Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mula dilaksanakan sejak 18 Mac yang lalu dan kini telah dilanjutkan ke fasa kedua bermula 1 April hingga 14 April 2020 susulan peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19.
Seperi yang diumumkan Menteri Knan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kawalan daripada pihak keselamatan untuk fasa kedua ini akan diperketatkan.
Mengikut infografik yang dikongsi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi lamaan Twitter miliknya, berikut merupakan antara perkara yang diberi perhatian untuk PKP fasa kedua ini.
1. Hanya empat premis ini yang dibenarkan untuk beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam:
a) Premis perniagaan keperluan harian
b) Restoran dan kedai makan (hanya untuk dibungkus)
c) Penghantaran makanan atau barangan rumah
d) Stesen minyak
*Anda dinasihatkan agar tidak bersemuka dengan penghantar makanan atau barangan. Makanan juga digalakkan diletakkan di luar pagar.
2. Waktu operasi bagi pengangkutan awam bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan 5.00 petang hingga 10.00 malam.
3. Perkhidmatan teksi dan e-hailing hanya dibenarkan bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
4. Untuk kenderaan persendirian, hanya seorang dibenarkan berada di dalam satu kenderaan.
5. Pengangkutan komersial akan beroperasi bermula jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi.
6. Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan berada di kawasan awam dan persendirian, termasuk di kawasan berpagar.
Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2
Bermula 1 – 14 April 2020#PrihatinRakyat #DudukRumah #StayAtHome pic.twitter.com/u0VYrGgIrp— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 31, 2020
7. Kelonggaran diberikan kepada golongan Autism dan OKU untuk menjalani terapi di luar tetapi dilarang secara berkumpulan.
8. Tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti ibadah dan berkumpulan di rumah-rumah ibadah.
9. Kerajaan telah memutuskan tetapan harga bagi topeng muka adalah RM1.50 sekeping. Namun, ia akan dikaji dari semasa ke semasa.
Pastikan anda mematuhi peraturan PKP fasa 2 ini dengan duduk di rumah agar kita dapat membantu mengatasi penularan wabak Covid-19 ini. Bantulah para petugas di barisan hadapan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI