Dalam persediaan untuk majlis perkahwinan atau pertunangan, gubahan hantaran menjadi perkara penting dan didahulukan dalam acara tersebut. Gubahan hantaran sudah menjadi adat dan tradisi dalam masyarakat Melayu untuk menjalinkan hubungan yang rapat bagi kedua-dua pihak keluarga.
Gubahan hantaran digubah pelbagai gaya dan semestinya cantik dan menarik perhatian semua tetamu. Untuk menghasilkan gubahan hantaran yang menarik pertimbangkan perkara berikut:
Tentukan Jumlah Dulang
Setelah bajet ditetapkan di antara anda dan pasangan, seterusnya anda bolehlah menetapkan jumlah dulang yang ingin anda letakkan. Mengikut adat melayu tradisional, bilangan dulang untuk pasangan pengantin adalah dalam angka ganjil.
Buat Senarai Barang Hantaran
Ads
Sebaik sahaja gabungan barangan telah ditetapkan, maka inilah masanya untuk pergi membeli-belah.
Tema Warna
Warna hantaran biarlah sepadan dengan tema yang anda pilih untuk menjadi tema warna perkahwinan. Dengan mengenakan tema warna tersebut, ia akan menjadikan hantaran kelihatan senada dan bergaya.
Saiz
Sebaiknya letak barang yang praktikal dan juga tidak lebih daripada dulang hantaran yang disediakan supaya nampak kemas dan tersusun.
Ads
Berat barang
Elakkan letak barang yang terlalu berat. Ini mengelakkan bila memegangnya jadi tidak stabil.
Tentukan Siapa yang Akan Menggubah Dulang
Antara tip seterusnya dalam memilih barang perkahwinan adalah menetapkan siapakah yang akan menggubah dulang tersebut. Ia adalah untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari. Yelah, barang dah ada, dulang dah ada, yang tidak ada adalah orang yang hendak menghiasnya!
Ads
Berikut contoh hantaran buat bakal pengantin.
pic-Kusya Weddingpic-Kusya Wedding
pic- pinterestpic :pinterestpic- pinterest
pic-pinterest
pic- Ratio Design
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang, sauna boleh menguruskan badan, betul ke? Setakat menguruskan badan sahaja, banyak cara lagi yang boleh kita lakukan. Sebenarnya, sauna bukan sahaja menguruskan badan, tetapi terdapat banyak kebaikan sauna atau mandi wap yang bakal mengejutkan anda!
1. Proses Detoksifikasi
Tahukah anda, sauna juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Kebaikan sauna yang ramai tak tahu adalah ia merupakan satu proses detoksifikasi tubuh badan. Detoks akan mengeluarkan racun badan melalui peluh yang mengalir di tubuh badan anda.
2. Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan Tubuh Badan
Ramai tak percaya, kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak tubuh badan anda dan membakar kalori. Anda tak perlu berlari dan bersukan dengan kerap, tetapi buatlah sauna setiap minggu atau bulan. Lemak-lemak akan dibakar justeru berat badan anda juga akan menurun.
3. Melegakan Otot Dan Urat
Otot dan urat tidak selalunya akan berada dalam keadaan yang betul, namun dengan sauna ia mendapat kedudukannya yang betul. Kebaikan sauna juga dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega setelah bersauna.
4. Merehatkan Minda Dan Emosi
Kebaikan sauna dari segi mental adalah ia dapat merehatkan minda dan emosi anda. Anda akan lebih tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu bersauna atau selepas sauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang.
5. Menyihat Dan Menganjalkan Kulit
Kulit sihat dan lebih anjal setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda. Sekiranya anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Kemudian, anda akan terasa kulit lebih anjal dan sihat.
6. Mencantikkan Kulit
Percaya atau tidak, kulit bukan sahaja sihat tetapi lebih cantik, licin dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Sedangkan anda baru sahaja bersauna. Kebaikan sauna dari segi cantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.
7. Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
Apabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga turut hilang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang melibatkan rahim, perut, pencernaan dan lain-lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita memilih menangguhkan usaha memulakan keluarga. Wanita (dan lelaki) mungkin ingin membina kerjaya, menjalinkan hubungan dengan pasangan yang sesuai, menjadi lebih stabil dari segi kewangan dan emosi atau salah satu daripada kombinasi faktor berkenaan.
Namun, ramai orang muda tidak sedar kesan umur terhadap kesuburan. Apabila wanita semakin matang, kebarangkalian kehamilan semakin menurun manakala kebarangkalian ketidaksuburan meningkat. Kesuburan lelaki juga menurun mengikut umur dan sperma yang dihasilkan berkemungkinan mempunyai kromosom tidak normal.
