Tanyalah pada sesiapa pun mesti rasa tak sabar kalau dah sampai masanya untuk berkahwin. Orang kata kahwin ni seronok tapi ingatlah bahawa perkahwinan bukanlah medan permainan yang boleh anda anggap mudah.

Sebelum nak akhiri zaman bujang, penting untuk anda dan pasangan pastikan beberapa perkara. Buang tabiat lama dan perbaikilah diri menjadi lebih baik agar anda benar-benar bersedia untuk menempuh alam rumah tangga. Ingat! Hidup berumah tangga memerlukan anda berkongsi dengan pasangan. Jadi, jangan pentingkan diri sendiri!

Bagi yang bakal berkahwin, selami perkongsian menarik dari blog IIUM Confessions ini. Semoga ia dapat dijadikan panduan.

Bagi yg akan berkahwin mahupun bertunang, tahniah diucapkan. Usaha untuk menghalalkan hubungan amatlah dipuji, tapi…..

1) Bagi yg selalu bangun lambat tu, dah tiba masanya korang training diri korang untuk bangun awal. Lepas solat subuh, jangan tidur. Teruskan jadi orang yg produktif. Yg tak bangun solat tu, masa ni la nak berubah. Buat kaum lelaki, kalau korang tak solat, macam mana nak pimpin keluarga? Ni aku tengok sepupu aku masa balik raya ni, subuh entah ke mana. Pukul 8 9 pagi baru nak celik mata. Nak tegur susah, masing-masing dah besar. Lelaki perempuan sama je. Nanti bila sembang pasal kahwin, mula la nak tergedik gedik.

Ads

2) Rajin-rajinkan la buat kerja rumah. Lelaki pun tak terkecuali. Kau tak payah nak sembang perempuan je yg kena buat kerja rumah, kau pun kena. Zaman mak bapak atuk nenek kita ni lain, dulu memang lelaki je yg cari rezeki, perempuan duduk rumah jaga anak. Ini apa hanat nya zaman sekarang ni kalau perempuan dah la kena kerja, balik rumah kena masak cuci pinggan mangkuk basuh baju jaga anak semua? Orang laki nak goyang telur je? Come on, at least tau yg basic. Korang tolong basuh baju ke, cuci pinggan ke, gosok baju sendiri. Dah tau diri tu miskin sampai bini pun kena kerja, tolong sedar diri ye.

Yg perempuan pun jangan nak seronok lebih aku dok bash laki je. Perempuan macam mana pun kena masak. Takkan nak melantak mamak 24 jam? Ini potong sayur pun kekok, siang ikan pun tak reti, dah nak sembang pasal kahwin. Tak payah susah-susah pun, tau masak nasi dengan dua tuga lauk pun dah cukup. Lama-lama korang terer la masak.

3) Terutama yg lelaki ni, tolong la berhenti merokok. Yg perempuan, masa ni la korang nak suruh bakal imam korang berhenti. Kalau sebelum kahwin pun dia tak berhenti, alamatnya lepas kahwin nanti berasap je la rumah korang. Merokok dah la haram, membahayakan kesihatan, buang duit, apa lagi korang tunggu? Nak tunggu kena sakit jantung baru nak berhenti? Kalau jenis yg ada common sense,yg tak merokok dekat tempat awam tu, boleh diterima lagi. Ni yg merokok berdekatan budak kecik ibu mengandung, memang patut kena lempang sampai mampus je. Apa? Orang merokok ada hak? Orang tak merokok tak ada hak pulak?

Ads

4) Dah tau batas pergaulan dan aurat. Bila balik raya, jaga la aurat tu. Aurat dengan sepupu korang dah sama macam aurat dengan orang awam. Yg laki, tak payah la pakai short pendek bebenor. Yg perempuan, pakai la tudung. Jangan nak buat ayat acah-acah islamik hipster “ala nanti I dah kahwin, I pakai la tudung”. Orang macam ni patut kena tanam je. Aurat ni satu, pergaulan ni satu. Dengan sepupu tak payah la nak tepuk bertampar bagai. Bila korang dah kahwin, dah kena tau siapa yg boleh korang salam dan siapa yg tak boleh. Jangan main salam je semua makcik pakcik tu.

5) Berhenti jadi playboy. Yg ni aku tak faham. Ada yg post acah-acah diabetes gitu, semoga raya tahun depan tak single lagi. Siap post gambar dengan bakal pasangan. Lepas tu pergi add jantan/minah entah dari mana. Apa kes? Kau ingat kau boleh kahwin 4? Kau cuba bagi tau bakal pasangan kau yg kau nak kahwin 4, memangla kau tak kahwin.

6) Berhenti jadi attention seeker, terutama untuk perempuan. Ye la, muka cantik. Kulit flawless gitu, putih melepak pulak. Bila kau post selfie je, confirm jantan-jantan miang bajet ada chance ni like gambar kau. Fenomena ni aku perasan, orang bertudung litup pun sama. Dah la berpurdah, lepas tu mekap tebal dekat kening pulak. Apa tujuan kau nak berpurdah? Dah nak kahwin ni, tak payah la nak tunjuk selfie tu sangat. Simpan untuk bakal suami tu.

Ads

Tak larat nak tulis panjang-panjang dah ni, korang bukan baca pun. Pendek kata, kahwin ni bukan sekadar untuk puaskan nafsu je, tapi besar tanggungjawab nya. Semoga Allah permudahkan urusan korang. Maaf kalau terkasar bahasa.

– AMF

 

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI