Sepanjang tahun 2017, pelbagai perkara baik dan buruk terjadi dalam industri hiburan tanah air. Tidak kurang hebatnya dengan perkahwinan selebriti-selebriti Malaysia ini.
Inilah sebahagian yang mewarnai kehidupan kita sepanjang tahun ini. Dari yang ringkas hinggalah glamor, rata-ratanya menjadi perhatian peminat-peminat industri seni Malaysia.
1.Mia Ahmad & Izham – 13 Januari 2017
Pelakon , Mia Ahmad sah bergelar isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izaham Tarmizi pada Januari lalu.
2.Hazama & Genervie – 15 Januari 2017
Penyanyi Hazama memilih untuk menamatkan zaman bujangnya bersama pemuzin Genervie Kam dengan sekali lafaz.
3.Sari Yanti & Jep Sepatu – 25 Februari 2017
Spekulasi percintaan Sari dan Jep bertebaran sejak tahun lalu apabila mereka banyak berkongsi gambar di laman Instagram. Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Februari lalu dalam majlis tertutup.
4.Ummi Nazeera & Dr. Izzar Anwari – 23 Julai 2017
Perkahwinan pelakon wanita popular, Ummi Nazeera sentiasa dinantikan oleh peminat. Ummi selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya seorang Doktor. Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.
5.Laudya Cynthia Bella & Engku Emran – 8 September 2017
Siapa sangka perkahwin yang menyatukan dua negara ini menjadi salah satu perkahwin yang menjadi perhatian sepanjang tahun ini. Engku Emran mengahwini pelakon cantik dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
6.Mawar Rashid & Raff Yaakob – 9 November 2017
Pelakon drama Suamiku Paling Sweet ini, Mawar Rashid, selamat bergelar isteri kepada Raden Ahmad Faizal Yaakob dengan sekali lafaz.
7.Izara Aishah & Adib Khalid – 17 November 2017
Mengikat tali pertunangan Julai lalu, pelakon Izara Aishah selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Adib Khalid.
8.Fattah Amin & Nur Fazura – 27 November 2017
Perkahwinan paling kontroversi sepanjang tahun ini. Pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
9.Balqis Mentor & Hakimi – 30 November 2017
Peserta Mentor Milenia 2017, Balqis selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan di mana majlis diadakan di The Regency Waterfront, Kuala Terengganu baru-baru ini.
10.Abam Bocey & Hidayah – 8 Disember 2017
Dengan sekali lafaz, pelakon dan pelawak Abam Bocey selamat bergelar suami kepada Siti Hidayah. Pernikahan yang berlansung di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam turut dihadiri ahli keluarga, sahabat rapat dan peminat-peminat.
11.Tauke Jambu & Nadia Mohd Affendi – 9 Disember 2017
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI