Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai cara penyimpanan telur yang betul. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

Perlu Basuh Atau Tidak, Supaya Telur Tidak Cepat Rosak

Jangan basuh sebelum simpan

Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.

Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.

Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.

Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?

IKLAN

Perlu Basuh Atau Tidak, Supaya Telur Tidak Cepat Rosak

Basuh sebelum simpan

Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.

Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!

IKLAN

Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.

Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.

Perlu Basuh Atau Tidak, Supaya Telur Tidak Cepat Rosak

Amalan mana yang betul?

IKLAN

Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.

Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layernya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.

Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak. Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan.

*Boleh guna 2 cara ini untuk menyimpan telur di dapur rumah. Kepentingan utama sebelum masak telur adalah basuh dahulu telur dengan air dan hilangkan kesan-kesan hitam di telur. Seeloknya, simpan telur di dalam peti ais agar tahan lama. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

 

SUMBER : https://www.bidadari.my

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI