Apabila seorang lelaki dan wanita telah pun sah diijabkabulkan maka secara rasminya masing-masing mempunyai tanggungan yang wajib dipikul. Hak isteri tanggungjawab suami dan hak suami tanggungjawab isteri.
Salah satu cabang hak isteri dan menjadi tanggungjawab suami yang utama adalah berkaitan urusan nafkah diri. ‘Nafkah’ bererti sesuatu yang dibelanjakan daripada mata wang atau seumpamanya bagi melengkapkan kehidupan seharian seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal.
Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga dan suamilah yang memikul tugasan ini serta wajib baginya menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya.
Seorang pengguna Facebook Firdaus Syakirin telah berkongsikan satu thread menjelaskan perihal nafkah dalam bahasa yang mudah dan senang difahami
Duit isteri bukan duit suami.
“Yang ini awak bayar, yang itu saya bayar”
Perlu diingatkan, duit isteri bukan duit suami…
Suami xde hak ke atas duit isteri, tapi isteri ada hak ke atas duit suami…
Sebelum nk suruh isteri bayar itu ini dlm rumahtangga, tanya dulu isteri, dia izinkan atau tidak duit dia digunakan oleh kita utk meringankan beban kita…
Tanya dulu…
Jangan mempergunakan isteri dgn alasan dia bekerja, maka dia perlu bayar itu, perlu bayar ini…setiap sen yg isteri gunakan utk membayar apa yg sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, perlu dia halalkan, perlu dia redha, jika tidak ianya akan menjadi haram…
Suami tak boleh guna duit isteri jika isteri tak izinkan…
Sebab tu, klu nk kawin, kena mampu…mampu dari segala segi…mampu tu kuncinya…bukan setakat mampu menyediakan mas kahwin dan wang hantaran, mampu buat album perkahwinan, mampu buat pelamin 3k, 4k, mampu sewa baju pengantin, mampu ambik photographer…tapi mampu memberi nafkah zahir dan batin apabila dah bergelar suami nanti…
Tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan…ini antara nafkah zahir yg seorang suami perlu sediakan tanpa sebarang syarat kpd isteri…
Jgn sesekali menganggap pendapatan isteri itu sebagai duit yg kita boleh gunakan sesuka hati utk membayar hutang2 kita, membeli barangan2 keperluan & belanja umh, bil2 utiliti dan sebagainya…duit dia, is duit dia…kita xde hak, kecuali dia yg izinkan, dia halalkan dan dia redha utk kita gunakan…
Jika tidak, kita yg jadi suami ni masih perlu gunakan duit sendiri utk menjalankan tanggungjawab2 kita hatta sampai tinggal seringgit dlm dompet…itu lebih baik drpd menggunakan duit yg bukan hak kita…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI