Perkara Yang Perlu ‘Cut Off’ Untuk Kurangkan Kos Kahwin

Share

Banyaknya pembaziran berlaku dalam sesebuah perkahwinan. Kenapa? Sebab banyak perbelanjaan dibelanjakan pada benda-benda yang tak perlu. Memanglah kita semua inginkan sebuah majlis yang meriah tetapi jika di pengakhirannya kita juga yang merana. Apabila pasangan pengantin terpaksa berhutang untuk merealisasikan sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemilang, mereka hanya menjerat diri.

 

Ramai sedia maklum keadaan ekonomi sekarang. Ramai juga yang terjejas dan terpaksa mencari alternatif agar kehidupan dan perbelanjaan harian dapat diteruskan. Sebab itu seboleh-bolehnya, kita cuba untuk kurangkan perbelanjaan kos kahwin.

 

KAD KAHWIN

Ramai yang suka cetak kad kahwin dengan pelbagai material kertas. Percetakkan kad kahwin sendiri sudah memakan belanja yang banyak. Ada sesetengah orang suka mengumpul kad kahwin tetapi kebanyakkannya akan membuang kad kahwin selepas menghadiri perkahwinan tersebut.

 

Zaman sekarang banyak aplikasi rekaan kad yang boleh digunakan. Tak perlu gunakan kad fzikal, cukup sekadar menghantar kad jemputan kahwin secara e-invite. Tak membazir, mudah dihantar dan lebih banyak pilihan! Anda juga boleh menujukkan skil kreatif anda dan menghasilkan kad yang lebih personalized

.

 

Tapi, jika anda masih suka akan kiriman kad kahwin, pilihlah yang terbaik dan kiriimkan kepada tetamu yang sudah dipilih.

 

JEMPUTAN

Hadkan jemputan adalah lebih baik. Di waktu pandemik ini, anda tentu tidak mahu merisikokan orang lain dalam bahaya kan? Duit majlis dari pengantin sendiri, jadi anda berhak memilih tetamu yang akan hadir. Cukuplah sekadar ia dihadiri kaum keluarga terdekat serta kawan-kawan yang rapat dengan anda.

 

Memang anda perlu hebahkan perkara yang baik contohnya perkahwinan tetapi ia boleh juga dihebohkan di sosial media. Pasti ramai yang tahu akan berita gembira ini.

 

LOKASI

Apabila anda dah kurangkan tetamu maka tidak perlulah kawasan majlis yang luas. Majlis yang diadakan di rumah pun sudah memadai. Paling penting, perjalanan ijab dan kabul itu dapat dilaksanakan dengan lancar. Lagipun, anda dapat menjimatkan duit dari segi dekorasi pelamin dan dewan.

 

 

Published by
Anis Nor