Bagi seorang wanita, period atau datang bulan merupakan salah satu daripada perkara yang paling penting dalam hidup. Nak-nak pula wanita yang sudah berumah tangga. Pastinya akan sentiasa melihat kalendar untuk memastikan period datang tepat pada waktunya. Kalau terlewat, hati mula berdebar-debar.
Mengandung ke? Namun tak semua wanita mempunyai kitaran haid yang normal. Ada yang selalu dibelenggu masalah haid lambat dan tidak tetap. Apakah puncanya?
1. Perubahan berat badan secara mendadak
Punca period lambat yang pertama ialah perubahan berat badan secara mendadak. Jika baru-baru ini anda mengalami kenaikan atau penurunan berat badan secara mendadak, kemungkinan besar ia adalah penyebab kenapa period anda lambat dan menjadi tidak teratur.
Katakan berat anda menurun secara drastik disebabkan anda sedang mengamalkan rutin diet yang baru, atau berat badan anda naik dengan tiba-tiba selepas berkahwin, secara tidak langsung perubahan pada berat, bentuk, dan saiz badan akan merubah fisiologi badan lalu mengganggu proses ovulasi atau pengeluaran telur setiap bulan. Apabila proses ovulasi terganggu, secara automatik kitaran haid anda juga akan terganggu lalu menjadi punca period lambat.
Oleh itu, jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, pastikan berat badan anda tidak turun secara mendadak. Kalau anda perasan berat badan naik dengan cepat, kawal pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif supaya berat anda dapat dikawal.
2. Perubahan pada pola pemakanan
Selain perubahan pada berat badan, perubahan pada pola pemakanan secara tiba-tiba juga boleh menjadi sebab period lambat dan menjadi tidak normal. Sebagai contoh, jika baru-baru ini anda mula mengamalkan diet yang baru seperti ketogenik, atkins, paleo diet, atau intermittent fasting (IF), ini bermakna anda telah mengubah pola pemakanan secara mengejut.
Ads
Seperti perubahan berat badan yang mengejut, perubahan pada pola pemakanan secara tiba-tiba juga akan mengganggu proses ovulasi lalu menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Oleh itu, jika anda ingin memulakan sebarang jenis diet, pastikan anda berjumpa doktor dan dapatkan nasihat profesional terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya komplikasi termasuk gangguan pada kitaran haid.
3. Kerap keletihan
Punca period lambat yang seterusnya ialah kerap keletihan. Dewasa ini, rutin harian seorang wanita adalah sangat memenatkan. Nak-nak lagi bagi wanita yang bergelar seorang ibu. Pendek kata, dari celik biji mata sehingga tidur semula, tak putus-putus tugas dan tanggung jawab yang perlu diselesaikan. Tahukah anda bahawa kerap keletihan dan sentiasa kepenatan juga boleh menjadi punca kenapa period anda lambat.
Apabila anda kepenatan, ia akan menganggu hormon dalam tubuh badan lalu menyebabkan proses ovulasi terganggu. Oleh itu, jika kitaran haid anda mula terganggu, dan anda selalu kepenatan, apa kata kalau anda cuba untuk perlahan atau slow down. Apa-apa tugas dan tanggung jawab yang boleh ditangguhkan, boleh ditangguhkan dahulu.
Ads
4. Pengambilan ubat atau vitamin (supplement)
Ramai yang tak tahu bahawa pengambilan ubat atau vitamin boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid lalu menyebabkan period anda lambat. Ini berlaku kerana bahan kimia aktif yang terdapat didalam ubat atau vitamin yang diambil akan bertindak-balas dengan tubuh badan lalu menjejaskan hormon yang berkaitan dengan kesuburan.
Apabila hormon kesuburan terganggu, proses ovulasi juga akan terganggu. Oleh itu, jika period anda mula berubah selepas anda mula mengambil sebarang ubat atau vitamin, sila berbincang semula dengan doktor anda.