Peluang kehamilan mengikut umur
Apabila usia wanita semakin meningkat, ovulasi tidak lagi kerap dan jumlah telur yang berkualiti berkurangan dengan ketara, maka mereka semakin sukar untuk hamil. Kajian juga menunjukkan terdapatnya peningkatan kadar ketidaknormalan kromosom dalam kalangan wanita yang lanjut usia.
Keguguran dan komplikasi lain berkaitan kehamilan, termasuk diabetes gestasi (kencing manis ketika hamil) dan darah tinggi, lebih lazim berlaku dalam kalangan wanita berumur 35 tahun ke atas.
Penurunan kesuburan yang berkait dengan umur dan peningkatan kebarangkalian keguguran bermakna menangguh mendapatkan anak akan memberi lebih tekanan fizikal terhadap tubuh wanita dan menjejaskan kesihatan bayinya.
Ada juga wanita yang tidak inginkan anak langsung kerana dia (atau pasangannya, atau kedua-duanya) mungkin mempunyai masalah genetik (contohnya talasemia, sindrom Down) dan bimbang masa depan anak yang belum dilahirkan.
Bagaimanapun, sekiranya anda berfikir untuk memulakan keluarga tetapi mempunyai kebimbangan seperti yang disebutkan di atas, anda perlu pertimbangkan perkara berikut:
• Dapatkan pengetahuan mengenai peningkatan risiko ketidaknormalan kromosom dan jenis ujian yang ada untuk mengesannya. Seorang kaunselor genetik, pakar kesuburan atau pakar ginekologi boleh memberi maklumat terperinci dan membantu anda memilih ujian yang sesuai.
• Sekiranya anda menghidap masalah kesihatan (contohnya darah tinggi, diabetes, penyakit tiroid, obesiti), pastikan ia stabil dan terkawal sebelum memikirkan mengenai kehamilan. Bincang dengan doktor anda mengenai perkara ini dan bagaimana ia boleh menjejaskan masalah kesihatan yang sedia ada.
• Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil diet yang berkhasiat dan seimbang serta banyak bersenam.
Kemajuan dalam rawatan kesuburan dan pencapaian bidang teknologi reproduktif sejak kebelakangan ini juga memberi peluang kepada ramai pasangan mencapai impian mereka untuk mendapat anak dan memulakan sebuah keluarga. Sebagai contoh:
• Persenyawaan in vitro atau In vitro Fertilization (IVF) – proses apabila telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal dan kemudian embrio dialih ke dalam rahim.
• Permanian intrauterin atau Intrauterine Insemination (IUI) – sperma dimasukkan ke dalam rahim menggunakan peranti khas berdekatan dengan telur hampir pada waktu ovulasi.
• Suntikan sperma intrasitoplasmik atau Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI) – dilakukan sebagai sebahagian daripada pusingan rawatan persenyawaan in vitro apabila satu sperma disuntik ke dalam sebiji telur menggunakan alat manipulasi mikro yang sangat halus.
• Penyimpanan krio – pembekuan tisu manusia (contohnya air mani, telur dan embrio) dan menyimpannya di dalam tangki yang direka khas untuk digunakan apabila pasangan membuat keputusan untuk mendapat anak.
• PGD & PGS – prosedur apabila embrio hasil rawatan IVF diuji untuk mengesan masalah genetik dan hanya embrio yang sihat dipilih untuk implantasi (dimasukkan ke dalam rahim).
Namun begitu, perlu diketahui anda mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil, melahirkan bayi yang sihat dan gembira ketika berumur dalam lingkungan 20-an dan awal 30-an. Sekiranya anda mempunyai masalah kesuburan, lebih awal anda berjumpa doktor, lebih mudah doktor mengatasi masalah kesuburan anda. Oleh itu, jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan bantuan pakar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mandi lewat malam boleh buat anda tidur lena, percaya atau tidak? Anda alami masalah susah tidur atau kerap terjaga pada waktu malam?
Lebih parah, mungkin ada diantara anda yang sanggup mengambil ubat tidur untuk dapatkan tidur dengan nyenyak.
Mandi Lewat Malam
Tahukah anda, mandi sebelum tidur sebenarnya sangat bagus? Menurut portal Time, kajian mendapati mandi pada waktu malam buatkan anda tidur dengan lena.
Kajian dari Pusat Perubatan NewYork-Presbytetian/Weill Cornell mendedahkan suhu tubuh memainkan peranan penting dalam mengawal ritma sirkadian yang memberitahu bila tubuh perlu rasa mengantuk.
“Mandi adalah proses menyejukkan tubuh yang kemudiannya meransang hormon oksitosin atau mengusir tekanan dan meransang anda untuk tidur.”
Kajian sebelum ini juga mendapati mandi pada waktu malam dapat menurunkan suhu badan dan membuatkan seseorang itu mudah tidur.
Pastikan anda dalam keadaan bersih ketika tidur, ianya pasti akan membuatkan anda rasa lebih selesa dan tidur pun akan lebih nyenyak Sekian petikan dari Cari Forum.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!