Perkongsian Coach Anuar Untuk Elak Terlebih Makan Semasa Pergi Ke Kenduri Kahwin

Share

MAKAN KENDURI CARA ORG NAK KURUS

Hari ni kami ada jemputan kenduri.. tp kami makan utk hidup, bukan hidup utk makan ??

Coach tgk ada yg amik nasi dgn lauk pauk daging dan lain2 sebukit.. ? sy berdoa dlm hati moga mereka bertemu ilmu dan kesedaran. jika kita yg dera badan begitu setiap hari, lambat laun badan kita juga yg menanggung
.
Boleh nak makan.. tetapi bukan berlebih2an.. tujuan penting kenduri kendara ialah utk hubung silaturrahim.. bukan pesta makanan..
.
Dalam foto last sekali sy tunjuk pinggan saya, ada nasik separuh senduk, sebab nak juga enjoy hidangan bubur dan kueh mueh yg di hidang. sy teguk juga suku teh tarik yg di sajikan ?

Coach nak belanja 5 tip makan kenduri
.
1. Makan Sarapan Pagi yang Seimbang. Mesti ada portion Karbo kompleks, Protein baik, Lemak baik, Serat Vitamins dan Minerals
.
Ramai yang skip sarapan bila hari ada kenduri, konon2 ‘Brunch’ sekaligus, Ketika inilah kesilapan pertama anda lakukan , bila kita tidak ambil sarapan kita akan cenderung untuk makan dengan gelojoh sebab perut kita kosong. Jangan sesekali tinggalkan sarapan anda dan pilih sarapan tinggi serat untuk kita rasa kenyang lebih lama
.
2. Jangan bazir kalori kpd minuman manis. Tambah² kenduri sekarang canggih mcm² air dihidangkan, air balang lah, teh tarik lah, ada cendol ABC bagai..
.
Air manis seperti sirap, oren dan macam-macam lagi adalah antara selalu kita terkam jika masa kenduri kan, tak cukup segelas biasanya akan bertambah air. Tapi sedar atau tidak kita bahawa air manis tu ada gula yang berlebihan dan biasa bancuh bukan guna sekilo dua tapi berbelas kilogram. Baik allocate kalori tu utk makanan
.
3. Bawa Bekal Air Kosong Sendiri
Bila ada air sendiri, tidak menjd alasan lah utk ter-minum air2 manis. ‘Ter’ lah sangat kan! Simpan dalam kereta tak apa, dah siap makan biar jer perut rileks dahulu, lps 15-20 min baru minum air
.
4. Mulakan Dengan Makan Buah
Untuk kita mudah kawal selera , mulakan makan buah dahulu sebagai pembuka selera semasa kenduri. Biasanya akan ada buah tembikai, oren atau pun timun. Kalau saya akan makan buah banyak dulu then akan kawal makanan lauk kenduri yang lain
.
5. Buat Pilihan Lebih Sihat
Bukan tak boleh makan lauk kenduri , gulai kawah, ayam masak merah, masak lemak pisang muda, semua tu boleh makan tapi kawal dari segi kuah, dan ambil isi sahaja. Baik lebihkan sayur ulam2 jika ada, atau masak labu air ?


.
Biar kebanyakan org lain tak kesah, mkn jer tak hengat dunia, tp make sure itu bukan korang..
.
Korang berbeza kan, kata nak kurus tahun ni, kata nak tukar size raya tahun ni kannn
.
Siapa sanggup pilih yang lebih sihat, dia yg akan dapat hasil inshaaAllah
.
boleh ke boleh?

Kredit Perkongsiang Di Facebook : Coach Anuar

Published by
Kim