5. Menyusukan anak
Ibu-ibu yang baru melahirkan dan menyusukan anak biasanya akan mengalami keadaan di mana period menjadi lewat. Ini berlaku kerana hormon dalam badan masih bercelaru dan belum menjadi normal semula. Namun hati-hati! Tidak datang bulan tak bermakna anda tidak subur dan tidak boleh mengandung. Pastikan anda berjaga-jaga kalau tidak merancang untuk mengandung lagi dalam masa terdekat.
Ads
6. Masalah kesihatan
Masalah kesihatan juga tekah dikenal-pasti sebagai salah satu sebab period lambat. Katakan kebelakangan ini anda sering demam atau disahkan mempunyai penyakit kritikal, ia boleh menyebabkan period anda terganggu.
7. Perubahan pada rutin seharian
Ramai yang tak tahu bahawa perubahan pada rutin seharian boleh menjadi sebab period lambat. Sebagai contoh, jika anda mendapat kerja baru yang melibatkan shif siang dan shif malam, perubahan pada rutin harian ini boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid anda.
8. Pra-menapous
Wanita yang berada pada fasa pra-menapous atau putus haid juga akan mula menghadapi keadaan period yang tidak menentu dan lambat. Ini adalah di antara simptom yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam fasa tersebut.
9. Perancang kehamilan
Jika anda ada mengambil alat perancang kehamilan seperti suntikan depo, implan, pil perancang, IUD dan sebagainya, ia juga boleh menjadi punca period anda lambat. Ini kerana semua kaedah merancang kehamilan tersebut akan mempengaruhi hormon dan tahap kesuburan anda.
10. Stres
Sebab period lambat yang terakhir ialah stress atau tekanan perasaan. Stress boleh berlaku disebabkan oleh masalah di tempat kerja, masalah rumah tangga, masalah kewangan, dan sebagainya. Apabila anda stress, hormon GnRH akan berkurangan kerana tubuh badan tidak mengeluarkannya dalam kuantiti yang mencukupi. Kekurangan hormon tersebut boleh menyebabkan period anda lambat.Oleh itu elakkan stress.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi fitrah manusia untuk hidup berpasangan dan menjalin kasih agar hidup menjadi lebih sempurna. Namun, adab-adab ketika bercinta perlu dijaga supaya tidak membawa perkara yang dilarang dalam islam. Sebab itulah ada sesetengah ulama mengatakan bahawa bercinta itu adalah haram.
Pentingnya adab dalam menjaga hubungan bercinta tidak boleh dipandang remeh. Setiap pasangan yang sedang hanagt bercinta mahupunyang sedang belajar untuk bercinta perlu tahu mengenai adab-adab bercinta dalam islam.
Oleh itu, Pesona Pengantin kongsikan adab-adab yang harus dipraktikkan dalam hubungan percintaan khusus buat mereka yang belum berkahwin agar hubungan yang dijalin terjaga dan dijauhi dari perbuatan yang dikeji oleh Allah.
MENGHORMATI DAN MENGHARGAI DIRI MASING-MASING
Jagalah diri dan maruah agar tidak memburukkan nama baik keluarga dan agama. Dalam kata erti lain, tidak membenarkan diri berduan-duaan dengan kekasih kerana wujudnya orang ketiga iaitu syaitan. Di samping itu, tidak perlu berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat pasangan. Sebaiknya, sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku anda.
MENJAGA BATAS PERGAULAN
Menjaga batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan anda seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Anda harus sedar dan berasa malu kerana masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
SENTIASA BERDOA
Berdoa dan menunaikan hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
RESTU KELUARGA
Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa memainkan peranan denagn memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.
MELAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH
Sentiasa melakukan solat istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaanya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.
Sekiranya anda bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan kea rah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita cukup suka apabila lelaki memuji mengenai kecantikan mereka. Namun, bagaimana pula dengan lelaki? Adakah golongan lelaki juga dahagakan pujian seperti wanita? Bagi pasangan yang sudah berkahwin dan bergelar suami isteri, sikap puji memuji perlu diamalkan agar rumah tangga sentiasa harmoni dan sejahtera.
