Baru-baru ini, pasangan kekasih merpati dua sejoli Song Joong Ki dan Song Hye Kyo melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup di Hotel The Shilla di Seoul yang disaksikan oleh 150 orang tetamu. Pasangan kekasih yang popular dengan drama Descendants Of The Sun ini menjadi tumpuan dan hangat diperkatakan oleh media serta seluruh peminat tegar drama K-pop.
Majlis perkahwinan tersebut menyaksikan pasangan ideal ini menyarung baju kahwin yang cukup ringkas dan minimalis. Soong Joong Ki mengenakan suit lengkap berwarna hitam, manakala Song Hye Kyo pula anggun dalam persalinan berwarna putih.
Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga rapat dan sahabat baik mereka sahaja. Antara rakan-rakan artis yang turut hadir ialah Lee Kwang Soo, Zo In Sung, Cha Tae Hyun, Park Bo Gum serta rakan-rakan Song Hye Kyo antaranya aktres Kim Hee Seon, Song Yoon Ah dan aktor Yoo Ah In. Pelakon dari China iaitu Zhang Ziyi juga turut hadir. Tidak ketinggalan, ahli-ahli program realiti Running Man.
Majlis yang berlangsung secara sederhana dan ringkas itu disambut meriah dan menjadi bualan hangat di seluruh dunia terutamanya bagi peminat drama Descendants Of The Sun. Perkahwinan yang dianggap wedding of the year itu mencetuskan fenomena bagi peminat-peminat pasangan sensasi ini. Suasana perkahwinan tradisi Korea yang cukup mendamaikan pasti membuatkan anda ingin lebih tahu tentang perkahwinan menarik ini.
Jom kita lihat sekitar majlis perkahwinan artis sensasi ini dan fakta menarik tentang tradisi perkahwinan Korea!
1. KAD JEMPUTAN
Kad jemputan menjadi medium lazim yang digunakan oleh kedua mempelai untuk mengundang para tetamu ke majlis perkahwinan. Namun dalam budaya Korea, tidak semua pasangan akan menerima kad undangan perkahwinan ya!
Lazimya, pihak kedua-dua orang tua mempelai akan menyampaikan khabar bahagia ini kepada tetamu undangan secara lisan tanpa undangan rasmi. Meskipun tanpa kad jemputan, ia bukan bererti kehadiran tetamu tersebut tidak penting bagi kedua-dua mempelai.
2. PAKAIAM TETAMU
Di hari perkahwinan, anggota keluarga wanita yang lebih tua akan mengenakan pakaian tradisional Korea. Manakala para tetamu pula bebas mengenakan pakaian formal atau pakaian kasual yang sesuai untuk ke majlis perkahwinan. Dalam budaya Korea juga, tetamu tidak dilarang untuk memakai apa jua jenis warna pakaian. Para tetamu bebas untuk memakai pakaian terbaik dengan warna yang mereka suka.
3. MAKANAN
Sebahagian besar hidangan resepsi pekahwinan Korea terdiri daripada menu barat. Namun, ada juga pasangan yang menyediakan menu khas Korea seperti daging bulgogi, galbi pendek dan hidangan kimchi yang sangat popular.
Hidangan tradisional lain yang biasa terdapat dalam pernikahan orang Korea adalah ramyeon iaitu sejenis mi yang melambangkan harapan kedua-dua mempelai agar panjang umur dan bahagia.
4. TRADISI PEMBERIAN ANGSA
Terdapat tradisi unik dalam budaya perkahwinan di Korea. Mempelai lelaki akan memberi ibu mentuanya seekor angsa hidup sebagai haiwan yang melambangkan kesetiaan, kemurniaan dan boleh dipercayai. Namun sayangnya, tradisi tersebut telah mengalami modifikasi apabila mereka menggantikan angsa hidup dengan hiasan berbentuk angsa.
5. PAKAIAN PENGANTIN WANITA
Lazimnya pengantin wanita Korea akan menyarungkan tiga pasang baju untuk hari perkahwinan. Sebuah gaun pengantin putih untuk upacara perkahwinan atau resepsi, busana tradisional Korea atau hanbook untuk pernikahan tradisional Korea dan pakaian untuk upacara paebek (ritual pengantin dalam mencari restu daripada kedua-dua ibu bapa).
6. TRADISI TITIK MERAH DI WAJAH
Tidak hairanlah jika anda melihat lingkaran merah di dahi (jonji) dan pipi (gongi) pengantin wanita. Lingkaran merah tersebut bukan kesan daripada kesalahan mekap yang disengajakan. Lingkaran merah tersebut dipercaya berfungsi untuk mengusir roh jahat dan memberi keharmonian pada pengantin wanita. Selain itu, tanda merah di wajah pengantin juga melambangkan cinta terhadap pengantin wanita.
7. TRADISI BERLUTUT
Upacara paebek biasanya dimulai dengan orang tua duduk di atas bantal di belakang meja rendah yang dipenuhi pelbagai barang. Mempelai wanita dan lelaki akan berhadapan dan tunduk atau berlutut pada orang tua mereka masing-masing. Tradisi ini melambangkan kedua-dua buah keluarga telah bersatu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI