Viral video perkahwinan pasangan pengantin dari Thailand ini di media sosial. Chanchai Yusoh, 27, dan Nuramanee Bado, 25 menjadi bualan apabila pasangan yang sama cantik, sama padan ini selamat bernikah dalam satu majlis sederhana di Narathiwat.
Video pernikahan mereka yang meraih jutaan tontonan bukan sahaja menerima ucapan tahniah dari followers senegara malah dari Malaysia juga.
Kacak dan anggun mengenakan busana putih di majlis pernikahan, pasangan ini dilihat mengalirkan air mata saat lafaz akad selamat dilakukan.
Menurut laporan akhbar tempatan, Chanchai mempunyai darah campuran Malaysia dan datuknya menetap di Rantau Panjang, Kelantan. Pasangan ini pun sebenarnya sudah lama popular di Narathiwat.
Di sebalik air mata Chanchai, ada kisah yang tersimpan rapi.
“Saya sebak kerana doa saya dimakbulkan. Isteri banyak membantu saya sepanjang perkenalan kami.”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Pilih Kasut Pengantin Supaya Selesa Masa Bersanding Nanti, Nak Pakai Sneakers Pun Boleh
Bagi bakal raja sehari keselesaan kasut amat penting kerana korang akan memakainya sepanjang majlis bersanding berlangsung. Kasut yang tidak selesa akan memberikan impak yang negatif seperti tumit sakit, kasut ketat, terlalu keras dan sebagainya.
Maka sebab itulah kita harus memilih kasut untuk majlis perkahwinan dengan teliti untuk di pakai di hari bahagia nanti.
Berikut dikongsikan tip penting memilih kasut untuk majlis perkahwinan. Semoga ia bermanfaat untuk semua.
1. KESELESAAN
Ini adalah point nombor satu yang perlu korang titik beratkan. Pada hari perkahwinan korang nanti, korang akan banyak berdiri dan bergerak. Misalnya untuk sesi fotografi, melayan tetamu yang hadir majlis potong kek dan banyak lagi. Jadi pilih kasut yang selesa untuk dipakai bukan kasut yang menyakitkan kaki atau lebih teruk lagi yang boleh membuatkan kaki korang melecet.
2. KETINGGIAN DAN TUMIT
Melihat dari sudut fesyen dan kecantikan, semakin tinggi tumit kasut, semakin cantik bukan? Kasut tumit tinggi juga sudah diketahui ramai bahawa ia sememangnya boleh mencantikkan lagi penampilan seseorang. Jadi, jika korang tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, janganlah pula memilih kasut yang berinci-inci. Jika korang masih ingin memakainya, mungkin korang boleh berlatih ‘catwalk’ dan membiasakan diri terlebih dahulu.
3. FABRIK
Sebagai pasangan raja sehari, pilih fabrik kasut dari fabrik yang nampak mewah. Seperti satin, silk atau lace. Jika korang memilih busana tradisional, fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai. Selain itu perincian seperti labuci atau effect glitter juga mampu menaikkan aura glamour.
4. STAIL
Walaupun ia adalah dari pilihan korang, pilihlah kasut mengikut citarasa dan gaya korang. Adalah penting untuk sentiasa menjadi diri sendiri dalam bergaya. Ingatlah ini majlis keraian korang pada hari tersebut. Korang berhak memilih untuk memakai apa yang korang mahukan.
5. CUBA SEBELUM BELI
Bagi memastikan keselesaan dan saiz yang betul, harus diingatkan agar korang mencuba dulu kasut yang ingin dibeli. Jangan ambil risiko dengan membeli kasut secara online pada saat-saat terakhir atau membeli kasut tanpa mencubanya dahulu. Selain itu cuba pakai kasut tersebut bersama dengan busana pengantin korang. Jika tidak sesuai dengan busana, korang masih sempat untuk membeli kasut yang lain.
JENIS-JENIS KASUT PENGANTIN:
Tidak terhad kepada kasut tumit tinggi dan warna putih sahaja, pengantin alaf ini punya lebih banyak pilihan. Berikut Wanista kongsikan beberapa koleksi kasut pengantin yang mungkin boleh dijadikan inspirasi semua bakal-bakal ratu sehari.
1.Stiletto
2.Wedges
3.Tumit Sederhana Tinggi
4.Kasut terbuka/bertali
5.Sneakers
Jika anda gemarkan gaya yang lebih santai, anda dan pasangan bolehlah menggayakan sneakers di hari bahagia nanti. Bagaimanapun pastikan sesuai dengan busana yang digayakan ya!
KOLEKSI TERBAHARU LARRIE BERTEMAKAN MILANO FLAIR
LARRIE telah memperkenalkan koleksi baharu bertemakan Milano Flair bersempena dengan Aidilfitri 2023. Koleksi “Milano Flair” diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen.
Untuk koleksi wanita, LARRIE memperkenalkan rangkaian kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni. Manakala koleksi untuk lelaki pula, LARRIE membawakan koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas yang didorong oleh fesyen Milano yang terkenal dengan gayanya.
Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Berseri Waktu Majlis Pertunangan, Jangan Buat Saat Akhir Kalau Nak Cantik!
Jika anda nak nampak berseri waktu majlis tunang, kena buat persediaan awal dan pastikan jangan buat saat akhir.
Mungkin nak buat ala kadar tetapi jangan sampai hilang seri, jadi jemput baca perkongsian saudari Mawar ini dan anda boleh cedok mana yang baik.
Tips 1:
Skincare Routine
Penjagaan kulit sangat penting untuk nampak muka berseri. Baru nampak smooth. Skincare routine ni kalau kita jaga confirm makeup dari awal sampai habis majlis cantik. Ini antara tips daripada MUA sendiri.
Tips 2:
Dapatkan Tidur yang Secukupnya
Tidur kena cukup supaya nanti bangun bangun pagi muka itu naik seri. Tak nampak penat. Bukan sehari sebelum ya tetapi kena cukup tidur a months before. Sebab sekiranya kita tak cukup tidur, muka kita akan nampak kusam/ tak bermaya/ jerawat pon mula buat tempat ‘perumahan’.
Tips 3:
Pemilihan Color Busana
Tak semua orang sesuai dengan semua color. Kalau salah pilih warna nanti tak naik serinya dan akan nampak tenggelam walaupun dah makeup. Jadi anda boleh refer table Mawar buat tu. Color apa yang sesuai.
Tips 4:
Pemilihan Makeup
Wajib survey MUA betul-betul. Tengok finishing makeup dia, maklum balas pelanggan dan barang apa yang dia pakai. Takut tak sesuai dengan kulit.
Hah, pastikan anda beritahu kondisi kulit anda macam mana. Tak ada lah nanti makeup itu kejap tahannya. Dan lagi satu, lebih baik pilih makeup look yang natural. Ini untuk elakkan wajah waktu jadi pengantin sehari nanti tenggelam.
Moga perkongsian ini membantu anda yang bakal menjadi tunangan orang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Deko Rumah Sendiri, Lelaki Ini Buat Kejutan Untuk Bakal Isterinya
Hebat, deko rumah sendiri semata-mata nak bagi kejutan untuk bakal isteri. Ini lebih dari kisah romantik ya, sangat bertuah bakal orang rumahnya.
Deko Rumah Sendiri Untuk Kejutan Bakal Isteri
Menerusi satu perkongsian di instagramnya, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan sebuah rumah untuk bakal isterinya, malah dia menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.
“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Ada Asas Dalam Bidang Hiasan
Menurut Amirul Izman yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.
Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.
Nak Buat Sendiri Untuk Beli Jiwa Si Dia
Mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabulkan.
“Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.
“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.
“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.
“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.
“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami.
“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.
“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.
Begitulah usaha seorang lelaki untuk bakal isteri tercinta, jadi sesiapa yang dapat calon minat deko rumah dikira bertuah, ya. Boleh jadi dapat rumah siap dideko macam ini. Rezeki sangat!
Sumber: Instagram amirul_izman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI