Peringatan Kepada Suami Yang Berpoligami Supaya Sentiasa Berlaku Adil

Share

Buat suami yang berpoligami, giliran bermalam di antara isteri-isteri sekurang-kurangnya adalah satu malam bagi suami yang bekerja pada waktu siang.

Ia boleh jadi haram hukumnya jika suami mengadakan giliran lebih daripada tiga malam iaitu tiga malam berturut-turut tanpa kerelaan isteri yang lain. Sebaiknya adalah satu malam untuk seorang isteri dan malam esoknya di rumah isteri yang berlainan.

Kewajipan dari segi giliran bermalam adalah bermalam saja dan tidak termasuk bersetubuh. Bersetubuh dengan isteri yang ada gilirannya hanyalah sunat dan bukannya wajib.

Ini bermaksud suami tidak diwajibkan untuk bersama dengan isteri yang tidur bersamanya. Si suami boleh bermalam dengan isterinya atau tidak bersetubuh. Tetapi sebaik-baiknya adalah untuk menyamakan dalam giliran dan bersama.

Ada beberapa masalah timbul apabila isteri ada urusan lain “out station” adakah isteri itu mendapat giliran atau diqada giliran?

Isteri yang bermusafir atau “out station” dia tidak dapat bersama suaminya ketika bermusafir itu maka dia tidak mendapat gilirannya walaupun si isteri itu bermusafir dengan izin suaminya. Ini bermaksud suami tidak wajib bermalam di rumah isteri yang sedang bermusafir kerana dia tiada di rumah.

1. Si isteri bermusafir dengan izin walinya tetapi hajat suami ataupun keperluan suami maka dia tidak mendapat giliran. Tetapi jika si isteri musafir dengan izin dan atau hajat keperluan suami maka dia berhak mendapat giliran qada’.

2. Si isteri musafir sebab “out station” atas hajat keperluan pekerjaannya dan bukan hajat keperluan suami walaupun dengan izin suami maka tidaklah si isteri itu mendapat giliran qada’.

Tapi andai si isteri tiada di rumah maka si suami boleh bermalam di rumah isteri yang lain, jika isteri kedua tiada dia boleh bermalam di rumah isteri pertama dan bersama dengannya. Tidak menjadi kesalahan juga jika suami tidak bermalam di rumah si isteri yang mempunyai giliran tetapi dia tiada di rumah. Dia boleh bermalam di mana-mana.

Suami yang berpoligami juga perlu tahu, beliau tidak boleh pergi pada waktu siang ke rumah isteri yang bukan gilirannya tanpa keperluan.

Si suami dibolehkan pergi ke rumah isteri yang bukan giliran pada waktu siang hanya dengan hajat tertentu atau diarah seperti sakit, kebakaran atau kecemasan dan harus juga sebab hajat contohnya menyimpan barang, menyerahkan nafkah atau mengambil barang itu pun tidak dalam masa yang lama. Ini kerana jika berlama-lama maka dikenakan hukuman qada’.

Peringatan kepada para suami yang berpoligami ini bukan untuk menakutkan atau menyusahkan tetapi ia dapat berlaku adil dalam urusan rumah tangga.

Published by
Bella