Bukan suami sahaja yang perlu memuji isteri, malah si isteri juga harus memainkan peranan untuk memuji sebagai tanda menghargai pasangan. Mungkin pujian dari segi penamilan suami kedengaran agak pelik, namun ada perkara yang boleh diberikan pujian supaya suami bertambah sayang pada anda. Jom Pegantin kongsikan 5 pujian yang boleh diberikan buat suami sebagai tangda penghargaan! Tidak perlu hadiah mahal, cukup sekadar kata-kata manis sebagai tanda anda mengucapkan terima kasih.
1. “SAYA SUKA MELUANGKAN MASA BERSAMA”
Jangan sesekali menolak jika suami mengajak anda keluar bersama. Itu bermakan anda lebih penting daripada kawan-kawannya. Luangkan masa untuk mendengar cerita dan luahan hatinya. Sentiasa tersenyum apabila bersamanya. Pasti si dia rasa gembira kerana ada isteri yang sanggup menemaninya.
2.“SAYA BERTUAH MENGAHWINI AWAK”
Sekali sekala ungkapkanlah kata-kata ini. Ia menunjukkan anda benar-benar menghargai dan bersyukur dengan kehadirannya di sisi. Jangan biarkan dia terasa seperti tidak diperlukan atau anda tidak gembira dengannya sepanjang melayari bahtera perkahwinan ini.
3. “AWAK BUAT SAYA BAHAGIA”
Jika anda mengungkapkan kata-kata ini pasti dia berbangga. Suami mana yang tidak gembira jika isteri bahagia hidup dengannya bukan? Biarpun banyak dugaan yang terpaksa dihadapai dan kadangkala timbul pertengkaran kecil, anda harus terima dengan hati yang terbuka. Itulah sebahagian daripada asam garam kehidupan berumah tangga.
4. “AWAK SEORANG AYAH YANG BAIK”
Benar dia tidak melahirkan anak dan tidak merasa kesakitan yang pernah dirasai anda. Tetapi berilah pujian terhadap pengorbanannya menjaga anda dan anak. Anda harus berbangga jika si dia sanggup berjaga malam membuat susu untuk si kecil atau rela tidak cukup tidur kerana menjaga anak yang sedang sakit.
5. “SAYA BANGGA DENGAN AWAK”
Sesekali berilah pujian kepadanya. Walaupun dia hanya melakukan kerja yang ringan seperti mengemas atau menyapu sampah, anda harus memujinya. Anda cukup bertuah jika mempunyai suami yang sanggup menolong anda membuat kerja rumah. Itu tandanya dia sangat menyayangi anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persiapan menjelang perkahwinan bukan hanya dilakukan beberapa bulan sebelum majlis, malah setiap masa sehingga majlis yang diraikan itu selesai.
Di sini kami disediakan tip istimewa buat bakal pengantin lelaki dalam membuat persiapan tiga hari sebelum majlis berlangsung.
1. Jurucakap Rombongan
Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan rumah pada majlis pernikahan nanti. Hal ini penting kerana tidak semuanya dapat menjadi wakil untuk bercakap denga mudah. Oleh itu, kepada anda yang mempunyai bapa saudara serta yakin berkata-kata, mintalah pertolongannya!
Walau berdebar mana pun degupan jantung menjelang majlis akad nikah, namun persiapan akad itu tetap perlu. Minta pendapat atau pertolongan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam proses akad nikah. Jika perlu, berlatihlah untuk menghilangkan sedikit gemuruh di hati.
Pada saat-saat akhir, kebiasaannya jumlah rombongan pihak lelaki akan bertambah. Bagi mengelakkan berlakunya salah faham kemudian hari, maklumkan kepada pihak perempuan jumlah rombongan yang bakal hadir sama. Ini untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan ruang makan yang mencukupi bagi pihak lelaki.
Bukan pengantin perempuan sahaja banyak perkara perlu dilakukan, bakal pengantin lelaki juga perlu beringat. Dengan checklist yang ada, baharulah kita tahu apa yang perlu dilakukan.