Musim cuti sekolah sekarang ini memang banyaklah jemputan perkahwinan yang kita terima. Menghadiri majlis perkahwinan juga memberi peluang untuk kita bertemu dengan sanak saudara juga rakan dan taulan.
Kebiasaannya pada waktu-waktu beginilah masing-masing dapat bersua muka. Kesibukan bekerja menyebabkan ada di antara hanya dapat bertemu sanak saudara setahun sekali. Itu pun pada hari raya.
Bagaimanapun ada perkara yang kita perlu perhatikan dan ambil berat ketika memenuhi jemputan majlis perkahwinan.
Melalui perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli, wanita ini berkongsi tentang perkara-perkara yang perlu kita ambil kira berkaitan tentang majlis perkahwinan. Moga tip ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
Sekarang musim kenduri kahwin. Mari baca beberapa perkara tentang kenduri kahwin yang perlu kita tahu:
1. Paling penting, jangan berkecil hati bila anda tidak dijemput walaupun oleh kawan yang anda anggap dekat atau rapat. Barangkali majlis diadakan untuk bajet yang terhad. Barangkali mereka betul-betul terlepas pandang. Barangkali memang dikhususkan untuk keluarga sahaja. Berjimat ketika majlis kahwin adalah sangat bagus kerana wang yang ada boleh digunakan untuk perkara yang lebih perlu selepas kahwin nanti.
2. Jangan berpakaian keterlaluan ketika ke majlis kahwin. Ianya juga bukanlah tempat untuk berlumba menunjukkan rantai labuh dan gelang besar. Dan cubalah elakkan dari memakai pakaian melebihi dari baju pengantin. Solekan juga sebaiknya biarlah sederhana. Maafkan saya sahabat wanita semua. Tetapi “less is more”…. (Melainkan jika ada tema tertentu dan anda mahu berpakaian mengikut tema).
3. Jika hidangan dalam bentuk “buffet” ambillah makanan yang boleh anda makan sahaja. Jangan ambil terlalu banyak ya. Kemudian ditinggalkan sahaja di meja kerana tidak dapat dihabiskan. Walaupun ianya percuma, tetapi cubalah elakkan pembaziran. Ajarkan anak-anak tentang ini.
4. Jangan mengeji jika makanan kurang enak atau tidak mengikut selera anda. Jika tidak suka, jamah sedikit dan simpanlah kata-kata tidak baik di dalam hati sahaja. Syukur untuk setiap rezeki yang Allah beri. Syukur kita dijemput.
5. Tinggalkan meja makan dalam keadaan baik. Usah tinggalkan sisa makanan dan longgokan tisu di meja makan.
6. Usah berkecil hati jika tuan rumah tidak sempat datang ke meja anda. Atau kelihatan tidak cukup tersenyum kepada anda. Biasanya tuan rumah sangat keletihan. Bahkan orang kata seolah “dah tak nampak orang”…. Pergilah kepada tuan rumah dan ucapkan terima kasih.
7. Jika mampu, boleh hulurkan hadiah dalam bentuk wang ringgit. Ianya seperti buah tangan. Memberi wang tunai adalah lebih mudah dan boleh digunakan oleh tuan rumah atau penganti untuk perkara yang perlu. Untuk lebih manis, masukkan wang pemberian dalam sampul.
8. Biarpun hari kenduri, jangan lupa tanggungjawab kepada Ilahi. (Jangan “skip” solat).
9. Seboleh mungkin, cubalah untuk memenuhi undangan tanpa memilih sama ada majlis diadakan di kampung dalam suasana yang sangat sangat sederhana atau di hotel yang besar ternama.
Ads
Saya pernah hadir ke majlis kenduri kahwin di sebuah kampung. Ianya sebuah majlis kenduri yang sangat sederhana. Hanya ada sebuah khemah kecil dipasang. Lauk kenduri adalah Singgang Keladi, Gulai Daging Kerbau, Sambal Belacan dan Tembikai sebagai manisan. Ada Air Sirap juga. Alhamdulillah, walaupun berbunyi seperti hidangan ringkas, tetapi sangatlah enak!
Biarpun kendurinya kecil, jemputan boleh hadir tanpa had. Mereka yang dijemput datang seisi keluarga. Stail orang zaman dulu pergi kenduri… begitulah. Jika ada anak lima orang, semua akan datang bersama. Seronok saya tengok.
Majlis kahwin juga adalah tempat berkumpul bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat yang ada. Jadi, raikanlah sahabat yang menjemput anda dengan sebaik mungkin.
Diet adalah salah satu cara untuk orang berbadan gempal untuk menurunkan berat badan. Mereka menggunakan kaedah pemakanan secara sihat dan sedikit untuk mendapat berat badan yang ideal.
Bagi bakal pengantin ia tidak asing lagi buat mereka. Pasti sahaja mereka menitik beratkan aspek berat badan agar kelihatan cantik pada hari bahagia mereka. Oleh sebab ramai yang sedang berdiet. Kami kongsikan disini antara menu diet dari pengguna facebook Mied Majid.
HARI PERTAMA
• Buah-buahan kecuali pisang
Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai. Boleh makan kerap hingga kenyang.
HARI KEDUA
• Sayur-sayuran
Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang. Digalakkan sarapan dengan kentang rebus. Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.
Di hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.
HARI KEEMPAT
• Pisang
• Susu rendah lemak
Di hari keempat, perlu makan 8 biji pisang serta 3 – 4 gelas susu rendah lemak. Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini. Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya.
Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.
HARI KELIMA
• Makanan dari sumber protein
• 6 biji tomato
Pada hari ni, anda boleh ambil 560gram sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato. Daging hamburger atau Meet ball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan. Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe.
Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.
HARI KEENAM
• Makanan dari sumber protein
• Sayur-sayuran
Di hari keenam ini, anda boleh memakan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.
HARI KETUJUH
• Nasi beras perang
• Jus buah
• Sayur-sayuran
Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis perkahwinan perlu dirancang dengan teliti. Sebaik-baiknya persiapan majlis perkahwinan dilakukan seawal mungkin. Elakkan daripada melakukan persiapan pada saat-saat akhir. Bimbang ada sahaja perkara yang ‘tertinggal’ dan terlepas pandang.
Pasangan mempelai tentu tidak mahu bukan majlis yang cukup bersejarah dalam hidup anda jadi tidak teratur dan kelam kabut bukan? Bagi memudahkan pasangan bakal mempelai membuat persiapan majlis perkahwinan, berikut dikongsikan ‘checklist’ seperti yang disenaraikan Iman Studio.
CHECKLIST MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT TEMPOH:
6-12 BULAN SEBELUM
1.Anggarkan jumlah kehadiran tetamu dan senaraikan
2.Tetapkan bajet majlis.
3.Tempah lokasi majlis.
4.Tempah pakej perkahwinan.
5.Tempah jurugambar atau juruvideo majlis.
6.Bincang barang hantaran.
7.Pilih katering mengikut bajet.
1. Buat ujian HIV di klinik kerajaan yang berdekatan.
2. Uruskan dokumen permohonan nikah.
3. Tempah pengacara majlis.
4. Tentukan tema keluarga.
5. Beli barang hantaran yang telah dibincangkan.
6. Bincang barang hantaran.
7. Booking homestay untuk penempatan keluarga.
1.Serah dokumen berkaitan ke Pejabat Agama Islam Daerah.
2.Tentukan serta senaraikn tugas untuk ahli keluarga.
3.Pilih baju untuk majlis di butik pengantin.
4.Pilih pengapit dan tentukan warna tema serta jenis baju.
5.Bincang menu bersama pihak katering.
6.Tentukan dekorasi majlis untuk pelamin dan lain-lain.
7.Survey design bunga pahar dan goodies bag.
1.Semak status permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah.
2.Senaraikan nama dan alamat tetamu untuk pos kad jemputan.
3.Pos semua kad jemputan majlis kahwin.
4.Rancang kedudukan tetamu yang bakal hadir.
5.Buat rawatan muka.
6.Tempah juruinai.
7.Gubah dekorasi hantaran.
1.Sahkan kehadiran jurunikah.
2.Pastikan prosedur pernikahan selesai.
3.Sediakan duit kecil untuk bayar jurunikah, saksi dan lain-lain.
4.Hias bilik pengantin.
5.Sahkan semua tempahan seperti jurugambar dan lain-lain.
6.Ambil baju kahwin di butik pengantin.
7.Aturkan taklimat tugasan untuk setiap ahli keluarga atau pembantu.
1.Majlis berinai.
2.Pastikan pakaian untuk majlis siap diseterika.
3.Siap rebus telur serta hiasan dibunga telur.
4.Pastikan tanda arah ke lokasi majlis siap pasang.
5.Rehat dan tidur awal.
1.Bangun awal pagi dan mandi sunat.
2.Pastikan anda siap 1 jam awal.
3.Alas perut dengan sarapan ringan.
4.Banyakkan selawat dan zikir supaya hati tenang.
5.Senyum dan nikmati hari bersejarah anda.
7.Kunci bilik yang menyimpan barang berharga.
Orang Asia sudah terbiasa dengan aroma dan rasa bawang putih dalam masakan. Boleh dikatakan, dalam hidangan harian seperti sup dan nasi goreng pun kita ada masukan hirisan bawang putih sebagai ramuan manakala ibu-ibu dalam pantang, bawang putih sering dijadikan makanan untuk memanaskan badan sekaaligus ulasmya diselitkan ke dalam telinga untuk mengelak masuk angin.
Untuk pengetahuan semua, banyak khasiat andainya anda mengambil satu sudu campuran madu dengan bawang putih cincang. Ini kerana, bawang putih memiliki ciri antibiotik terbaik untuk tubuh serta sistem badan manusia apabila dikupas dan dicincang.
Ini beberapa manfaat makan campuran madu dan bawang putih ketika perut kosong.
Pulih Masalah Kulit
Membunuh bakteria/kuman dalam tubuh
Bersifat anti-kulat; justeru amat baik untuk pelbagai penyakit kulit seperti cagu, ketuat, ekzema dan lain-lain
Nyah Toksin, Racun & Bahan Berbahaya Dari Tubuh
Pulih cirit-birit serta sembelit
Bantu mengeluarkan asid urik dari badan
Tonik terbaik untuk tingkat imunisasi (daya ketahanan) badan
Memelihara hati dan bantu membakar toksin
Menyah sengatan racun haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, labah-labah dan banyak lagi.
Baik juga buat individu yang keracunan makanan
Melawan Penyakit Kronik
Pulihkan Diabetes
Pelihara tubuh daripada penyakit barah terutamanya kanser usus
Baik untuk penyakit paru-paru dan individu yang diserang batuk-batuk
Legakan selesema
Legakan arthritis (bengkak-bengkak sendi)
Diet Terbaik Untuk Kembalikan Berat Badan Ideal
Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh
Kombinasi bawang dan madu sebagai bahan mentah adalah petua orang dulu-dulu menguruskan badan
Stabilkan tekanan darah dan degupan jantung
Tips!
Bawang putih akan memberi tindak balas yang lebih positif andai ianya diambil ketika perut kosong. Oleh itu, makan satu sudu campuran madu asli dan bawang putih cincang setiap pagi sebelum sarapan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!