Hubungan

Perlu Ke Nak Minta Izin Suami Zaman Moden Ni? Ini Pesanan Padu!

Share

Zaman serba moden seperti sekarang ini, masih perlukah isteri meminta izin suami dalam segenap hal?  ada yang berpendapat menyatakan ia seperti merendahkan martabat isteri zaman moden yang setiap daripada mereka bekerjaya, bergaji tinggi dan memiliki jawatan tinggi daripada suami?

Rakaman video Radio Sinar daripada Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal mengulas isu ini daripada segi pandangan islam.

Menurut Dr., sunnah Nabi pernah menekankan hal ini yang meletakkan darjat suami itu lebih tinggi dan sebagai isteri, mereka perlu taat kepada suami walau setinggi mana kedudukan seseorang isteri itu di dalam kerjayanya.

Daripada dulu lagi, panduan hidup Islam sesuai untuk semua zaman hingga hari akhirat itu nanti, jadi, tidak ada persoalan panduan hidup berubah mengikut arus zaman.

Dr. dalam rakaman video dibawah berkata,“Apa kata Nabi, kalau lah ada Allah izinkan manusia boleh menyembah manusia, Aku akan suruh semua isteri menyembah suaminya.”

Mari dengar apa lagi kata beliau dan juga pesanan buat para isteri di luar sana yang mungkin terlepas pandang hal yang dianggap ‘remeh’ ini.  Semoga impian menjadi wanita solehah dipermudahkan. Moga bermanfaat.

Published by
Bella