Ketahuilah bahawa kehidupan berumah tangga adalah proses untuk anda saling belajar mengenali pasangan yang tidak akan pernah habis, yang tidak akan berhenti untuk saling menyesuaikan diri.
Pasti ada dua insan yang memilih untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama, dua ego yang berjalan pada tujuan yang sama, akan menimbulkan perbezaan yang akan membuatkan kalian tetap saling menghargai satu sama lain.
Setiap pasangan pasti mempunyai perbezaan dan kekurangan yang pasti akan muncul di kemudian hari kerana tak mungkin dua insan yang memiliki ego berbeza mampu bersatu tanpa adanya rasa untuk saling mengalah.
Maka, disitulah nanti akan tercipta satu perasaan saling memahami antara satu sama lain, asalkan anda dan pasangan mampu bertahan dengan perbezaan itu.
Dan ada satu ketika nanti kalian akan tetap berselisih faham kerana sifat ego itu. Ketika itulah anda akan sedar akan kekurangan yang selama ini tidak anda ketahui. Namun, itulah saat di mana anda memahami dan mengerti bahawa tujuan hidup bersama adalah untuk saling melengkapi.
Selalulah berpesan pada hati agar menerima segala kekurangan pasangan agar sampai bila-bila pun anda akan mengerti bahawa hidup bersama itu memang untuk saling menyempurnakan.
Jangan hanya kerana anda tahu kekurangannya, lantas anda mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Itu merupakan tindakan bagi seorang individu yang pengecut!
Oleh itu, kalian haruslah sentiasa muhasabah diri agar pernikahan yang terjalin selalu damai dengan berkah-Nya kerana anda juga pasti memiliki kekurangan yang tersendiri.
Pernikahan dikatakan proses ta’aruf sepanjang masa kerana disitulah anda akan benar-benar belajar untuk mengenal antara satu sama lain. Nanti, anda pasti akan tahu bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Siapkan hatimu selalu untuk bisa menerima dan menghargai sepenuh hati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI