

8. TURUNKAN kaki tanpa menyentuh lantai dan ulangi langkah sebelum itu.

 

Published by
Kim